Pada pagi yang cerah itu, aku menggalas beg sekolah aku sambil berjalan di dalam koridor sekolah itu, menuju ke arah bilik darjah tempat di mana aku akan belajar pada hari ini iaitu di kelas 5 Sastera. Hari ini adalah hari pertama aku di sekolah ini dan aku adalah seorang pelajar baru di dalam sekolah ini yang baru sahaja didaftarkan pada beberapa hari yang lepas.
Aku berjalan menuju ke arah bilik darjah kelas tersebut bersama dengan seorang cikgu perempuan yang sangat cantik yang bernama Cikgu Melati. Orangnya cantik dan sungguh ayu sekali, sesuai dengan penampilannya yang masih bergelar sebagai anak dara itu. Cikgu Melati adalah guru kelas aku dan dia adalah cikgu yang paling termuda di sekolah baru aku ni dengan umurnya yang mencecah 25 tahun.
Sebaik sahaja kami tiba di depan pintu kelas 5 Sastera, Cikgu Melati menyuruh aku untuk tunggu di luar kelas sebentar dan kemudian masuk ke dalam kelas itu apabila nama aku akan dipanggil olehnya nanti. Aku pun hanya menurut arahannya itu sahaja lalu tunggu di luar bilik darjah itu manakala Cikgu Melati pula masuk ke dalam kelas itu lalu memberi salam kepada semua murid yang ada di dalam kelas tersebut dan salamnya itu pula disambut mesra dengan jawapan salam yang diucapkan oleh semua para pelajar yang ada di dalam kelas itu.
''Selamat pagi semua. Hari ni sebelum kita mulakan sesi pembelajaran kita, cikgu nak bagitahu dekat kamu semua yang kita akan ada pelajar baru. Baiklah Isa, kamu dah boleh masuk sekarang.'' Kata Cikgu Melati dengan nada yang sopan lalu menjemput aku untuk masuk ke dalam kelas tersebut. Aku pun dengan tenangnya berjalan masuk ke dalam kelas itu lalu berdiri disebelahnya. Sebaik sahaja aku masuk ke dalamnya, deria telinga mula menangkap suara-suara bisikan daripada setiap pelajar yang ada di dalam kelas itu. Ada yang berkata baik tentang aku dan ada juga yang berkata buruk tentang aku. Tak kisahlah walau apa-apa pun benda yang mereka semua nak katakan pasal aku, aku tak nak ambil kisah pun. Mulut orang kan, mana boleh ditutup. Lagi-lagi kalau mulut hati, lagi bising bunyinya daripada mulut binatang.
''Baiklah. Sekarang ni, saya nak kamu perkenalkan diri kamu dekat semua kawan-kawan kamu yang ada kat sini ya.'' Kata Cikgu Melati kepada aku dengan nada yang lembut. Aku merenung ke arah setiap satu wajah mereka semua yang berada di dalam kelas itu sebelum aku memulakan perkenalan diri.
''Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Nama aku Amirul Isa Bin Mohamad Musa, aku tinggal kat kampung dekat dalam Pekan Bukit Berduri dan aku berasal daripada Kampung Sungai Keris Tajam. Korang boleh panggil aku apa-apa je, asalkan bukan nama binatang ya. Terima kasih...'' Kata aku dengan nada yang selamba sambil menganggukkan kepala tanda hormat. Mereka semua yang berada di situ, semua memandang ke arah aku dengan mata yang terkebil-kebil kecuali Cikgu Melati (sebab dia dah biasa dengan perangai aku yang tersangat selamba ni).
''Ouh okey... Baiklah, awak dah boleh pergi duduk sekarang. Tempat duduk awak dekat sebelah Aizat tu ya.'' Kata Cikgu Melati sambil menghalakan ibu jarinya ke arah seorang lelaki yang duduk di tepi tingkap di bahagian belakang kiri kelas tersebut.
''Ouh, kat situ ya... Terima kasih, cikgu.'' Kata aku dengan nada yang sopan lalu terus menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Cikgu Melati.
''Assalamualaikum, bro. Nama aku Daniel Aizat, pnggil je Aizat.'' Sapa lelaki yang bernama Aizat itu sebaik sahaja aku melabuhkan diri di atas kerusi.
''Ouu... Selamat berkenalan, Zat. Nama aku Amirul Isa, panggil je Isa.'' Balas aku dengan nada yang mesra sambil menyalam tangannya tanda salam perkenalan.
''Zat? Zat pun boleh lah...'' Kedengaran suara hatinya mengeluh perlahan. Aku melepaskan salaman tangan aku lalu terus mengeluarkan apa yang patut daripada dalam beg galas.
''Baiklah kelas, sila keluarkan buku teks Sastera dan buka muka surat 15 ya. Hari ni kita akan belajar tentang topik penggunaan bahasa sastera yang lebih indah dan yang lebih puitis supaya kita boleh menciptakan puisi yang sangat bagus.'' Kata Cikgu Melati sambil menulis tajuk bab pembelajaran sastera yang akan diajarkannya di permukaan white board.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...