[Normal POV]
"Isa... Walau apa-apa yang kamu cuba nak buat sekalipun nanti, ingat Allah dan jangan sesekalipun ikut kata-kata nafsu dalam hati kamu tu. Faham?" Pesan Pak Umar kepada Isa setelah dia dan Isa telah memapah Makcik Siti yang pengsan itu dengan membawanya masuk ke dalam sebuah van ambulans hospital yang mereka telah hubungi untuk datang ambil Makcik Siti ini untuk dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
"Ya Pak Umar. Pak Umar jangan risau, semuanya akan baik-baik sahaja nanti." Balas Isa dengan nada yang tenang.
"Nanti lepas dah hantar Makcik Siti ni kat hospital tu nanti, kamu nak pakcik call bagitahu kat Cikgu Sulaiman sekali ke?" Soal Pak Umar kepada Isa.
"Hmm... Tak payahlah, nanti biar saya sendiri yang bagitahu dekat dia. Saya tak nak bagi dia tu risau pula nanti." Balas Isa dengan nada yang mendatar.
"Hmm baiklah, kalau macam tu pakcik pergi dulu eh. Kamu jaga diri kamu tu baik-baik tau." Kata Pak Umar dengan nada berpesan lalu dia terus melangkah masuk ke dalam van ambulans tersebut sebelum ianya terus berlalu pergi meninggalkan Isa bersendirian di hadapan kawasan halaman rumah Makcik Siti itu.
Kini Isa bersendirian di situ tanpa ada sesiapa ataupun makhluk ghaib yanh berada di sisinya. Jam di telefon bimbit telah menunjukkan angka waktunya yang tertulis nombor 5:00 yang bermaksud telahpun masuk pukul 5 petang. Ini bermakna Isa hanya ada masa selama 2 jam sahaja untuk dia melangsaikan 'hutang' janjinya pada Aisyah iaitu untuk menamatkan sumpahan sihir pada rumahnya itu dengan pergi 'berunding' dengan lelaki tua yang dikatakan telah menyihir rumah keluarga Aisyah ini.
Kriiing!!!
Tiba-tiba telefon bimbit Isa berbunyi menandakan bahawa ada seseorang sedang menghubunginya. Tanpa melengahkan masa, Isa pun terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat terlebih dahulu siapakah yang sedang menghubunginya itu.
"Hello." Isa mula bersuara bagi menyahut panggilan tersebut.
"Hello Isa, ni aku ni. Macam mana dengan mak aku tu? Dia tak apa-apa ke?" Kedengaran suara Aisyah menyoalnya daripada dalam talian panggilan tersebut. Apabila mendengar soalan tersebut, Isa menelan air liur seketika. Baru sahaja dia berniat mahu merahsiakan tentang keadaan Makcik Siti itu daripada Aisyah namun lain pula yang jadinya. Nak tak nak, terpaksalah juga Isa menceritakan segalanya kepada Aisyah daripada awal sampailah habis.
"Ya Allah... Mak..." Kedengaran suara Aisyah yang normal itu mula berubah menjadi sayu apabila dia telah mendapat tahu tentang keadaan ibunya yang dikatakan sedang kritikal itu.
"Tak apa, kau jangan risau. Mak kau tengah on the way nak ke hospital tu. Pak Umar pun ada sekali temankan dia ke sana tadi. Nanti kalau ada apa-apa hal, kau pergi je jumpa dia dekat sana eh." Balas Isa dengan memujuk Aisyah bagi menenangkan emosi gadis tersebut.
"Hmm okey. Tapi kau pula macam mana?" Soal Aisyah dengan nada separa bimbang.
"Erm... Kau ingat lagi tak pasal janji aku nak tolong kau hari tu? Yup, aku akan tamatkan semuanya malam ni juga." Balas Isa dengan nada yang separa serius.
"Seriuslah? Tapi... Aku risaulah. Bahaya tu." Kata Aisyah dengan nada yang semakin bimbang.
"Jangan risau... Aku akan selamat. Tahulah macam mana aku nak jaga diri aku ni nanti. Yang penting sekarang ni, kau kena banyak berdoa supaya semuanya berjalan dengan lancar. Okey?" Balas Isa dengan nada yang tenang dan serius.
"Hmm okey. Jaga diri kau tu elok-elok tau..." Kata Aisyah dengan nada berpesan.
"Hmm ya. Tapi sebelum tu, kau tahu tak apa nama orang tua yang dah sihir rumah kau tu?" Soal Isa kepada Aisyah.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...