Chapter 26: Malam Mengancam

320 42 29
                                    

[Normal POV]

KBOOOM!!!

Bangunan gereja usang yang menjadi saksi pertempuran di antara Isa dan Jembalang itu tiba-tiba meletup dan hancur berkecai lalu terbakar sebaik sahaja Isa yang sudah kembali normal daripada kerasukan itu melangkah keluar daripada dalam gereja tersebut dengan langkah yang agak lemah dan perlahan.

Tak pasti apakah punca penyebab gereja usang itu meletup sampaikan boleh jadi sedahsyat begitu. Namun apa yang pastinya, Jembalang telahpun berjaya ditewaskan olehnya dengan bantuan jin Ifrit atau nama Islamiknya kini adalah Al-Fitri. Walaupun kemusnahan bangunan gereja usang milik Jembalang ini hancur hanya untuk sementara waktu, namun ianya sudah cukup untuk melemahkan kekuatan sihir Jembalang yang penuh dengan unsur syirik kegelapan itu pada ketika ini.

Gruuf!!

Bunyi guruh mula kedengaran di langit senja yang semakin gelap dan titisan hujan pun mula jatuh membasahi permukaan bumi dengan setitik demi setitik lalu menjadi begitu lebat sekali.

"Argh..." Isa jatuh terduduk di luar bangunan gereja usang yang masih lagi sedang terbakar itu sambil mengerang kesakitan dek kerana segala anggota tubuh badannya terasa sakit akibat pertarungannya itu tadi. Walaupun kesan luka tikaman yang terdapat pada perut, peha dan bahu kirinya itu tadi telahpun disembuhkan dengan sendirinya, namun rasa kepedihan sakitnya itu masih lagi belum terasa hilang.

"Nah..." Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian jubah dan serban putih menyerahkan sebotol kaca yang berisi air kosong kepada Isa. Isa memandang ke arah wajah lelaki itu dan kini tahulah dia bahawa lelaki berjubah putih itu lah Al-Fitri yang telah membantunya itu tadi. Dia datang menemui Isa di dalam keadaan yang sudah menjadi Muslim dan kini dia munculkan dirinya di dalam bentuk lelaki manusia dewasa yang agak tampan. Tanpa sepatah kata, Isa terus mengambil air tersebut lalu diteguknya dengan begitu rakus sekali sehingga isi air di dalam botol kaca tersebut habis diteguknya.

"Terima kasih." Kata Isa kepada Al-Fitri sebaik sahaja dia selesai meneguk air tersebut. Terus hilang rasa dahaga yang dialaminya semenjak daripada pagi tadi. Maklumlah, daripada semenjak pagi tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan ataupun minuman yang boleh mengisi perutnya itu. Sudah seumpama berpuasa pula jadinya.

"Sama-sama." Balas Al-Fitri dengan ringkas sambil mengambil semula botol kaca yang diberikan kepada Isa itu tadi.

"Kenapa kau datang selamatkan aku?" Soal Isa kepadanya.

"Hmm... Allah SWT telah mendengar doa daripada para hambanya. Jadi Dia kirimkan aku datang ke sini untuk menyelamatkan kau." Balas Al-Fitri dengan nada yang tenang sambil duduk melutut di hadapan Isa. Dia menatap ke arah cincin batu serai wangi yang dipakai oleh Isa itu seketika sebelum matanya kembali terarah kepada Isa.

"Cincin yang kau pakai tu adalah senjata alam ghaib yang dahsyat untuk melawan jin. Gunakan cincin tu dengan sebaiknya. Kalau tak, kau boleh hilang kawalan masa menggunakannya nanti." Pesan Al-Fitri kepada Isa dengan panjang lebar.

"Apa kelebihan cincin ni?" Soal Isa dengan nada yang kebingungan.

"Ada banyak... Antaranya adalah untuk menundukkan jin, mengurung jin, menghancurkan sihir jin, dan menghapuskan jin. Tapi kau kena ingat, kalau nak guna kena ikut berdasarkan niat hati dan emosi yang berunsurkan kebaikan. Kalau tidak, cincin ni boleh jadi senjata makan tuan untuk kau." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Ouh... Eh tunggu kejap, kau kan yang rasuk aku masa dekat sekolah pagi tadi kan?" Soal Isa kepadanya lagi dengan nada yang serius dan perlahan.

"Ya, aku lah jin yang dah merasuk kau pagi tadi. Aku nak minta maaf sebab aku dah sakitkan kau sejak daripada malam semalam. Tapi sekarang aku dah taubat dan aku berjanji, aku takkan ganggu kau lagi melainkan kalau aku nak tolong kau untuk berjihad menentang bangsa-bangsa jin kafir yang tak pernah serik nak mengganggu orang-orang yang beriman." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now