[Normal POV]
7 orang berpakaian kelubung hitam yang telah membawa Namrul yang telahpun pengsan akibat ditewaskan oleh Kimi yang telah meniru kelebihan ghaibnya itu berjalan masuk ke dalam rumah usang yang menjadi tempat tinggal bagi Namrul itu lalu direhatkan Namrul yang pengsan itu dengan membaringkannya ke atas sofa panjang sebelum berdiri berbaris secara melintang sambil menghadap ke arah Namrul yang sedang terbaring lemah itu.
Dalam pada masa yang sama, datang juga Jembalang yang muncul secara tiba-tiba daripada sebalik sudut bayangan kegelapan yang ada di dalam rumah usang itu sambil berjalan menuju ke arah mereka bertujuh itu sebelum dia berhenti menatap ke arah Namrul yang sedang terbaring pengsan itu seketika lalu dia mengeluh kecewa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perlahan. Setelah itu, pandangannya dialihkan ke arah 7 orang yang berpakaian kelubung hitam itu tadi sambil berdiri menghadap ke arah mereka bertujuh itu.
"Kau orang semua ni... 7 utusan hamba Iblis yang diutuskan untuk membantu kami ke?" Soal Jembalang kepada mereka bertujuh itu dalam nada yang serius. Salah seorang lelaki daripada tujuh orang yang berkelubung hitam yang sedang berdiri di tengah barisan mereka itu tadi maju dengan selangkah ke hadapan lalu dia berdiri menghadap ke arah Jembalang sambil dia membuka hud hitam yang menutupi keseluruhan wajahnya itu sehingga ternampaklah wajah sebenarnya yang kelihatan seperti seorang remaja lelaki berbangsa Melayu yang memakai celak hitam di bahagian kelopak matanya dengan corak tatu mantera satanik yang terdapat di seluruh wajahnya.
"Ya... Kami semua ni adalah 7 hamba jin yang diutuskan Iblis untuk berkhidmat di bawah Namrul." Balas lelaki itu dalam nada yang serius dan mendatar.
"7 hamba jin ya? Hmm... Siapa nama kau semua?" Soal Jembalang kepadanya lagi. Lelaki itu tidak menjawab, malah dia hanya sekadar mendiamkan dirinya dan dalam pada masa yang sama, keenam-enam kawannya yang lain itu juga turut membuka hud hitam masing-masing dan ternampaklah wajah sebenar mereka semua yang turut mempunyai corak tatu satanik pada wajah mereka. Ada yang daripadanya berbangsa Melayu, ada yang berbangsa India, ada yang berbangsa Cina dan ada juga daripadanya tidak diketahui berbangsa apa kerana dia sedang memakai topeng tengkorak yang diperbuat daripada besi yang berwarna kelabu gelap. Yang berbangsa Melayu ada tiga orang. Seorang lelaki, dua orang perempuan. Yang berbangsa cina pula ada 2 orang. Kedua-duanya lelaki dan manakala yang selebihnya pula adalah seorang lelaki yang berbangsa India dan juga seorang lagi iaitu seorang perempuan yang masih lagi tidak diketahui apakah asal keturunan bangsanya kerana dia tidak menunjukkan wajah sebenarnya dek topeng besi yang sedang menutupi keseluruhan wajahnya itu. Setelah diteliti kesemua wajah sebenar mereka kecuali hanya seorang gadis yang bertopeng itu tadi, tahulah Jembalang bahawa ketujuh-tujuh daripada mereka itu sememangnya adalah merupakan 7 hamba Iblis yang telah diketahuinya itu sama sepertimana ketika dia melihat wajah-wajah mereka semua itu semasa dia melihatnya pada kad-kad gambar yang telah diberikan oleh utusan Iblis yang telah menyelamatkannya semasa di hutan itu tadi. Daripada apa yang dilihatnya pada kad-kad gambar yang diberikan oleh utusan Iblis itu tadi, salah seorang daripada ketujuh-tujuh hamba Iblis ini adalah seorang manusia separa jin yang berbangsa eropah. Barangkali orang yang berbangsa eropah itu tak lain tak bukan adalah gadis yang sedang memakai topeng besi tengkorak itu. Memandangkan hanya dia sahaja yang tidak menunjukkan wajah sebenarnya, jadi siapa lagi kalau bukan dia?
"Nama aku Valur. Manusia separa Vampira, anak kepada Pontianak iaitu ibu kandung aku..." Balas lelaki Melayu itu tadi dengan memperkenalkan dirinya terlebih dahulu sambil dia menundukkan sedikit wajahnya ke bawah bersama dengan tangan kanan yang terletak di dada sebagai tanda hormat kepada Jembalang yang lebih tua daripadanya itu. Valur mempunyai rupa wajah yang agak tampan dan maskulin tanpa sebarang bulu janggut dan misai di wajahnya. Riak wajahnya pula agak tenang dan juga terlihat dingin dalam pada masa yang sama. Jika dilihat pada rupa fizikal wajahnya pula, anak matanya berwarna merah delima, rambutnya yang berwarna perang gelap pula lurus panjang dengan gaya rambutnya yang belah tengah dan dia juga mempunyai tubuh badan yang agak kurus dan sedikit tinggi seperti orang eropah dengan kulitnya yang lembut, halus, sejuk dan pucat seperti mayat manusia yang sudah lama mati dan kulitnya juga bersih tanpa sebarang jeragat ataupun kesan-kesan yang boleh memburukkan rupa kulitnya itu. Sememangnya tak ada jauh beza dengan jin-jin Vampira yang lain.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...