PART 5

4K 190 6
                                    

Nak dijadikan cerita. Masa itu malam, masa aku tengah layan study, tiba-tiba kaki aku kena cuit. Sebelum tu aku dah dengar ayam tiba-tiba berbunyi. Tapi aku buat bodoh je lah. Malas aku nak layan. Tiba-tiba kaki aku kena cuit. Berderau jantung aku sekejap. Aku masa tu tengah meniarap, aku bangun dan pergi jenguk kepala kat bahagian dapur. Tengah jenguk tu sekali aku terperasan ada satu kepala betul-betul tengah mengintai aku dekat bahgian pintu yang berlubang tu. Aku memang nampak rupa dia walaupun masa tu dekat situ gelap. Dengan mata yang merah. Gigi panjang. Lidah terjelir sampai ke paras dagu. Masa tu aku punya terkejut tu usah dicakaplah. Aku cepat-cepat masuk dan duduk dekat penjuru dinding.. aku pejam mata dan aku cuba nak korek-korek biji mata. Sebab aku takut nanti bila aku buka mata, benda tu dekat depan aku macam mana? Lama juga lah aku dalam keadaan macam itu. Hujung-hujung bila aku tak tahan sangat, aku terus baring tanpa buka mata. Akhirnya aku terlelap. Dan aku dapat satu mimpi dimana rambut aku terbakar. Aku terkejut dan tersedar dari mimpi. Yang gilanya memang betul rambut aku terbakar. Mengelupur aku kibas rambut aku yang penuh api tu. Dengan dinding pondok aku separuh dah dijilat api. Aku panik. Aku tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba tu ada satu suara berbisik dekat telinga kanan aku.

"Lariii!!"

Aku tersentak dan terkejut. Aku menoleh ke kanan. Tetapi tiada siapa-siapa. Aku terus lari dan menuju ke bilik air.

Selepas api terpadam, aku terduduk kat tepi pondok. Masa tu aku tak mampu nak tahan. Aku nak keluar dari situ. Aku give up. Menangis lagi aku.

Selepas siap mandi apa semua, aku dengan yang lain menuju ke madrasah untuk solat subuh. Lepas solat subuh aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Sampai je sekolah, mata aku terus tertangkap sesusuk tubuh orang tua dekat tepi tandas. Orang tua tu perempuan. Aku macam terfikir sekejap.

"Mira tu siapa?" Tanya aku lantas menunjukkan ke arah tandas.

"Mana janna?" Tanya mira lantas mematikan langkah.

KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.Where stories live. Discover now