[Aisyah Flashback POV]
Nama aku adalah Nurin Aisyah Binti Suhaimi. Aku adalah anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan di dalam kalangan 4 orang adik-beradik aku yang kesemuanya adalah lelaki. Abang-abangku kesemuanya sudah bekerja dan mereka juga sudah berkahwin dengan pasangan isteri masing-masing dan kini mereka semua tinggal jauh di perantauan. Kini tinggallah aku sendirian bersama dengan ibu aku di dalam Kampung Bukit Berduri ini. Ayah aku yang bekerja sebagai seorang anggota tentera pula sudah meninggal dunia semenjak aku dilahirkan kerana dia telah terkorban semasa sedang bertugas di dalam sempadan negara di Kelantan.
Kini hanya aku dengan ibu aku sahaja yang hidup sebatang kara di sini. Kami berdua hidup miskin dan hanya bergantung hidup dengan duit bantuan daripada pihak ketenteraan kerajaan sahaja. Abang-abang aku yang berada di perantauan langsung tak datang menjenguk keadaan kami di sini mahupun memberikan duit perbelanjaan. Mereka hanya pulang ke sini apabila tibanya hari raya Aidilfitri dengan hari raya Aidiladha sahaja. Itu pun sehari sahaja mereka pulang dan kemudian mereka terus balik semula ke perantauan. Perkara ini agak menyedihkan hati aku juga apabila melihat mak terpaksa bekerja keras seharian menjual nasi lemak di warung Pak Omar untuk menampung perbelanjaan seharian kami berdua yang sebatang kara ini. Disebabkan hidup yang sebatang kara ini juga, mak aku tak mampu nak biayai kos pembelajaran aku dan akhirnya aku terpaksa berhenti sekolah pada umur 15 tahun.
Namun walaupun hidup kami berdua susah, Cikgu Sulaiman iaitu paksu dan adik bongsu kepada arwah ayah aku pernah berikan tawaran untuk biayai kos pembelajaran aku di sekolah menengahnya namun ditolak lembut oleh mak aku sebab katanya dia tak nak menyusahkannya walaupun Cikgu Sulaiman pada ketika itu betul-betul ikhlas nak membantu aku untuk meneruskan pelajaran. Pujuk demi pujukan daripada Cikgu Sulaiman, mak aku tetap tak nak menerimanya dan oada akhirnya, Cikgu Sulaiman pun terpaksa mengalah dan dia pernah berpesan pada mak aku kalau andai kata kami memerlukan bantuan daripadanya, minta sahaja dan dia akan terus datang membantu dengan sebaik mungkin.
Mak aku setuju dan setelah itu, kehidupan kami pun diteruskan seperti biasa dengan mak aku menjadi penjual nasi lemak tetap di warung Pak Omar di pagi hari dan aku pula duduk di rumah sambil membuat kerja-kerja rumah sementara tunggu mak selesai berniaga di warung Pak Omar itu.
Pada suatu hari tu... Rumah kami didatangi oleh seorang lelaki tua yang berhajat nak berkahwin dengan mak aku. Mak aku tak nak sebab dia tahu, lelaki tu bukannya orang yang baik sebab dia itu sebenarnya orang yang suka mengamalkan banyak jenis ilmu hitam. Lelaki tua tu cuba nak pujuk mak aku lagi dan pujuk punya pujuk, mak aku tetap juga dengan pendiriannya tak nak berkahwin dengan lelaki tua itu.
Sudahnya lelaki tua tu marah dan selepas itu, dia tak datang berjumpa dengan kami lagi. Tapi semenjak itu juga, macam-macan perkara yang pelik terjadi dekat kami. Antaranya adalah hantu selalu masuk rumah tiap-tiap malam lepas Isyak, bangkai binatang misteri yang sentiasa ada dekat atas atap rumah setiap pagi, bau busuk pada waktu mahgrib, suara ketukan dan bisikan misteri, barang bergerak sendiri dan sebagainya.
Kami berdua terpaksa bertahan hidup dengan keadaan begini dan keadaan ini berterusan sehinggalah pada suatu hari tu Cikgu Sulaiman datang melawat kami berdua ke rumah kami untuk melihat tentang keadaan kami berdua di sini dan bila dia jejakkan kaki ke dalam rumah, dia terus dapat kesan ada sesuatu yang tak kena dengan rumah kami berdua.
Apabila ditanya, katanya rumah kami berdua ni terkena khianat orang. Maknanya terkena santau dengan orang yang dengki. Bila aku dapat tahu je tentang perkara ni, aku terus ceritakan tentang kejadian mak aku dirisik oleh seorang lelaki tua yang datang ke rumah kami beberapa hari yang lepas tu dan selepas tu Cikgu Sulaiman pun faham dengan keadaan kami berdua dan dia pun terus tolong Ruqyahkan rumah kami dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran sebagai pendinding rumah kami dan segala benda buruk yang ada dekat rumah aku tu terus dibuangnya jauh-jauh.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...