Chapter 15: Saat Pulang

442 67 54
                                    

*Amaran keras!! Dalam chapter ini, akan ada satu dialog khas yang aku reka untuk dijadikan sebagai mantera syaitan. Jadi aku nasihatkan dekat korang semua dengan amaran yang sekeras-kerasnya, tolong jangan amalkan dialog mantera tersebut walaupun ianya hanyalah rekaan semata-mata kerana ianya boleh jatuh hukum syirik. Jadi untuk kebaikan korang semua, tolong patuhi amaran aku ni dengan sebaik-baiknya.

Selamat membaca.
______________________________________

[Isa POV]

Pada malam hari, selesai solat Maghrib, aku duduk bersendirian bahagian saf belakang di dalam masjid Pekan Bukit Berduri sambil menunggu waktu solat Isyak tiba.  Aku mengeluh perlahan seketika apabila mengenangkan nasib diri pada petang tadi. Nabila kena rasuk, Aizat kena cakar pada mata kirinya dan dia pun kena rasuk juga dan manakala aku pula mengalami kecederaan luka pada bahagian tengah dada aku dan sampai sekarang rasa sakitnya masih lagi terasa berbisa. Namun walaupun semua tu terjadi, aku bersyukur yang amat sangat kerana semuanya telah selesai dengan cara yang baik walaupun rasa sakit dan penat itu masih lagi ada di dalam diri ni.

Tapi bila difikirkan balik, aku tak tahu macam mana tangan aku ni boleh terbakar dengan api yang berwarna putih tu masa aku nak ruqyahkan Nabila yang kena rasuk dengan 16 ekor jin Nasrani tu tadi. Yang pastinya api putih tu tak melukakan tangan aku, ianya tak menyakitkan langsung dan ianya pun tak hangat malah terasa dingin macam seolah-olah ada tiupan angin sejuk yang mengelilingi tangan kanan aku ni. Malah dengan kemunculan api putih tu lah yang menjadi penyebab utama kenapa aku boleh tewaskan kesemua jin-jin yang merasuki tubuh badan Nabila itu dengan 4 kali bacaan ayat Ruqyah.

Hmm... Adakah kemunculan api putih tu ada kaitan dengan Surah yang aku bacakan tu tadi? Ataupun ianya ada kaitan dengan kelebihan aku ni? Hmm entahlah. Macam tak masuk akal pula.

Dalam sedang aku asyik bermain dengan fikiran itu, tiba-tiba ada seseorang datang menyapa aku daripada belakang. Aku menoleh ke arah orang yang menyapa aku itu dan ternyata orang itu adalah Cikgu Sulaiman.

''Assalamualaikum...'' Katanya dengan ucapan salam lalu dia terus duduk di sebelah aku.

"Eh Cikgu Sulaiman. Waalaikumusalam..." Balas aku dengan menjawab salamnya sambil menyalam tangannya.

''Kamu seorang je ke ni? Aizat mana?'' Soalnya kepada aku.

''Dia ada kat hospital sebab tadi family dia nak bawa dia pergi merawat luka yang ada kat mata dia tu.'' Balas aku dengan nada mendatar.

''Ouh... Habis tu sekarang ni macam mana?'' Soalnya kepada aku lagi.

''Tak tahulah, cikgu. Harap-harap semuanya okeylah.'' Balas aku dengan nada yang masih sama.

''Ouh... Ha ni, cikgu ada berita baik ni.'' Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Apa dia tu, cikgu?'' Soal aku dengan ringkas.

''Nabila dia dah sedar dah tadi. Sekarang keadaan dia dah stabil dan esok dia dah boleh keluar daripada hospital.'' Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

''Ouh... Syukurlah Alhamdulillah...'' Kata aku dengan ucapan syukur dalam nada yang lega dan tenang.

''Isa, cikgu nak tanya kamu satu soalan boleh?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku.

''Hmm? Tanyalah.'' Balas aku dengan tenang dan ringkas.

''Tadi masa Nabila kena rasuk tu... Macam mana kamu boleh keluarkan kesemua jin-jin yang ada kat dalam badan dia tu?'' Soal Cikgu Sulaiman kepada aku dengan nada yang perlahan. Aku terdiam seketika. Nak cakap apa ni eh? Takkanlah aku nak bagitahu dekat dia pasal yang ada api warna putih keluar daripada tangan kanan aku tu? Hmm...

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now