CHAPTER 027

113 12 0
                                    

SEMINGGU KEMUDIAN,

Taehyung berdiri betul-betul di hadapan sebuah sekolah yang berdiri megah dikenali sebagai Estin Highschool. Lelaki itu mengukirkan senyuman sebelum menghirup udara pagi di hadapan sekolah.

Kata-kata Inspektor Choi bermain di minda lelaki itu. Dia mengingat kembali ayat yang dituturkan lelaki itu.

"Kamu anak ayah, nak!" Jujurnya, Taehyung masih keliru. Wajah tua Inspektor Choi membuatkan dia terpaksa percaya.

"Pak cik ayah saya? Jadi saya ini anak pak cik?" Kepala Inspektor Choi dianggukkan.

Lantas dia memeluk Taehyung, erat. Taehyung yang masih keliru itu hanya mampu membiarkan dirinya dipeluk. Dia langsung tidak boleh mengingati kejadian yang lepas. Puas dicuba namun hanya sakit di kepala sahaja yang terasa.

Beg sandang dibetulkan. Dia melangkah masuk ke dalam bangunan sekolah dengan penuh bergaya. Lagaknya persis seorang model.

Dengan yakin dia melalui laluan koridor yang dipenuhi pelajar di setiap loker. Semua mata memandang ke arah Taehyung sebelum mula kedengaran bisikan dari mereka. Walau dia tidak mendengar apa yang dibicarakan oleh mereka, Taehyung berusaha berlagak biasa.

Sedang berjalan di setiap koridor, tiba-tiba sahaja dia melakukan brek kecemasan. Suara-suara bisikan masih jelas kedengaran. Dia mula menggaru kepalanya perlahan.

"Kelas aku kat mana, eh?" Tanyanya perlahan kepada dirinya sendiri.

Ingatannya benar-benar hilang. Kelas sendiri juga dia tidak ingat akan keberadaannya. Sedang dia cuba meraih memori, seseorang menuju ke arahnya yang kelihatan termangu sendirian di tengah jalan.

"Taehyung," suara seseorang yang seperti pernah didengari kedengaran, menyedarkan Taehyung bahawa seseorang berdiri di hadapannya.

Dia mengangkat wajah, memandang ke arah sesusuk tubuh seorang lelaki tinggi lampai berusia awal 30-an sedang melihat ke arahnya dengan senyuman. Taehyung membalas senyuman itu, kekok.

"Are you okay? Do you need help?" Tanya lelaki itu apabila melihat wajah Taehyung yang seakan blur itu.

"Er, kelas saya kat mana?" Pertanyaan itu berjaya menyentakkan lelaki itu.

Tidak lama selepas itu, senyuman kembali terukir indah di wajahnya. "Kebetulan. Saya pun nak kesana. Mari saya tunjukkan jalan ke kelas kamu."

Taehyung menganggukkan kepala terus bersetuju. Lega rasanya apabila ada makhluk Tuhan yang boleh menunjuk jalan kepadanya dikala dia tersesat. Mereka berdua berjalan menuju ke kelas 5-A1.

🔎

Jantung Luhan berdegup kencang. Meja disebelahnya dipandang. Dia risau sekiranya lelaki itu kembali ke sekolah ini. Apa benar lelaki itu tidak akan kembali?

Bila difikirkan kembali, mustahil lelaki itu akan kembali memandangkan dia boleh menangkap Luhan tanpa perlu menyamar jadi pelajar lagi. Jika dia ditangkap, dia akan menceritakan segalanya walaupun dia kekurangan bukti.

Luhan melepaskan keluhan kecil. Dia terus merebahkan kepala ke atas meja. Matanya dipejamkan.

Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan dia yang baru sahaja mahu berehat. Tatkala wajahnya diangkat, dia terkejut melihat Taehyung berdiri di hadapan kelas.

"Taehyung. Dia kembali," suara S.Coups kedengaran.

Semua orang terkejut dengan kehadiran Taehyung di hadapan kelas. Tidak lama selepas itu, para pelajar mula berteriak gembira. Masing-masing menanya khabar kepada lelaki itu.

Jack The Ripper Clone (✔)Where stories live. Discover now