Aku buat isyarat bertanya dekat lia. Dan lia pun buat isyarat menandakan tak tahu.
"Tu apa?" Tanya aku.
"Janin" Jawab lia sepatah.
Aku terus terdiam. Aku perlahan-lahan melangkah. Aku duduk dan lantas membuka lipatan kain putih. Memang janin yang hampir nak cukup sifatnya. Aku pandang ke arah lia.
"Macam mana boleh jadi macam ini?"
"Nanti aku cerita. Anna boleh tolong aku tak?"
"Tolong apa?"
"Tolong ubah kereta zul masuk ke dalam sikit. Takut nanti ada kereta lain nak masuk atau nak keluar kang susah pulak."
"Zul mana?"
"Zul sampai-sampai tadi terus terbaring kat dalam bilik. Penat sangat."
"Yelah. Bak kunci"
Aku terus bergegas ke kereta zul. Zul parking betul-betul dekat depan rumah dia. Kat situ laluan keluar masuk kereta jadi terhalang sedikit. aku nak kena undur ke belakang supaya ada ruang tersebut. Aku hanya masuk sebelah badan sebelah kaki ke dalam kereta sebab kereta zul masa tu kereta manual. Kaki kanan dekat luar kereta. Jadi senang lah. Aku pun tekan gear reverse dan tekan pedal minyak. Aku tekan-tekan minyak kereta tak jalan. Aku buka lampu kot-kot handbrek aku tak turun kan ke apa semua. Tapi tak ada masalah pun. Aku pun tekan minyak lagi sementara aku memerhatikan side mirror sebelah kiri. Tak nampak apa pun belakang tu sebab gelap. Lia pasang lampu luar kat rumah dia tapi terang dekat kereta je. Belakang sana gelap. Aku tekan minyak lagi. Yang aku peliknya kereta zul mengaum kuat sangat bila aku tekan minyak. Tapi tak jalan. Entah lah aku tak tahu macam mana aku boleh keluarkan kepala dan tengok ke belakang. Masa ni rahang gigi aku macam nak tercabut dengan apa yang aku nampak. Rupanya kereta zul kena angkat dari belakang. Sebab itu tak jalan. Yang paling celaka, mata aku dengan mata dia bertentangan dan dia gelak dekat aku.
"Heeee heeeee heeeeee"
Aku tak cakap banyak. Aku terus tarik handbrek dan freekan gear. Aku cabut kunci tutup pintu terus aku masuk kat dalam rumah lia. Aku terus tutup pintu kuat. Semua dalam rumah tu teekejut dengan tindakan aku. Lia datang dekat aku dan berdiri kat sebelah aku. Belum sempat lia nak buka mulut. Tiba-tiba....
Dangggg!! Buk!! Buk!! Dekat atas bumbung rumah lia. Aku dengan yang lain mendongak ke atas.
"Benda tu angkat tayar belakang".
Muka lia terus berubah pucat. Dia tarik aku dan duduk dekat sebelah janin yang telah dibungkus.
"Aku rasa benda tu ikut dari sana atau dari kubur"
"Kau lalu kat kubur ke?" Tanya aku.
Lia pantas menganggukkan kepala.
"Allah!. Kenapa lah balik jugak malam-malam ni lia? Kenapa tak balik esok je"
Lia hanya mendiamkan diri.
"Apa yang terjadi sebenarnya? Macam mana fadilah boleh gugur?" Tanya aku ingin tahu.
"Aku tak pasti macam mana. Tapi apa yang ila cerita dekat aku, selepas ila makan roti canai dan minum susu ais yang laki tu belikan, terus ila rasa perut dia sakit sangat."
Aku terdiam sekejap. Tak kan makan roti canai dan susu ais boleh mengakibatkan keguguran. Macam pelik.
"Tapi kan anna. Aku rasa lelaki tu ada letak sesuatu dalam makanan ila ni."
"Maksud kau? Letak benda apa?" Tanya aku
"Aku tak pasti benda apa. Tapi mungkin sesuatu yang mengakibatkan keguguran ila."
Aku menganggukkan kepala. "Boleh jadi jugak tu. Kau ada jumpa lelaki tu tak?"
"Tak ada pun. Ada jugak pergi flat tempat laki tu duduk. Mungkin dia dah larikan diri kot. Entah lah"
Perbualan antara aku dengan lia mati serta merta sebab kitaorang terdengar ketukan bertalu-talu dekat pintu. Makin lama ketukan tu makin kuat!.
Tok!! Tok!! Tok!!.
Aku berpandangan dengan lia. Aku dengan lia terus bangun berdiri diikuti oleh mak si fadilah. Tak lama selepas itu fadilah bangun tiba-tiba dan berlari untuk buka pintu. Tetapi sempat dihalang oleh aku yang kebetulan berdiri berhampiran dengan pintu. Aku terus tarik fadilah kebelakang..
"Hmm! Hmm! Hmm!" Nafas fadilah turun naik dengan kuat. Lia dengan mak fadilah berundur kebelakang.
"Panggil zul lia." Pinta aku.
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.
HororDi sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.