Prolog

1.8K 111 65
                                    

          Nama aku Amirul Isa Bin Mohamad Musa. Aku berusia 17 tahun dan aku tinggal di Pekan Bukit Berduri. Aku baru sahaja berpindah ke sini kerana di atas nasihat daripada pakcik aku untuk tinggal di pekan ini kerana kawasan pekan ini dekat dengan kawasan perkampungan aku. Jadi kalau ada apa-apa hal yang berlaku nanti, mereka yang ada di sana boleh datang membantu aku kat sini. Lagipun jarak kampung aku dengan Pekan Bukit Berduri ni tak jauh mana pun, sebelah-sebelah je.

          Aku tinggal di sebuah rumah kayu yang reka bentuknya sama dengan reka bentuk rumah-rumah kayu yang terdapat di dalam kampung-kampung yang lain dan aku hidup di sini secara bersendirian. Kenapa bersendirian? Kerana aku ini adalah anak tunggal dan aku juga adalah ihsan yang tergolong di dalam golongan anak-anak yatim piatu. Mak dan ayah aku telahpun pergi ke rahmatullah semasa aku berusia 10 tahun dan punca kematian mereka berdua adalah disebabkan kemalangan jalanraya yang berlaku di Kuala Lumpur.

          Semenjak itu, aku dijaga secara bergilir-gilir oleh ahli keluarga aku yang lain sehinggalah umur aku sudah mencecah masuk ke 17 tahun kerana ketika itu aku mengambil keputusan untuk hidup berdikari seperti waktu kini. Setiap bulan ahli keluarga aku yang lain pasti akan memberikan sedikit wang kepada aku untuk membuat perbelanjaan harian aku. Tapi walau banyak mana pun mereka bagi wang itu kepada aku, aku sangat jarang sekali nak gunakan duit tu melainkan waktu kecemasan sahaja. Mengapa begitu? Sebab aku ni boleh dikatakan orang yang kaya juga kerana arwah ibu dan ayah aku banyak harta dan duit mereka di dalam bank pun masih banyak lagi sehinggakan aku rasa 7 keturunan pun takkan habis kalau segala harta tu digunakan.

          Walaupun hidup aku nampak senang dari segi zahirnya, namun dari segi batinnya, ada satu perkara yang amat menyusahkan hidup aku sejak daripada waktu aku lahir lagi. Kata orang, ianya adalah satu kelebihan yang telah 'dikurniakan' oleh tuhan kepada aku. Namun bagi aku, ianya seperti satu malapetaka sahaja. Kelebihan yang aku dapat ini adalah kelebihan yang orang sebut sebagai Kasyaf. Kasyaf adalah satu kelebihan yang sangat susah dan sangat jarang sekali untuk seseorang itu dapat kerana ianya adalah satu kelebihan yang Allah akan berikan kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja. Itulah kata arwah datuk aku dulu apabila buat pertama kalinya aku mula sedar tentang kewujudan kelebihan ni di dalam diri aku.

          Walaupun ramai yang mengatakan ianya adalah satu anugerah tuhan, namun aku menafikan ia. Mengapa? Kerana ianya sangat-sangat mengganggu ketenteraman hidup aku. Kelebihan Kasyaf ini telah membuka segala hijab deria aku dan ianya juga telah membuatkan aku terikat dengan segala perkara mistik yang ada di muka bumi ini.

          Kalau manusia biasa hanya ada 5 deria sahaja, aku ada 10 deria. Manusia biasa, derianya hanya untuk mendengar, melihat, menyentuh, merasa, dan menghidu. Kalau aku pula, deria aku berfungsi berkali ganda lebih hebat daripada deria manusia biasa. Aku boleh mendengar apa yang manusia biasa tak boleh dengar (kecuali suara tuhan dan malaikat). Aku boleh melihat apa yang manusia biasa tak boleh lihat (kecuali tuhan dan malaikat). Aku boleh menyentuh apa yang manusia biasa tak boleh sentuh (kecuali roh dan malaikat). Aku boleh merasa apa yang manusia biasa tak boleh rasa dan aku boleh menghidu apa yang manusia biasa tak boleh hidu .

          Bukan itu sahaja, kadang-kadang aku juga boleh berinteraksi dengan sesuatu benda yang tak bernyawa dan aku juga boleh berinteraksi dengan alam semulajadi dan juga makhluk ghaib. Bagaimana aku berinteraksi dengan 'mereka' semua? Aku berinteraksi dengan 'mereka' semua dengan menggunakan deria bacaan fikiran dan minda yang ada di dalam diri aku. Ya, aku boleh membaca fikiran semua benda terutama sekali fikiran manusia. Nampak macam hebat bukan? Ianya memang nampak sangat hebat kalau kelebihan ni dapat dikawal oleh diri aku sendiri. Masalah yang aku lalui setiap hari dengan kelebihan ini adalah... Aku tak boleh mengawal kegunaan kelebihan ni daripada dulu sampailah sekarang. Kelebihan aku sentiasa terbuka dan ianya tidak boleh 'ditutup' walaupun ianya hanya untuk seketika waktu.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now