PART 7

1.4K 98 0
                                    

"Tak ada tak ada."

"Kalau midah tak keluar, aku rasa midah mesti ada dalam bilik ni. Bilik sana tak ada kan j?" Tanya sihah.

Aku lantas menggelengkan kepala. Tengah aku sihah dan melur memikirkan midah hilang, tiba-tiba dari hujung mata aku, aku perasan pintu yang berkunci tu terbuka.

"Apa korang ni pagi-pagi bising" Ucap midah dekat pintu. Di badannya ada sehelai kain putih yang lusuh. Busuk!.

Aku sihah dan melur tercengang.

"J bukan ke kau cakap pintu ni tak ada kunci? Habis ni midah macam mana dia boleh masuk?"

Otak aku jem. Lidah aku kelu. Ah sudah. Aku terus tarik midah ke tengah-tengah ruang tamu lantas aku lepas kan. Disebabkan itu midah terjatuh dekat atas sofa. Muka midah ketakutan.

"Kau cakap dengan aku sekarang. Macam mana kau boleh masuk dalam bilik tu?"

"J rilek lah j. Adoi kau ni"

Aku berpaling ke arah sihah.

"Kau diam!"

"Jawab soalan aku midah"

"Okay ceritanya macam ni. Pagi tadi aku nak terkencing. Aku bangun pergi kencing. Lepas tu dah siap aku datang semula ke ruang tamu nak sambung tidur. Tiba-tiba aku tak boleh tidur sebab nyamuk. Aku bangun dan duduk. Tak lama tu aku perasan yang pintu bilik tu macam terbuka sedikit. Jadi aku pun pergi lah masuk. Pastu aku terus baring atas katil. Terus aku tertidur. Tu je"

Aku terdiam dan semua orang diam.

"Kenapa j?" Tanya midah takut-takut.

"J cakap pintu tu berkunci dan kunci tu memang tak ada dengan j. Jadi siapa yang buka pintu tu?" Terang melur serta soalan.

"Ha? Serius lah j?"

Sihah dan midah mengangguk bagi pihak aku. Aku serabut lah nak layan benda-benda tu pagi-pagi aku terus capai kain tuala dan mandi. Perut tengah lapar ni kang midah aku telan. Selepas semuanya bersiap kitaorang keluar pergi makan.

"J drive kereta aku".

Aku yang baru buka pintu kereta aku terus aku tutup kembali.

"Kunci!" Ucap aku.

Kunci bertukar tangan. Aku terus memandu perlahan dekat kawasan kampung. Yang lain semuanya melayan perasaan masing-masing. Tak lama tu midah bersuara.

"Aku masih tak boleh nak fikir pasal pagi tadi lah"

Aku memandang midah guna cermin pandang belakang. Aku tak bersuara. Sihah memandang aku dekat sebelah.

"Sabar j" Ucap sihah perlahan.

"Tak masalahnya kenapa kau nak marah aku j? Aku tak tahu menahu pun!"

"Sepatutnya kau kena kejut kitaorang midah. Jangan nak memandai sendiri" Tegur melur.

"Takkan nak pergi kencing pun nak kena teman? Lagipun dalam rumah kan?"

"Memang lah dalam rumah midah. Tapi kau kena ingat. Rumah yang kita duduk tu kita tak tahu apa yang ada. Macam pagi tadi, j cakap bilik tu berkunci. Tapi macam mana kau boleh masuk dan tidur dalam bilik yang berkunci tu?" Tanya sihah.

"Ke kau saja je nak takutkan kitaorang j?" Sangkal midah.

Aku memandang midah lagi mengunakan cermin pandang belakang. Aku still diam.

"Dah lah midah. Eh kau kena ucap syukur tau yang j teman kita kat sini." Ucap melur.

Midah terus buat muka yang mintak kena pijak. Hai entah lah. Stress pulak aku.

Selesai kitaorang sarapan pagi sihah menganjak aku ke pasar untuk membeli  barang dapur. Selesai semuanya kitaorang terus balik ke rumah. Bila sampai depan rumah terus kitaorang tergamam.

"J kau tak tutup pintu ke?" Tanya melur

"Bila masa pulak aku tak kunci pintu. Semua tengok kan tadi yang aku tutup pintu."

"Haah aku perasan tadi j" Ucap sihah.

Aku terus keluar dari kereta dan melangkah ke arah grill yang masih lagi helok bermangga. Aku terus buka dengan kunci. Bila pintu grill telah pun ternganga aku dengan yang lain terus masuk. Aku terus menuju ke bahagian dapur. Untuk tengok pintu belakang. Berkunci. Aku terus ke depan semula untuk tengok pintu depan. Rosak atau apa-apa. Bila aku check pintu tu helok pulak. Aku mengaru-garukan kepala yang tak gatal.

"Kenapa j?" Tanya sihah.

"Pintu ni ha. Tak ada pulak rosak"

"Tu lah tu. Pelik pulak aku."

"Tak ada apa lah. Ni kau masak ke sihah?"

Sihah mengangguk lantas tersenyum.

"Cantik! Lega aku"

"Tak ada tak ada. Esok giliran kau pulak masak j."

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now