[Aizat POV]
Aku berjalan masuk ke dalam rumah dan kelihatan ibu dan ayah aku sedang berbual-bual di atas sofa ruang tamu sambil menikmati secawan teh panas bersama dengan sepinggan cekodok pisang sebagai makanan sarapan minum petang tersebut. Aku berjalan menuju ke arah mereka sambil memberikan ucapan salam lalu terus menyertai mereka berdua dengan menikmati sarapan minum petang tersebut. Perbualan mereka berdua terhenti tatkala aku duduk di atas sebuah sofa yang berhampiran lalu mereka berdua pun membalas ucapan salam aku itu dengan lembut.
"Ha Aizat... Mana kawan kamu yang tadi tu?" Soal ayah aku sambil mencicip air teh panas yang berada di dalam cawannya itu.
"Dia dah balik dah tadi." Jawab aku dengan ringkas sambil mengambil sebiji kuih cekodok pisang yang telah dimasak oleh ibu aku itu lalu terus mengunyahnya. Hmm... Sedapnya!!
"Ouh... Tadi masa pergi sekolah tadi, ada sesiapa yang tanya pasal mata kiri Aizat tu?" Soal ayah aku lagi.
"Tak ada. Kenapa?" Balas aku dengan pemberian soalan yang ringkas.
"Ouh... Tak ada lah, saja je ayah tanya." Balas ayah aku dengan nada yang tenang.
"Aizat, nah... Air teh untuk kamu." Kata ibu aku sambil menyerahkan secawan teh panas kepada aku.
"Terima kasih..." Balas aku sambil mengambil cawan tersebut lalu mencicipnya sedikit sebelum diletakkan semula ke atas meja ruang tamu.
"Ayah... Ibu... Aizat nak minta izin untuk satu benda boleh?" Soal aku kepadanya dengan nada yang lembut.
"Nak minta izin? Pasal apa?" Soal ayah aku dengan nada yang tenang.
"Aizat malam ni nak... Pergi keluar dengan Isa kejap. Ada hal penting." Balas aku dengan nada yang lembut.
"Hal penting? Waktu malam nanti? Nak buat apa?" Soal ibu aku bertubi-tubi dengan nada yang serius.
"Err... Kitorang nak buat-"
"Kalau hal yang penting tu untuk sesuatu yang berunsur kebaikan, kamu pergi je lah. Ayah izinkan je. Asalkan kamu pandai jaga diri kamu tu." Potong ayah aku dengan nada yang tenang.
"Abang... Anak kita ni dah lah baru je buta sebelah mata disebabkan kes Nabila semalam tu. Kalau jadi apa-apa yang buruk dekat si Aizat ni lagi nanti macam mana?" Rungut ibu aku kepada ayah aku dengan nada yang perlahan.
"Tak apa, kita doakan je yang baik-baik untuk si Aizat ni. Semoga Allah jaga dia baik-baik dalam setiap langkah kebaikan yang dia nak buat." Balas ayah aku dengan nada yang masih tenang.
"Lagipun ayah tahu, ada hikmah kenapa semua ni berlaku. Lagipun, Aizat ni selalu buat kebaikan. Bukannya keburukan. Betul tak?" Sambungnya lagi sambil memandang aku dengan senyuman simpul. Aku pun hanya sekadar tersengih segan kerana dipuji sedemikian. Ayah aku ni macam tahu-tahu je apa yang aku selalu buat selama ni.
"Ah tak ada, tak ada... Tak boleh. Ibu takkan izinkan. Cukuplah Aizat dah buta sebelah macam ni disebabkan tolong orang lain. Lepas ni, ibu takkan bagi lagi dah Aizat pergi ke mana-mana. Kalau Aizat nak pergi juga, pergilah. Nanti kalau jadi apa-apa lagi, ibu tak nak tanggung dah." Kata ibu aku dengan panjang lebar lalu dia terus bangkit berlalu pergi. Aku yang mendengar ibu aku tu berkata sedemikian terus berasa kecewa sebab kalau aku tak ada keizinan ibu aku tu, aku tak boleh ikut Isa dengan Cikgu Sulaiman pergi ke 'Kompleks Maut' tu malam ni sebab keizinan dan kerestuan ibu aku tu penting.
"Ayah... Macam mana ni?" Soal aku kepada ayah dengan nada merayu sebagai pengharapan bahawa dia akan dapat membantu aku.
"Hmm... Tak apa, Aizat pergi je. Nanti pandai-pandailah ayah pujukkan ibu kamu tu." Balas ayah aku dengan nada yang perlahan sambil mencicip air tehnya. Aku pun hanya mendiamkan diri seketika sambil memikirkan sesuatu dengan wajah yang masam mencuka.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...