PART 6

1.6K 104 0
                                    

"Tak apa lah lia. Aku nak balik dulu. Dah nak masuk maghrib. Nanti pape hal aku datang."

Lia memegang lengan aku.

"Kau hati-hati tau. Kalau apa-apa datang dekat rumah aku.

Aku hanya mengangguk dan memintak diri untuk pulang. Masa aku tengah berjalan, aku terasa macam aku ni diperhatikan. Aku memandang sekeliling kawasan rumah aku. Sunyi dan sepi. Aku terus membuka kunci dan pulas tombol pintu. Lepas pintu berkuak, ada satu angin dari dalam rumah menerpa ke muka aku. Aku terus tunduk dan menyapu muka dengan tapak tangan. 'hai main kasar nampak'

Aku malas nak fikir apa yang lia ceritakan. Sekarang mood positif. Lagipun aku dah tak larat nak harung benda-benda macam ni walau hakikatnya aku tahu yang aku dah masuk ke dalam sarang dia. Tabah lah anna.

Seminggu telah pun berlalu. Memang betul apa yang dikatakan oleh lia. Bermacam-macam benda yang berbunyi bila waktu malam. Aku ingat lagi. Masa tu aku tengah tidur. Tiba-tiba aku tersentak sebab terdengar bunyi macam ada benda jatuh dekat dapur. Aku terus bangun. Masa tu dalam kepala otak aku fikir perompak. Aku terus capai streng lock yang aku letak kat tepi bantal. Aku cepat-cepat buka lampu dapur. Terang je dapur, mata aku terus tertangkap cawan yang masih tengah bergerak ke atas lantai. Lama jugak aku perhatikan cawan tu bergerak. Dari ekor mata aku sebelah kanan, aku terperasan ada benda putih melintas. Aku terus berpaling ke kanan. Memandang sekeliling.

"Huh!"

Aku terus melangkah ke arah gelas tersebut lalu mengangkat dan meletakkan ke dalam singki. Aku terus melangkah kedepan untuk sambung tidur. Tak mengapa lah. Aku harus bersabar dengan apa jua kemungkinan yang akan datang.

Beberapa hari selepas itu lia datang ke rumah aku untuk mengadu nasib. Nasib baik masa dia datang tu hari ahad. Aku cuti. Kalau tidak memang keras lah dia kena tunggu aku balik dari kerja.

"Anna. Aku ada masalah sikit lah."

"Masalah apanya?" Tanya aku

"Pasal anak sedara aku."

Aku memandang lia dengan pandangan yang pelik. Anak sedara dia yang bernama fadilah duduk dengan lia. Kalau tak silap aku masa tu dah empat hari fadilah duduk situ. Masa itu fadilah mengandung empat bulan kalau tak silap aku.

"Kenapa dengan dia?"

"Entah lah. Hari-hari termenung asyik duduk cakap nak pergi kL nak pergi jumpa lelaki tu. Aku pening lah. Menangis tak henti-henti."

"Kalau kau dah rasa dia menyusahkan kau, better kau bagi je lah dia pergi jumpa lelaki tu. Lepas dah jumpa kau bawa lah dia balik sini." Cadang aku.

"Tak boleh anna. Mak dia tak bagi si ila tu pergi jumpa lelaki tu. Risau apa-apa jadi dengan kandungan dia."

"Oo habis tu kau nak buat apa?" Tanya aku.

"Entah lah.. aku tak tahu nak buat apa"

"Kau tak bincang benda ni dengan zul?"

"Malas lah aku nak beban kan dia. Dia dengan banyak kerja lagi apa semua. Lagipun aku tahu laki aku tak akan bagi jugak."

"Kalau macam gitu, kau kena buat supaya fadilah tak ingat dekat laki tu. Itu je lah yang aku boleh bagitahu. Tapi tu lah. Kekadang aku balik kerja aku selalu tengok dia duduk kat buaian tu. Kesian pun ada gak."

"Kan. Tak apa lah anna. Aku balik dulu lah. Eh sebelah tu ada orang baru ke?"

"Yang tu aku tak pasti. Yelah kot. Aku ada dengar bunyi suara budak tadi"

"Aku pun dengar. Sebab itu aku tanya kau. Kalau ada nanti kita pergi sana. Okay tak?"

"Aku okay je memana. Pape kasi tahu lah eh?"

"Baik-baik. Nanti aku kasi tahu dekat kau. Okay lah anna. Aku balik dulu. Nanti kita berbual lain."

"Oraite."

Aku menghantar lia dekat pintu. Aku tak terus masuk ke dalam rumah. Aku duduk dekat batu tepi rumah. Memikirkan masalah yang lia hadapi. Tengah aku duduk memikirkan masalah lia, tiba-tiba.

"Kak anna!"

Aku berpaling ke arah suara yang memanggil aku. Fadilah??

"Eh fadilah. Ada apa? Masuk lah. Lia mana?"

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now