Aku yang tengah rukuk ni terus aku tegakkan badan aku. Nafas aku turun dan naik. Segala sakit perut hilang serta merta. Bila benda tu makin dekat dengan aku dalam beberapa langkah, aku terus berlari ke arah kiri. Aku lari arah kiri sebab ada satu kedai makan yang buka 24jam. Bila sampai kedai tu aku terus duduk dekat kerusi. Aku raup muka dengan tapak tangan. Semua orang yang dekat kedai tu memandang pelik ke arah aku. Tak lama tokey kedai tu dan datang.
"Kamu ni dah kenapa? Macam baru nampak hantu je"
Aku mendonggakkan kepala.
Tak lama tu tiba-tiba ada suara orang menjerit.
"Hantu tak ada kepala!!"
Aku terus pandang dekat orang yang menjerit tu. Dan semua orang termasuk aku memandang ke arah orang tu tunjuk. Apa lagi, tak sampai 5 minit kedai tu kosong. Ada yang lari lintang pukang. Ada yang lari masuk dalam kedai makan tu. Bayang kan, benda tu dari studio aku. Dengan begitu pantas dia dah dekat tepi kedai makan tu. Tak semua orang mengelupur.
Aku lepak kat kedai tu sampai hari cerah. Tak lama tu member aku sampai. Aku buat keputusan yang aku tak nak stay lagi kat studio. Bior lantak. Aku rela tidur kat dalam kereta. Tak lama selepas itu aku terus buat keputusan untuk jual studio itu.
TAMAT
YOU ARE READING
KOLEKSI KISAH BENAR SERAM.
HorrorDi sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.