PART 12

1.3K 95 3
                                    

"Kenapa ni j?" Tanya melur.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan mengembus.

"Kawan saya kena rasuk kak." Ucap aku lantas mengikat rambut aku yang panjang macam mayang mengurai. Hikhik.

Bila aku cakap macam itu muka kak suhaila dan lelaki tu berubah seratus peratus.

"Tak ada ke siapa yang bagitahu kisah rumah ni?"

Aku memandang sihah. Sihah menggelengkan kepala.

"Tak ada kak. Kenapa dengan kisah rumah ni?"

Kak suhaila memandang lelaki disebelah.

"Nak cerita tak?" Tanya kak suhaila berbisik. Tapi jelas dekat pendengaran aku.

"Abang rasa baik awak ceritakan. Kesian dekat budak-budak ni".

Kak suhaila menganggukkan kepala. Aku menanti penuh debaran dihati. Apa lagi? Ya allah!. Melur datang membawa dulang ditangan. Lantas comforter diselak supaya ada ruang untuk meletak dulang. Cawan diagihkan untuk tetamu. Aku memandang lelaki yang diam dari tadi di depan aku. Mata bertentangan mata. Pergh! Huhu. Siapa eh? Adik kak suhaila kot. Hensem. Perfectoo.

"Jemput minum" Ucap sihah.

Selepas sekian detik kak suhaila mendiamkan diri tiba-tiba kak suhaila bersuara.

"Nama kamu semua apa?" Tanya kak suhaila ramah.

"Oh. Saya j, yang rambut pendek macam lelaki tu sihah. Yang tu pulak melur. Yang ni midah"

Kak suhaila menganggukkan kepala lagi.

"Ini suami akak. Abang ali. Ni adik akak iman namanya."

"Oo.. akak dah lama ke duduk sini?" Tanya aku.

"Akak duduk sini masa arwah mak n ayah akak ada lagi. Akak memang membesar dekat sini dan akak tahu sejarah rumah ni. Tak ada siapa yang berani duduk dekat sini."

"Sejarah apa kak?" Tanya sihah.

"Roh seseorang perempuan yang tak tenang didalam bilik itu. Kalau nak diikutkan benda ni dah lama sangat dah. Benda tu pun tak menganas tetapi ada suatu hari ada orang berpindah dekat sini. Bomoh rasanya. Dan roh perempuan tu kembali balik."

"Macam mana roh tu boleh kembali?" Tanya melur.

"Yang tu akak tak berapa nak pasti sangat. Yang akak tahu orang tu kena bunuh"

Aku yang tunduk sambil bermain botol air delima terus mengangkat muka. Serius ah?

"Siapa yang masuk dan pindah kat dalam rumah ni akan berlaku benda yang sama. Dan makcik siti sebelah rumah ni ada kena mengena dengan apa jua kejadian."

Aku sihah dan melur berpandangan sesama sendiri. Melur jangan cakap lah pucat terus mukanya. Otak aku ligat memikirkan sesuatu.

"Tak boleh buang ke?" Tanya aku

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now