Okay lah aku pendekkan cerita. Selepas kejadian tu midah dah pulih. Aku dah bawa midah berubat dengan ustaz ismail. Dia dah pulih seratus peratus. Dia boleh kerja macam biasa termasuk lah aku sihah dan melur. Tetapi siapa sangka. Aku berharapan panas sampai ke petang, rupanya ribut yang melanda.
Malam itu aku sihah dan melur keluar makan. Midah tak nak keluar katanya nak rehat sebab dia penat. Aku pun okay lah. Aku bajet bungkuskan untuk dia. Sampai saja di rumah, midah tak ada dekat ruang tamu. Satu rumah kitaorang mencari dia sampai dekat luar. Pun tak ada. Aku tak sedap dah hati masa ni. Tiba-tiba melur menjerit dari dalam rumah. Aku dengan sihah yang dekat luar ni terus berlari masuk ke dalam rumah. Masuk ke dalam rumah. Tiba-tiba..
"Allah!" Ucap aku.
Aku terus menarik melur ke tepi sebab masa tu melur dan terduduk dekat tepi dinding antara ruang tamu dan dapur.
"J apa yang kita nak buat ni? J hidung kau keluar darah banyak" Beritahu sihah
Aku mengelap darah dengan belakang tangan dan aku menelan liur melihat keadaan midah. Pertama kali aku tengok. Keadaan dia dalam keadaan terkangkang. Kangkang dia lebar sangat. Lepas tu mulut penuh darah. Aku tak tahu darah siapa. Dan dia berjalan dalam keadaan terkangkang. Korang bayangkan lah sendiri ye. Kepala dia ke kiri dan ke kanan. Memang jatuh terus kepala midah.
Midah betul-betul didepan aku. Di ruang tamu. Sihah dengan melur dah mengundur kebelakang.
"Midah!" Panggil aku.
Midah masih lagi berjalan ke arah aku. Aku berpaling ke kanan. Tak sanggup tengok dia dalam keadaan macam itu. Nak menangis pun ada. Teruk sangat. Belum sempat aku nak berpaling ke arah midah, midah terus terkam aku. Akibat daripada itu aku dengan dia bergelut dekat ruang tamu. Midah keluarkan lidah dia dan menjilat darah yang keluar dekat hidung aku. Aku terus menerus menolak midah. Tak lama tu midah mencekek leher aku membuatkan aku jadi sesak nafas. Aku dapat rasa yang nyawa aku masa tu dah hujung-hujung tanduk. Keadaan menjadi huru hara dengan ketukan bertalu-talu dekat pintu dan dengan melur menjerit lagi.
"Aambill.. air tuu!" Arah aku dengan suara yang tenggelam timbul.
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.
HorrorDi sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.