Chapter 32: Maklumat & Kebenaran

284 43 54
                                    

[Normal POV]

Di dalam restoran MCD yang terletak di sekitar daerah Pekan Bukit Berduri, kelihatan Aizat dan Dina terpaksa menjamah makanan dan minuman yang telah dibeli oleh mereka berdua sambil menunggu kedatangan Isa yang sedang menbincangkan sesuatu perkara yang agak mustahak dengan Cikgu Sulaiman di dalam keretanya yang terletak di kawasan parking lot di luar restoran makanan segera itu.

"Hmm... Aizat, kau ada rasa pelik tak?" Soal Dina kepada Aizat dengan nada yang perlahan sambil dia menyedut air milonya dengan menggunakan straw plastik.

"Pelik? Pelik pasal apa? Pasal Isa ke?" Soal Aizat kepadanya semula sambil dia menikmati aiskrim Sundae Coklat yang dibelinya tadi.

"Yelah. Dari tadi aku tengok dia tu macam serius semacam je. Lepas tu dia punya serius tu seolah-olah macam tengah pendam sesuatu yang tengah buat dia marah." Balas Dina dengan nada yang perlahan dan serius.

"Itulah tu... Aku pun perasan benda yang sama juga tadi. Daripada masa kita naik kereta Cikgu Sulaiman untuk pergi ke muzium tu tadi, aku tengok si Isa tu asyik menjeling je dekat Cikgu Sulaiman tu. Macam tengah tak puas hati pasal sesuatu benda." Kata Aizat dengan nada yang sama.

"Hmm... Agak-agaknya, pasal apa eh?" Soal Dina dengan nada yang ingin tahu.

"Tak tahulah. Yang pastinya, perkara tu adalah perkara yang terlalu sulit dan terlalu mustahak untuk kita ambil tahu sebab ianya adalah urusan di antara Isa dengan Cikgu Sulaiman tu sendiri. Tapi kalau kau tetap nak ambil tahu juga, kau tanyalah sendiri dengan Isa tu. Aku tak nak masuk campur." Balas Aizat dengan nada yang selamba sambil dia terus menjamah aiskrim kegemarannya itu tanpa menghiraukan Dina yang semakin musykil dengan keadaan emosi Isa yang nampak agak tidak baik hari ni.
______________________________________

Sementara itu...

Di dalam kereta Cikgu Sulaiman yang diletakkan di dalam kawasan parking lot di luar restoran MCD tempat Aizat dan Dina sedang melepak itu, Isa dan Cikgu Sulaiman memulakan perbincangan mereka dengan hanya sekadar mendiamkan diri masing-masing sambil ditemani dengan tiupan angin sejuk daripada penghawa dingin di dalam kereta Cikgu Sulaiman itu sambil menanti salah seorang daripada bersuara.

"Jadi... Perkara mustahak apa yang kamu nak bincangkan dengan cikgu tu?" Soal Cikgu Sulaiman kepada anak muridnya itu bagi memulakan perbualan. Sebelum menjawab soalannya itu, Isa menarik nafas seketika lalu dihembuskan ia dengan perlahan bagi mengumpulkan tenaga dan sekaligus menenangkan emosinya supaya emosinya tidak mudah terganggu.

"Saya rasa agak marah bila dapat tahu yang cikgu dah banyak sembunyikan rahsia daripada saya. Tapi disebabkan ianya tak disalahguna, jadi saya maafkan cikgu." Balas Isa dengan nada yang perlahan dan serius sambil dia memeluk tubuhnya tanpa menoleh ke arah Cikgu Sulaiman yang turut tidak memandang ke arahnya juga.

"Hmm... Nampak macam ada banyak benda yang kamu nak tahu daripada cikgu ni." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang dan sinis.

"Ya, memang pun... Saya dah tak nak bazirkan masa lagi dah. Kalau boleh, hari ni juga saya nak tahu tentang kesemua rahsia yang cikgu dah simpan daripada saya." Balas Isa dengan nada yang perlahan dan serius.

"Heh... Cikgu tak ada banyak rahsia pun, tapi cikgu ada banyak maklumat dan cikgu pasti kamu pun mesti sama macam cikgu. Ada banyak maklumat yang terpaksa dirahsiakan. Kamu nak bertukar maklumat tu dengan cikgu tak?" Soal Cikgu Sulaiman dengan bermain tawar-menawar.

"Saya akan bagitahu kesemuanya yang saya tahu kalau maklumat cikgu tu adalah maklumat yang lengkap dan sesuai dengan apa yang saya nakkan. Setuju?" Soal Isa kepadanya semula dengan nada yang serius.

"Dengan nama Allah, cikgu akan pegang kata-kata kamu. Cikgu setuju." Balas Cikgu Sulaiman dengan pantas.

"Baik. Pertama, saya nak tanya. Sebanyak mana yang cikgu dah tahu tentang diri saya dan sejauh mana cikgu dah tahu tentang apa yang saya dah buat?" Soal Isa kepadanya dengan soalan yang berganda.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now