PART 4

1.3K 87 0
                                    

Studio aku ni kelemahan dia adalah air tak boleh naik sampai kat atas. So kalau nak mandi atau apa-apa kena tadah air dekat bawah. Dah lah kena naik tangga tinggi pulak tu. Tak mengapalah.

Selepas tak ada aktiviti untuk aku buat malam itu, aku tarik kerusi malas dan aku letak betul-betul dekat depan tv. Aku buka radio supaya suasana tak sunyi dan sepi. Nanti tak pasal aku dengar macam-macam pulak. Studio aku memang agak keras sikit lah. Sebab studio aku ni bangunan yang dah ditinggal lama. Pernah lah satu hari aku dengar cerita dari orang dan aku susah nak percaya sikit lah. Tapi dulu. Bila aku dah terkena baru aku percaya.

"J kau nak tahu tak kisah studio kau ni?" Tanya amad.

"Ada kisah ke?"

"Ada. Tapi dah lama dah."

"Kisah apa?" Tanya aku ingin tahu.

"Bangunan ni dulu tergempar menemui mayat tanpa kepala."

Aku yang baru nak suap nasi ke dalam mulut terus terhenti.

"Serius lah?"

"Serius j. Aku tak tipu."

Aku tertelan liur.

"Macam mana boleh ada mayat mad?"

Amad yang berdiri terus duduk dekat depan aku. Rokok dipasang dan di tarik dalam-dalam. Lantas dihembus.

"Aku tak pasti macam mana ceritanya. Tetapi yang aku tahu, orang tu kena bunuh dekat tempat lain, dan mayat dia dekat belakang bangunan ni. Tanpa kepala duh"

"Kepala dia dekat mana?"

"Yang tu aku tak tahu lah. Sebab itu lah bangunan ni seram"

Aku terus termenung sekejap. Antara nak percaya atau tak berlegar-legar dekat kepala otak aku.

Jadi berbalik pada cerita yang asal, malam tu aku paksa diri untuk tidur awal. Paksa-paksa akhirnya aku terlelap. Aku tak pasti around berapa. Tetapi aku terjaga sebab perut aku memulas yang teramat sangat. Aku terus bangun pergi tandas. Dengan air aku lupa nak tadah, hujung-hujung aku capai baldi dan aku turun dekat bawah.

Masa aku tengah tadah air tu, aku dalam posisi mengrukuk sebab perut sakit. Salah satunya aku tengah menahan. Sambil-sambil tu aku tengok air yang aku tadah tu. slow ya amat. Tak lama tu aku pandang sekeliling. Nak kata gelap sangat tu tak lah sebab kawan studio aku ni aku pasang lampu. Dekat simpang kiri kanan ada lampu jalan. Selalunya kawasan aku ni penuh dengan badan atau kepala lori, tapi malam tu tak ada satu lori pun. Mungkin diaorang tak lepas masuk sebab banjir kot.

Jadi dalam keadaan aku macam rukuk ni aku pandang ke arah kanan. Sebab aku perasan macam ada orang tengah berjalan. Tapi disebabkan tempat aku dengan orang jalan tu agak jauh sedikit aku pun buat lah bodoh. Tak lama tu orang tu makin dekat dekat dekat dan betul-betul hampir nak sampai kat tempat yang aku tadah air tu. Apa yang peliknya orang tu berpakaian macam gaun putih. Tetapi tak ada kepala.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now