PART 8

1.4K 97 0
                                    

"Insyallah. Kalau aku rajin." Ucap aku seraya melangkah ke belakang rumah.

Aku berjalan sampai ke tepi parit. Aku tergamam sekejap. Dalamnya. Ini semalam kalau aku jatuh mau pecah kepala. Aku memandang ke arah kanan dan kiri. Sunyi. Tak lama kemudian aku ambil penyapu lidi dan aku menyapu dekat luar rumah. Tengah sapu-sapu tu aku terdengar bunyi orang menjerit.

"Auuuww!!"

Aku medongakkan kepala dan memandang ke dapur. Midah tengah meletakkan jari ke mulutnya.

"Itu lah kau! Kenapa tak hati-hati. Kan ada kaca dalam singki tu. Luka teruk tak?" Bebel sihah.

"Macam mana boleh ada kaca dalam singki ni?"

"Itu yang aku pelik tu. Aku dah perasan dah tadi. Tapi aku tak dengar pulak bunyi pinggan pecah ke apa-apa ke. Tahu-tahu dah ada dalam singki."

"Dah tahu kenapa tak buang terus?"

"Sabar lah! Aku ambil surat khabar ni ha. Nak letak dalam surat khabar". Marah sihah.

"Apa benda lah kaca pun ada kat dalam singki. Tak reti buat keje ke apa.. pok pek pok pek" Midah membebel lantas meninggalkan dapur dengan jari yang luka.

Aku hanya memerhatikan midah dari luar. Kecik besar kecik besar je aku tengok minah tu. Kalau kena tapak memang sesaja je lah. Aku terus menyambung kerja aku bagi selesai.

"J"

Aku berpaling kebelakang.

"Kenapa?"

"Aku pelik lah. Macam mana boleh ada pinggan kat dalam singki? Kau ada perasan tak?"

Aku mengelap peluh dekat dahi mengunakan belakang tangan. Lantas menggelengkan kepala.

"Aku tak perasan pulak"

"Oo tak apa lah. Eh jom lah masuk. Dah pukul berapa dah ni. Masakan dah siap masak"

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Bagi aku bakar sampah ni dulu. Kang aku masuk."

"Oraite!"

Sihah terus masuk ke dalam rumah. Aku pulak meneruskan pembakaran sampah yang aku longgok tadi. Aku menghirup udara kampung. Masih segar walaupun matahari dah terpacak dekat atas kepala. Panas lit lit. Tak lama kemudian aku terus masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik air. Kaki dan tangan aku basuh dan aku melangkah ke ruang tamu. Makanan sudah terhidang tunggu untuk di makan sahaja. Wow sedap. Ada daging salai masak lemak cili api, sambal tempoyak, ulam ulaman dan ikan goreng.

Selesai makan apa semua perut sudah kenyang, sekor-ekor termasuk aku melengkor macam ular sawa.

"Brupph!! Alhamdulillah"

"Tak senonoh kau j" Marah sihah.

"Sedap sangat"

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now