📌RUMAH BERHANTU📌

1.7K 101 0
                                    

Selepas beberapa tahun, aku kembali lagi ke tempat yang sama. Tapi berbeza ialah rumah. Sebelum tu aku duduk dekat bahagian atas seberang sungai dan selepas tu aku duduk Bahagian bawah. Seberang jalan. Tak apa lah. Kejadian dulu tu pun aku dah buang jauh-jauh. Jauh lah sangat. Masa ni aku bukan keseorang seperti sebelum ni. Tetapi berempat. Aku midah sihah dan jugak melur. Kami berempat kena campak dekat ipoh. Haha.. mungkin kami ni nakal sangat kot sampai kena campak merata-rata. Nasib tak kena buang negeri. 😅😆 Huhu gurau-gurau. Dekat kuala lumpur kawan-kawan memanggil aku J. Jadi jangan confius okay... Love u all.

"J kau dah sampai ke?" Tanya sihah

"Lagi 15 minit aku sampai. Korang bila nak gerak?"

"Tunggu midah."

Huh midah? Midah lah salah sorang yang bermasalah.

Aku mengeluh perlahan.

"Tak apa lah. Jangan lama sangat." Ucap aku lantas mematikan panggilan.

Memang lah dari kuala lumpur ke ipoh tak jauh. Tapi jangan buang masa. Pantang betul aku. Semua perihal rumah apa semua sihah yang siapkan. Aku terus membelok kereta. Aku keluar dan menanggalkan cermin mata. Agak mengejutkan jugak lah. Rumah apa yang sihah carikan ni? Aku terus mendail no sihah. Panggilan aku bersahut.

"Sihah. Serius lah?" Tanya aku.

"Aku mintak maaf J. Itu je yang ada."

Aku mengeluh.

"Habis ni aku nak mintak kunci kat rumah yang mana satu? Kiri kanan?" Tanya aku lantas menutup pintu kereta.

"Jap-jap. Ha kiri. Nama makcik tu makcik siti"

"Okay-okay. Ni korang dah gerak belum?"

"Belum lagi lah J. Mungkin petang kot."

"Hurm okay!"

Aku lantas menamatkan panggilan. Makin lama makin menyakitkan hati aku jek baik tak payah. Aku terus melangkah ke arah kiri. Aku berhenti melangkah. Memandang sekeliling. Dekat depan aku ada 5 buah rumah. Kiri kanan pun ada rumah. Aku menarik nafas dan berjalan ke arah rumah yang sihah cakapkan.

"Assalamualaikum" Aku memberi salam.

Tok! Tok! Tok!

Pintu berkuak dari dalam. Tak lama tu tersembul sesusuk tubuh tua disebalik pintu.

"Ini makcik siti ke? Saya anna. Kawan saya cakap, saya kena ambil kunci rumah dekat makcik." Ucap aku ramah.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now