Chapter 31: Agensi Paranormal

311 45 29
                                    

[Isa POV]

Kciss!!

Sebuah pintu besar yang berwarna putih terbuka dengan sendirinya apabila kami semua tiba di hadapannya. Di dalamnya terdapat sebuah ruangan bilik yang besar seperti sebuah bilik mesyuarat yang lengkap dengan meja segi empat panjang yang besar, berpuluh buah kerusi kulit yang tersusun di kiri dan kanannya, beberapa buah komputer yang terpasang di tepi dinding di dalam bilik tersebut dan juga terdapat seorang lelaki kurus bercermin mata bulat yang dilihat usianya seperti dalam lingkungan seperti 40-an sedang menanti kehadiran kami semua di dalamnya sambil duduk di atas sebuah kerusi yang berada di bahagian hujung depan meja petak panjang di dalam bilik tersebut. Lelaki tersebut hanya sekadar berpakaian serba hitam dengan melilitkan serban putih hitam di lehernya dan berpakaian baju kurta Melayu hitam yang lengkap dilekatkan dengan tag nama, lencana pangkat dan juga lencana logo agensi mereka iaitu Agensi Unit Risikan Khas Paranormal Malaysia ataupun nama singkatannya URKPM.

"Assalamualaikum, tuan." Kata Cikgu Sulaiman kepada lelaki yang memakai serban hitam itu sambil memberikan tabik kepadanya.

"Waalaikumusalam, Sulaiman..." Balas lelaki yang berserban hitam itu dengan ringkas dalam nada yang tenang. Tertera pada tag namanya yang terpasang di bahagian kiri dadanya itu tertulis nama Adam. Barangkali mungkin dia lah orang yang disebut-sebutkan oleh Cikgu Sulaiman itu tadi. Tapi tadi Cikgu Sulaiman memanggil dia 'tuan', jadi ini bermakna lelaki yang bernama Adam ini adalah ketua pangkalan rahsia agensi ini dan sekaligus adalah bos kepada Cikgu Sulaiman.

"Semua... Cikgu nak perkenalkan, ini adalah tuan Komander Adam. Dia adalah ketua pengurus operasi kat dalam pangkalan rahsia agensi URKPM ni." Kata Cikgu Sulaiman dengan memperkenalkan dirinya kepada kami semua.

"Huh? Komander? Selamat tengah hari, tuan!" Kata Aizat dengan nada yang penuh berdisiplin sambil memberikan tabik hormat kepada Komander Adam.

"Heh... Dia tabik hormat kat aku macam aku ni pegawai tentera atasan pula. Kelakarlah anak murid kau ni, Sulaiman..." Kata Komander Adam kepada Cikgu Sulaiman dengan nada yang sinis dan Cikgu Sulaiman pula hanya sekadar ketawa sinis sahaja sambil melihat Aizat yang mula terasa malu itu.

"Hehe... Maaflah. Walaupun saya ni berpangkat Komander, tapi saya ni bukannya anggota pegawai tentera. Jadi tak perlu pun nak ikut cara cikgu kamu tu untuk tabik hormat kepada saya. Bagi ucapan salam hormat sahaja sudah mencukupi. Jadi sekarang... Silakan duduk." Kata Komander Adam itu dengan nada yang tenang lalu menjemput kami semua untuk duduk di atas kerusi-kerusi yang telah disediakan. Kami semua pun terus bergegas mengambil tempat duduk masing-masing dengan aku, Dina dan Aizat duduk di bahagian sebelah kanan Komander Adam dan Cikgu Sulaiman pula duduk di bahagian kiri Komander Adam. Sebaik sahaja kami semua sudah duduk di tempat masing-masing, dengan sekelip mata tiba-tiba bilik mesyuarat ini menjadi gelap dan hanya diterangi dengan cahaya terang yang terhasil daripada sebuah skrin komputer besar yang hanya sekadar memaparkan gambar logo agensi mereka ini dan ianya terpasang di atas dinding yang berada di belakang tempat duduk Komander Adam.

"Bismillahirahmannirrahim..." Ucap Komander Adam sambil dia mengeluarkan sekeping fail dokumen yang berwarna coklat daripada bawah mejanya lalu diletakkan di atas mejanya. Aku tak pasti apakah isi kandungan fail dokumen tersebut. Tetapi apa yang aku dapat pastikan, ianya pasti ada kaitan dengan subjektif utama kenapa kami bertiga perlu datang menghadap dengan ketua pangkalan agensi rahsia Paranormal ni.

"Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat ke?" Soalnya kepada kami semua bersama dengan ucapan salam.

"Waalaikumusalam. Alhamdulillah, kami semua sihat walafiat." Balas Cikgu Sulaiman dengan yang tenang bagi mewakili kami bertiga dan dirinya sendiri.

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah di atas nikmat kurniaNya ini. Tahniah Sulaiman di atas kejayaan kamu mengurus dan menghapuskan kesemua kes misteri Paranormal yang ada di sekitar kawasan daerah Bukit Berduri ni dengan baik. Syabas." Kata Komander Adam dengan pujian yang tenang kepada Cikgu Sulaiman.

KASYAF (Hiatus)Where stories live. Discover now