PART 2

1.8K 128 0
                                    

"Kau apahal gila. Bukan dah tidur ke?" Tanya aku lantas baring kat sebelah lia.

"Hmm tidur, tapi terkejut bunyi motor si amir".

"Oh. Tak apa lah. Aku nak tidur dah." Ucap aku.

Tengah aku syok bermimpi, tiba-tiba aku terdengar orang menjerit. Lia pun terkejut sama dan dia terus bangun.

"Siapa weh?" Tanya lia.

"Tak tahu aku."

Tak lama tu aku terdengar bunyi tapak kaki orang berlari dan bayang orang melintas dihadapan bilik lia dan menuju ke dapur. Aku dengan lia cepat-cepat bangun dan menuju ke dapur.

"Ya allah ya tuhan ku! Apa yang kamu dah buat ni amir!" Jerit ayah lia. Pak jusoh.

"Aa.....yah! Toolong amir!" Jerit amir dari luar.

Aku cepat-cepat buka tingkap sebelah. Lia dekat sebelah aku.

"Apa tu anna?" Tanya lia.

"Entah! Nampak macam pokok"

"Jap-jap aku buka torchlight" Ucap lia lantas menghidupkan torchlight dan menyuluh ke arah amir.

Pokok pisang? Aku berpandangan sesama sendiri dengan lia. Pelik.

"Amirul kamu azan cepat" Arah pak jusoh kat anak lelaki sulungnya.

Selepas amirul selesai melaungkan azan, tiba-tiba pokok pisang dekat sebelah amir terus tumbang. Uish! Apa tu

"Cepat!! Masuk dalam rumah! Kamu ni kan, tak ada masalah cari masalah!" Jerit pak jusoh. Bingit woo..

Amir dengan kawan-kawan dia berlari-lari masuk ke dalam rumah lia melalui pintu dapur. Masuk je dalam rumah, amir kena hadiah tarik telinga. Masa ni aku nak tergelak, tapi aku tahan kan je. Semua orang termasuk aku berjalan ke ruang tamu.

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Tanya pak jusoh.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now