[Normal POV]
"Aaaaargh!!!" Jembalang menjerit sekuat hatinya di dalam hutan sambil dia meronta kesakitan kerana melecur teruk akibat terbakar disebabkan laungan azan waktu Zohor yang dilaungkan daripada jauh ketika dia cuba untuk membunuh Al-Fitri pada beberapa minit yang lepas itu.
"Tuan... Jembalang..." Panggil Alvaina dengan nada yang lemah dan tersekat-sekat sambil dia merangkak di atas tanah untuk bergerak menuju ke arah tuannya itu dengan pergerakan yang lemah. Dia juga sama seperti Jembalang, malah keadaannya lebih teruk daripada Jembalang kerana separuh daripada tubuh badannya telahpun hangus rentung terbakar dan habis cacat mukanya akibat kesan melecur yang teruk.
"Alvaina..."
"Tuan Jembalang... Kau harus... Kekal hidup. Jadi untuk itu... Makanlah diri aku... Supaya kau boleh kembali bertenaga... Dan sembuhkan diri kau." Kata Alvaina kepada Jembalang dengan nada yang tersekat-sekat.
"Tak... Aku takkan makan kau. Kau masih ada kepentingan untuk aku." Balas Jembalang sambil dia menggelengkan kepalanya sebagai tanda membantah.
"Tapi... Kalau kau tak makan diri aku, kau akan mati." Kata Alvaina dengan nada yang bersimpati.
"Kau fikir kalau aku makan kau, aku takkan mati ke? Aku tetap boleh mati jugalah!! Sakit yang kita tengah rasakan sekarang ni bukan setakat terbakar je tau, tapi benda ni ibarat racun. Racun yang sedang membakar! Kalau aku makan kau sekalipun, belum tentu aku akan boleh sembuh dengan cepat." Kata Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang tegas.
"Habis tu, apa yang patut kita buat sekarang? Takkan kita nak mereput je kat sini sampai mati katak macam ni?" Soal Alvaina dengan nada yang serius.
"Kita tak boleh buat apa-apa. Baik kita duduk je kat sini dan tunggu sampai ada yang datang untuk selamatkan kita." Balas Jembalang dengan nada yang pasrah sambil dia duduk bersandar di tepi sebatang pokok sambil dia memegang mukanya yang separuh melecur teruk itu.
"Tapi... Aku dah tak mampu nak bertahan..." Kata Alvaina dengan rintihan kesakitan. Apabila mendengar Alvaina berkata sedemikian, Jembalang terdiam seketika sambil berdecit perlahan. Dalam hatinya, dia mula rasa menyesal kerana bertindak menyerang Al-Fitri pada waktu yang salah. Andai kata jika dia bertindak mahu membunuh Al-Fitri tu pada selepas masuknya waktu solat Zohor itu tadi, mungkin dia dan Alvaina tidak akan ditimpa rasa sakit yang begitu pedih sekali sampai sebegini rupa. Namun apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Bila sudah tersilap langkah, maka tanggung sajalah akibatnya.
Kdukuk!! Kdukuk!! Kdukuk!!
Entah daripada mana, tiba-tiba Jembalang dan Alvaina dikejutkan dengan kehadiran bunyi-bunyian daripada jauh seperti langkah seekor kuda sedang berlari menuju ke arah mereka berdua. Semakin lama, semakin ia menghampiri ke arah mereka berdua dan sebaik sahaja ianya tiba di hadapan mata, maka jelaslah kelihatan bahawa terdapat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sambil memakai topeng anjing hitam yang bertanduk panjang ke atas sedang menunggang kudanya yang juga turut berwarna hitam. Lelaki itu menghentikan kudanya lalu dia terus turun daripada kudanya itu sambil melangkah menuju ke arah Jembalang dan Alvaina yang sedang menderita kesakitan itu.
"Siapa kau?" Soal Jembalang kepada lelaki itu. Jembalang tahu bahawa lelaki itu bukanlah manusia kerana dia boleh merasakan bahawa lelaki itu tidak mempunyai hati dan perasaan. Tetapi dia tidak dapat memastikan siapakah lelaki itu kerana daripada segi rupa tubuh badannya, dia kelihatan seperti seorang manusia. Tetapi dalam pada masa yang sama, dia juga turut kelihatan seperti makhluk yang bukan seperti manusia. Barangkali mungkin manusia separa jin.
"Utusan Iblis. Aku telah diarahkan oleh Iblis untuk datang menyelamatkan kalian berdua." Jawab lelaki itu dalam nada yang halus dan mendatar sambil dia mengeluarkan seikat colok hitam yang banyak daripada dalam poket jubah hitamnya, lalu dia terus membakar colok tersebut sebelum ianya dipacakkan ke atas tanah. Setelah dia melakukan perkara itu, Jembalang dan Alvaina pun terus bergegas menuju ke arah colok tersebut lalu mereka berdua pun terus menyedut asap yang terhasil daripada pembakaran colok itu tadi dengan sedutan yang begitu rakus sekali. Setelah mereka berdua menyedut dan menghisap asap colok itu dengan sepuas-puasnya, tubuh badan mereka yang tercedera parah itu tadi pun terus kembali pulih dan semangat dalam diri mereka berdua juga turut kembali pulih semula.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
TerrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...