Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab

482 76 16
                                    

Pada pukul 7:50 pagi, aku berjalan bersendirian di dalam sekolah dengan langkah yang dibawa menuju ke arah sebuah bilik kelab yang paling teramat ditakuti oleh semua para pelajar sekolah ini iaitu bilik kelab Paranormal. Pada ketika ini, sepatutnya semua para pelajar yang ada di dalam sekolah ini sepatutnya sudah berada di dalam kelas masing-masing. Tetapi disebabkan aku ni adalah pelajar yang menjadi ahli kelab Paranormal sekolah, maka aku ada satu kelebihan yang sangat istimewa di dalam sekolah ini iaitu aku boleh 'ponteng' kelas sekiranya Cikgu Sulaiman nak buat perjumpaan mengejut ataupun 'sesi latihan' untuk aktiviti kelab.

''Aduh, sakitnya tengkuk aku ni...'' Keluh aku sendirian sambil memegang tengkuk yang terasa sakit dan lenguh ini. Aku tak tahu kenapa, sejak daripada pagi tadi tengkuk aku ni asyik terasa lenguh je. Mungkin ianya disebabkan kesan daripada kejadian yang semalam tu kot. Yelah, jin Yahudi yang telah merasuk Aisyah tu cekik leher aku kuat-kuat kot. Kalau aku biarkan je masa tu, mesti kepala aku dah terputus daripada badan akibat dicengkam terlalu kuat.

Setelah beberapa saat aku melangkah, akhirnya aku telahpun tiba di hadapan pintu bilik kelab tersebut. Sebaik sahaja aku tiba di sana, aku terus mengetuk pintu kelab tersebut sambil memberikan ucapan salam.

''Assalamualaikum.'' Kata aku sambil mengetuk pintu bilik kelab tersebut.

''Waalaikumusalam!! Ha masuklah!!'' Jerit Cikgu Sulaiman daripada dalam bilik kelab tersebut dengan menjawab salam aku itu. Setelah kebenaran masuk telah diberi, aku pun tanpa melengahkan masa terus menanggalkan kasut dan kemudian terus bergegas masuk ke dalam bilik kelab tersebut. Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik kelab tersebut, aku meletakkan beg sekolah aku di tepi pintu kelab lalu terus menutup pintu bilik kelab tersebut daripada dalam.

''Ha Isa... Nah, pakai ni...'' Tiba-tiba Cikgu Sulaiman menyerahkan satu vest hitam yang bersaiz S kepada aku. Aku mengambilnya lalu memandang ke arah Cikgu Sulaiman tanda meminta penjelasan.

''Ni adalah uniform kelab kita, okey. Kamu sekarang ni dah jadi ahli kelab ni secara rasmi. Jadi untuk bagi semua orang tahu pasal identiti kamu yang sekarang ni, kamu kena pakai vest ni sebab vest ni adalah salah satu daripada identiti kelab kita. Faham?'' Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

''Tapi cikgu, vest ni hipster sangat ni. Pihak sekolah bagi ke?'' Tanya aku dengan nada was-was.

''Heh... Kalau pihak sekolah tak bagi, tak adanya cikgu nak buatkan vest ni untuk kamu...'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang sinis sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

''Ouh, okey... Kalau macam tu, terima kasih cikgu. Saya pakai vest ni eh...'' Kata aku dengan nada yang sopan lalu memakai vest tersebut. Setelah memakainya, aku mencabut pin kelab aku lalu memasangnya di bahagian dada vest hitam aku itu.

''Hmm... Vest ni betul-betul muat dengan badan aku ni. Makin bertambah kacak pula aku jadinya...'' Kata aku dalam hati dengan penuh rasa bangga.

''Macam mana? Muat tak?'' Tanya Cikgu Sulaiman kepada aku.

''Muat.'' Balas aku dengan ringkas.

''Hmm... Baguslah kalau macam tu. Kamu kena pakai vest tu tiap-tiap hari tau. Terutama sekali waktu kokurikulum, vest ni penting untuk menunjukkan identiti kita sebagai anggota kelab ni. Tapi kalau waktu PJ, jangan pakailah. Nanti apa pula orang kata.'' Pesan Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

''Okey, cikgu... Saya akan pakai vest ni dan jaga benda ni elok-elok ya.'' Balas aku dengan nada yang sopan.

''Hmm, baguslah kalau macam tu... Isa, meh ke sini kejap... Saya ada benda yang nak dibincangkan dengan kamu ni...'' Panggil Cikgu Sulaiman dengan menjemput aku untuk duduk di atas sofa. Aku menuruti perintahnya lalu duduk di atas sofa yang bertentangan dengannya.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now