Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?

526 73 10
                                    

''Aduh duh!! Sakitnya...'' Aizat mengaduh kesakitan apabila seorang pakcik yang berusia 30-an sedang mencucuh kesan luka yang ada di pipinya itu dengan kapas yang telah disalut dengan ubat pencuci luka. Kini, aku bersama dengan Aizat sedang berada di dalam balai raya Kampung Bukit Berduri dan sedang dirawat oleh 2 orang kampung yang berada di situ.

30 minit selepas kejadian Aisyah dirasuk itu, Makcik Siti terus menelefon ambulans untuk membawa anaknya itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan dia juga sempat menelefon Pak Bilal Umar bersama dengan beberapa orang kampung untuk datang ke rumahnya untuk memberikan rawatan kepada kami yang telah mengalami kecederaan ini. Selepas itu, Pak Umar bersama dengan beberapa orang ahli Kampung Bukit Berduri dan juga orang-orang daripada Pekan Bukit Berduri datang ke rumah Makcik Siti untuk melihat keadaan kami bertiga dan juga tahap kerosakan rumah Makcik Siti yang telah dilakukan oleh jin yang merasuk Aisyah tadi. Setelah Aisyah dibawa ke hospital dengan menaiki ambulans dan ditemani oleh ibunya itu, Pak Umar dengan semua orang yang hadir di situ terus membawa aku dan Aizat menuju ke balai raya Kampung Bukit Berduri untuk diberikan rawatan.

Mujurlah Aisyah sempat dihantar ke hospital untuk dirawat. Kalau tidak, mewti dia tidak akan dapat hidup lagi selepas ni disebabkan kerana telah mengalami kekurangan darah yang sangat banyak. Kini keadaannya telahpun kembali stabil setelah dia diberikan rawatan dengan bekalan darah yang cukup untuk menggantikan semula darahnya yang telah hilang di dalam tubuh badannya itu dan kami berdua pula telahpun dirawat oleh orang-orang kampung dan juga orang-orang pekan yang datang ke sini. Ketika kami berdua sedang dirawat, ramai yang kecoh dan mula tertanya-tanya apakah yang telab berlaku dan mengapa dinding rumah Makcik Siti boleh musnah sebegitu rupa. Melihatkan keadaan yang kecoh itu, aku pun mengambil keputusan untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada mereka semua sambil dirawat oleh orang kampung. Setelah aku menceritakan segalanya kepada mereka, barulah mereka faham dan keadaan pun tidak lagi menjadi kecoh.

''Zat, kau okey tak? Sakit sangat ke tu?'' Tanya aku kepada Aizat apabila melihat dahinya berkerut seribu menahan kesakitan yang dialaminya itu.

''Uishh... Mestilah sakit. Gila kau tak sakit, kena hentam dekat dinding kayu sampai tembus kot. Aduh... Pedih-pedih je rasa kat badan aku ni...'' Balas Aizat dengan kerutan dahi yang menahan kesakitan sambil mengusap belakang tubuhnya yang kini sudah berbalut dengan kain bandage.

''Haih... Kita ni patutnya nak merawat oranh, sekali kita pula yang dirawat orang.'' Keluh aku di dalam hati. Aku bersyukur yang aku tak mengalami kecederaan yang teruk seperti Aizat kerana Aizat cederanya teruk sampaikan badannya penuh dengan luka akibat kesan daripada torehan serpihan dinding kayu rumah Makcik Siti dan tangan kirinya pula terkehel akibat terjatuh daripada dalam rumah tersebut dan manakala aku pula hanya mengalami kekejangan otot di bahagian bawah dagu dan juga kesan lebam yang agak teruk di bahagian leher akibat dicekik oleh Aisyah sebentar tadi.

''Aizat... Isa...'' Tiba-tiba Pak Umar berjalan menuju ke arah kami berdua daripada arah luar pintu balai raya sambil memegang kotak kayu santau yang telah dikeluarkan oleh jin Yahudi yang merasuk Aisyah itu tadi lalu dia duduk di hadapan kami berdua.

''Syukur alhamdulillah kamu berdua tak apa-apa. Tahniah dan terima kasih sebab kamu berdua dah berjaya menghalau 2 ekor jin yang menghuni dekat rumah Makcik Siti tu. Nasib baik kamu berdua ada. Kalau tak, sampai bila-bilalah keluarga si Makcik Siti tu kena kacau dengan 2 ekor jin tu.'' Kata Pak Umar dengan panjang lebar dalam nada yang tenang dan perlahan.

''Tak apalah, bukannya hal yang besar pun. Lagi pun sebenarnya bukan 2 ekor jin yang huni rumah Makcik Siti tu, tapi ada 9 ekor yang datang daripada kotak santau tu dan seekor lagi saya tak tahu dia datang daripada mana. Rasanya jin yang lagi seekor tu memang saja nak datang ke sana kot sebab jin tu jin Yahudi dan dia tu jenis yang berbahasa Arab. Jadi saya yakin yang jin Yahudi tu tak ada kaitan dengan jin-jin yang lain tu.'' Balas aku dengan panjang lebar.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now