Chapter 3: Ruqyah

635 87 23
                                    

Pada pukul 9 malam, aku duduk bersendirian di luar rumah dengan hanya memakai hoodie hitam dan berseluar jeans biru gelap sambil menunggu kehadiran Aizat untuk membawa aku ke rumah Makcik Siti yang terletak di hujung Kampung Bukit Berduri itu. Sudah 10 minit aku menunggunya di sini namun dia masih lagi belum memunculkan dirinya.

''Hmm... Lamanya. Ke manalah kau pergi ni, Aizat oii...'' Keluh aku dalam hati sambil memikirkan Aizat.

Di dalam kesunyian dan kegelapan malam, mujurlah ada cengkerik yang menemani aku di dalam suasana malam yang agak sunyi ini. Di dalam banyak-banyak suara haiwan, aku paling gemar mendengar bunyi suara cengkerik kerana mereka selalu berzikir memuji kebesaran Allah pada setiap masa. Kadang-kala apabila aku berasa sedih ataupun stress, aku pasti akan mendengar suara cengkerik di luar rumah ini sambil turut berzikir dan berselawat ke atas nabi bersama-sama dengan mereka semua. Dengan cara inilah aku boleh menenangkan hati aku selain dengan sesuatu perkara yang lain.

''Assalamualaikum, Isa!!'' Entah datang daripada mana, tiba-tiba aku terdengar suara Aizat memberi salam dan memanggil aku daripada arah luar halaman rumah aku bersama dengan motorsikal EX5 miliknya.

''Waalaikumusalam. Haa sampai pun kau. Aku ingatkan kau tak jadi nak datang tadi.'' Aku menjawab salamnya itu lalu terus bergegas berjalan menuju ke arahnya.

''Sorry lah lambat sikit, tadi mak aku suruh aku pergi belikan barang dapur kejap. Tu yang lambat sikit tu. Nah helmet motor.'' Kata Aizat sambil memberikan satu helmet kepada aku. Aku mengambil helmet tersebut lalu terus memakainya. Setelah memakai helmet tersebut, aku terus membonceng di belakangnya.

''Ouh okey... Jom.'' Kata aku sambil menepuk bahunya.

''Kau dah ambil air wuduk ke belum? Kita nak pergi mengubatkan orang ni, kau jangan tak ambil wuduk pula. Protection tu.'' Kata Aizat sambil menoleh ke arah aku.

''Alah, aku baru je lepas solat tadi. Wuduk pun belum batal lagi ni, kau jangan risaulah. Lagipun kalau aku tak ambil air wuduk, nanti aku pula yang kena rasuk.'' Balas aku dengan nada yang selamba.

''Ha bagus-bagus. Kalau macam tu, moh ler kiter gerak ke sana yek...'' Kata Aizat dalam nada loghat Perak sambil dia menaikkan gear enjin motornya. Tanpa melengahkan masa, Aizat pun terus memecut laju motornya ke arah jalan lalu terus menuju ke rumah Makcik Siti.
______________________________________

[10 minit kemudian]

Selepas 10 minit berlalu untuk tempoh perjalanan itu tadi, akhirnya kami berdua telahpun tiba di kawasan perkarangan rumah Makcik Siti. Sebaik sahaja tiba di rumahnya itu, kami berdua terus turun daripada motor lalu berjalan menuju ke arah pintu rumahnya.

''Assalamualaikum, Makcik Siti! Ni Aizat datang ni.'' Jerit Aizat dengan memberi salam dalam nada yang sopan.

Kreekk!

Kelihatan seorang wanita yang berusia 50-an membuka pintu tersebut daripada dalam rumah. Walaupun usia sudah mencecah 50-an, tapi orangnya masih lagi nampak cantik seperti dalam lingkungan usia 40-an. Wajahnya putih berseri dengan berpakaian sopan dan bertudung labuh. Aku yakin wanita inilah Makcik Siti yang diperkatakan itu. Kalau tuan rumahnya saja sudah nampak cantik begini, anaknya pun mesti cantik juga ni. Hehehe...

''Waalaikumusalam... Ouh Aizat, ha jemputlah masuk.'' Kata Makcik Siti dengan menjemput kami berdua untuk masuk ke dalam rumahnya dengan nada yang mesra. Tanpa melengahkan masa, kami berdua pun terus masuk ke dalamnya dengan gaya yang sopan lalu duduk di atas kerusi sofa panjang yang sudah tersedia di dalam ruang tamu rumahnya itu. Setelah kami duduk, Makcik Siti pun duduk di atas sofa yang bertentangan dengan kami berdua.

''Aizat, budak lelaki yang kamu bawa ni siapa? Sepupu kamu ke?'' Tanya Makcik Siti dengan nada yang ingin tahu.

''Eh tak lah, ni kawan baru Aizat. Kenalkan... Nama dia ni Isa. Dia ni baru je berpindah dekat dalam pekan ni.'' Balas Aizat dengan nada yang sopan sambil dia memperkenalkan diri aku kepada Makcik Siti.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now