PART 1

1.6K 93 2
                                    

Aku hanya memerhatikan ina dan lelaki yang bernama zul masuk ke dalam. Tak lama kemudian ina menyerahkan kunci kereta dekat aku dan aku terus meloloskan diri ke dalam kereta. Zul meminta aku mengikut belakang kereta dia. Bila sampai ke satu tempat yang berbukit, kereta dipark dekat situ. Bila selesai aku dengan zul berjalan meredah air banjir yang naik dekat bahagian bawah. Petronas yang berada bersebelahan dengan air sungai temerloh dah paras buku lali. Banyak kereta jugak masa tu aku dengan zul dan lain-lain bawa ke tempat tinggi.

Bila selesai tolong ina, aku memintak tolong dekat zul untuk ikut aku. Aku memandu ke taman chengal dan meminta zul bawa kereta aku untuk bawa ke industri. Selesai semuanya aku hantar zul ke temerloh balik. Aku pulak balik ke taman chengal untuk bermalam dekat homestay taman chengal. Masa tu air belum naik paras tinggi. Lektrik sudah dipadamkan. Bermakna aku bergelap didalam homestay sorang-sorang.

Masa aku tengah lepak dekat tepi tingkap, berlampukan torchlight, aku perasan ada satu bayang menuju ke bahagian dapur. Aku terus menyuluh ke arah tersebut. Tapi tak ada apa-apa. Aku kembali berpaling ke luar tingkap. Memang gelap sungguh. Tak nampak apa. Aku suluh jam dekat tangan. Baru pukul 9 malam. Aku ambil keputusan untuk tidur. Tetapi sebelum tu aku perlu ke tandas. Tandas dalam homestay aku tak ada air sebab yelah diorang tutup, jadi aku kena pergi tandas luar yang ada kolam dan jauh dari bilik aku. Aku pun pergi sambil suluh-suluh lorong nak ke tandas. Masa aku tengah suluh tu tiba-tiba ada seseorang membelakangkan aku. Dari bentuk tubuh belakang macam suami ah leng.

"Uncle?" Panggil aku.

Diam tanpa berkutik. Aku terus masuk ke dalam tandas. Selesai semuanya aku keluar dan aku perasan yang laki ah leng tu ada lagi berdiri mengadap dekat luar tingkap dan membelakangkan aku. Otak aku terus berpusing-pusing memikirkan sesuatu. Setahu aku selepas urusan sewa bilik petang tu dah settle dan aku perasan uncle tu gerak balik sebab depan homestay dia naik air. Jadi bila masa pulak dia datang? Kalau dia datang dah confirm-confirm aku tahu sebabnya aku duduk dekat tepi tingkap tu dari aku masuk homestay tu sampai ke malam. Tak pulak aku nampak bayang orang dan aku langsung tak dengar bunyi orang buka pintu grill. Tiba-tiba bulu roma aku tegak.

Aku terus mempercepatkan langkah kaki aku dan terus masuk ke dalam bilik. Dah lah gelap. Uish. Aku terus baring dan akhirnya aku terlelap sebab penat yang teramat sangat. Aku tersedar dalam pukul 8 kalau tak silap aku. Nasib baik tak jadi apa-apa dekat aku malam tu. Mintak simpang. Selesai mandi apa semua, aku terus keluar dari homestay. Bapak ah semalam tu air paras buku lali je. Aku bangun pagi tu, air dah parah lutut. Hilux aku tenggelam. Haha. Aku terus hidupkan hilux dah keluar dari kawasan chengal dan terus ke mentakab. Setelah urusan aku terhadap mangsa-mangsa banjir selesai, aku terus gerak ke studio aku. Tempat dirahsiakan. Aku sampai kat studio aku pun dah nak maghrib. Aku terus naik atas studio turun balik sebab nak tadah air untuk mandi dan solat. Selesai semuanya aku duduk depan tv. Mata aku beralih dekat salah satu bilik studio yang berada di tepi tangga.

Memang. Memang sebelum ni aku pernah dengar cerita dari orang dan aku pun pernah mengalami beberapa perkara dekat dalam bilik studio tu. Salah satunya aku pernah record lagu ulit mayang dengan satu kumpulan ni. Nama sebenar kumpulan ni aku rahsiakan. Tetapi aku gelarkan the boys. Pada mulanya lagu ulik mayang tu nak record dekat studio aku yang lagi satu dekat kL. Tetapi disebabkan masa tu aku dekat pahang. Jadi nak atau tak nak diorang kena lah datang.  Tanpa banyak bicara aku dengan the boys ni record lagu. Tengah aku nak nyanyi part puteri bagai apa semua tu sekali mic aku tak berfungsi. Aku mintak amad tolong betulkan apa yang patut tetapi amad cakap semuanya dalam keadaan baik. Tetapi kenapa mic aku tak berfungsi? Ah aku jem kejap. So aku cakap dekat budak-budak the boys tu masukkan part diaorang dulu.

"Mil kau masuk part korang dulu. Part aku nanti aku masukkan. Ada masalah sikit."

"Masalah apa j?" Tanya mil.

"Aku tak tahu lah. Tak apa, korang masuk dulu." Ucap aku lantas keluar dari bilik studio dan aku berdiri sebelah amad dan tengok the boys nyanyi.

Selesai semuanya the boys balik hotel sebab esok ada urusan lagi. Makanya malam tu tinggal aku dengan amad dan haisul. Sebab nanti nak masuk part aku.

Masa amad tengah play lagu yang dia record tadi tu tiba-tiba amad berpaling ke arah aku. Aku yang duduk dekat sebelah amad, terus aku angkat kening. Haisul pulak tengah tengok tv.

"Asal?" Tanya aku.

"Kau dengar lagu ni" Ucap amad lantas menyerahkan headphone dekat aku. Aku lantas mengambil dan letak kat telinga.

Pada mulanya lagu yang direcord tu tak ada cacat cela. Suara budak-budak the boys memang sedap banget. Tetapi bila satu part yang aku harus nyanyi, aku terus memandang amad kat sebelah. Headphone aku terus serahkan dekat amad. Otak aku terus jadi batu.

"Siapa yang nyanyi part kau j?" Tanya amad.

Aku terdiam.

"Aku tak tahu." Ucap aku.

Aku dengan amad terus terdiam. Tak lama tu haisul datang.

"Korang berdua ni asal?"

Amad memandang aku. Tak lama tu amad menyerahkan headphone dekat haisul dan playkan lagu tu. Haisul pada mulanya menyanyi dan menganggukkan kepala dan tak lama tu dia terdiam. Matanya tak berkelip dan memandang amad dan aku bersilih ganti. Tak lama tu headphone dia cabut dan letak atas meja.

"Sedap suara kau j"

Aku terus menggelengkan kepala.

"Bukan. Bukan suara aku. Aku kan tak jadi record sebab mic aku problem."

"Habis tu suara perempuan tu siapa?" Tanya haisul.

Belum sempat aku atau amad nak bersuara, tiba-tiba mic dalam bilik studio macam orang ketuk. Mic tu amad dah off kan button dia dari luar. Aku terus memanjangkan leher untuk melihat apa yang ada didalam bilik studio tersebut. Amad dan haisul pun melakukan hal yang sama. Haisul terus bangun dan masuk ke dalam bilik studio dan dia membetulkan mic dekat tepi pintu.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now