[Aizat POV]
''Nah...'' Aku melangkah keluar daripada bilik tidur aku dengan berpakaian sukan sekolah lalu terus menyerahkan sehelai lagi baju sukan sekolah dengan sehelai seluar sukan hitam kepunyaan aku kepada Isa.
''Untuk apa kau bagi aku baju sukan dengan seluar sukan ni?'' Soal Isa kepada aku dengan dahinya yang berkerut.
''Aih... Nak pergi kokurikulum kan nanti? Kenalah pakai baju sukan sekolah. Mana boleh pakai baju uniform biasa.'' Balas aku dengan nada selamba. Isa hanya sekadar menganggukkan kepalanya lalu dia terus mengambil baju sukan dan seluar sukan tersebut sambil membelek-beleknya seketika.
''Tapi... Tak apa ke aku pakai baju dengan seluar kau ni?'' Soal Isa kepada aku.
''Sebelum kau tanya soalan tu kat aku, baik kau tanya diri kau. Kita ni nak pergi ke kokurikulum sekolah kan? Nak pergi ke sana kena pakai baju sukan dengan baju unit uniform persatuan kan? Kau ada tak baju-baju tu sekarang? Tak ada kan? So apa yang kau patut pakai sekarang? Baju uniform sekolah kau yang dah kotor sikit tu ke atau baju sukan aku tu?'' Soal aku kepadanya semula dengan soalan yang bertubi-tubi. Bukan sengaja aku menyoal begitu kepadanya tapi dalam hidup aku ni mudah sahaja. Kalau dah tahu diri tu tak ada baju sukan sekolah ataupun baju unit uniform, pakai je lah baju yang aku dah bagi tu. Jangan ditanya lagi boleh pakai ke tidak. Anggap je lah ini sebagai 'darurat'. Lagipun baju tu bukannya bagi terus, aku pinjamkan je.
''Ini...?'' Soalnya sambil menunjukkan baju sukan aku itu.
''Yes, that's right. Pakai je baju tu dulu. Nanti dah balik sekolah nanti, pulangkan balik.'' Balas aku dengan nada yang selamba. Isa hanya sekadar menganggukkan kepalanya berulang kali sebagai tanda faham lalu tanpa sepatah kata, dia terus berlalu pergi menuju ke bilik air untuk menukarkan pakaiannya. Setelah menukarkan pakaian itu, dia terus berjalan kembali semula ke arah aku yang berada di ruang tamu ini.
''Terima kasih wey sebab bagi pinjam baju sukan kau ni.'' Katanya dengan nada yang perlahan sambil memegang longgokan pakaian sekolahnya yang dipakai itu tadi.
''Alah tak ada hal lah. Selagi kau boleh pulangkan balik, aku tak ada masalah pun nak bagi kau pinjam baju tu.'' Balas aku dengan nada yang santai.
''Assalamualaikum.''
Kedengaran tiba-tiba ada suara yang memberi salam daripada arah luar rumah aku dan orang yang memberi salam itu adalah ayah dan ibu aku yang baru sahaja pulang daripada pekan dengan membawa barangan-barangan dan makanan-makanan yang dibungkus di dalam beberapa beg plastik.
''Waalaikumusalam.'' Sahut aku daripada arah ruang tamu dengan menjawab salamnya itu lalu aku pun terus berjalan menuju ke arah pintu masuk rumah untuk membantu mereka berdua membawa barangan-barangan tersebut untuk masuk ke dalam rumah.
''Baru sampai ke? Bila ayah dengan mak sampai? Aizat tak dengar bunyi kereta pun tadi.'' Soal aku kepada mereka berdua.
''Alah... Aizat kan kat dalam rumah? Mana nak dengar suara enjin kereta ayah kau tu.'' Balas mak aku dengan nada yang mendatar sambil berjalan masuk terus ke dalam dapur rumah. Aku hanya sekadar melihatnya bergerak menuju ke arah dapur itu lalu kembali menoleh ke arah ayah aku itu semula.
''Mak tu okey ke tak? Lain macam je nada suara dia tu.'' Soal aku kepada ayah aku dengn nada separa berbisik.
''Alah, biasalah mak kamu tu. Faham-faham je lah... Eh, ni siapa ni, Aizat? Kawan kamu ke?'' Balas ayah aku lalu menyoal kepada aku semula sambil menyerahkan sebungkus beg plastik yang berisi makanan dan bahan-bahan basah kepada aku apabila dia terlihat Isa berjalan menghampirinya lalu menyalam tangan kanannya dengan hormat.
''Haah, ni kawan baru Aizat. Nama dia Isa. Dia ni baru je pindah ke sini daripada minggu lepas.'' Balas aku sambil memperkenalkan Isa kepadanya.
''Assalamualaikum pakcik. Err... Nak saya tolong?'' Soal Isa kepada ayah aku itu dengan nada hormat untuk membantunya mengangkat barang-barang tersebut.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...