[Normal POV]
Di sekitar kawasan perkarangan Masjid Pekan Bukit Berduri, kelihatan ramai para jemaah masjid yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang baru sahaja selesai menunaikan solat Zohor secara berjemaah di dalam masjid itu tadi sedang berjalan keluar daripada masjid untuk mengambil kenderaan masing-masing sebelum beredar daripada kawasan masjid tersebut.
Dalam pada masa yang sama, Cikgu Sulaiman yang turut selesai menunaikan solat Zohor bersama dengan mereka secara berjemaah itu tadi berjalan bersendirian menuju ke arah keretanya yang diletakkan di kawasan parking kereta yang disediakan khas di dalam sekitar kawasan perkarangan masjid itu dan kemudian dia terus masuk ke dalam keretanya itu sambil dia menghidupkan enjin dan penghawa dingin keretanya. Setelah dia menghidupkan apa yang patut, dia mula bersiap sedia untuk memandu keretanya untuk beredar daripada kawasan masjid tersebut. Namun belum sempat dia mahu menggerakkan keretanya itu dengan memandunya untuk berlalu pergi, tiba-tiba ada seseorang menelefonnya daripada telefon bimbitnya dan sekaligus memaksa dia membatalkan niatnya untuk memandu keretanya itu seketika. Nama pemanggil telefonnya itu ditatap seketika sebelum panggilannya itu dijawab dan diletakkan di telinga kirinya untuk mendengar komunikasi pemanggilnya itu.
"Assalamualaikum, Sulaiman. Kau tengah busy ke?" Soal Komander Adam daripada dalam talian telefonnya itu.
"Waalaikumusalam. Tak tuan. Saya baru je lepas solat Zohor dekat masjid tadi. Ada apa telefon saya ni?" Balas Cikgu Sulaiman dengan tenang lalu menyoal kepadanya semula.
"Budak-budak tu ada dengan kau lagi ke?" Soal Komander Adam kepadanya semula.
"Tak. Saya dah hantar mereka balik." Balas Cikgu Sulaiman dengan pantas dalam nada yang selamba.
"Ada dapat apa-apa maklumat baru?" Soal Komander Adam lagi dengan nada yang serius dan mendatar.
"Ya, tapi tak banyak. Yang pertama, 'Jalang' masih hidup dan dia mungkin tengah bergerak bebas bersama dengan 'Namrud' sekarang ni. Yang kedua puka, 'Namrud' mungkin dah jadi semakin kuat dan susah untuk dikesan sebab ada kemungkinan mungkin dia dah mendapatkan kuasa sihir daripada 'Jalang'. Yang terakhir sekali, mangsa mereka yang seterusnya pula mungkin adalah orang yang sama yang pernah jadi mangsa mereka iaitu Nabila." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang serius dan mendatar.
"Aku boleh dengar dengan jelas yang kenyataan kau ni ada mengatakan tiga 'mungkin', maknanya maklumat kau ni hanyalah sekadar teori semata-mata." Kata Komander Adam dengan nada yang masih serius dan mendatar.
"Tak. Ini bukan teori, ini firasat. Firasat saya tak pernah salah, tuan." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan dan serius.
"Hmm... Macam tu ya..." Kata Komander Adam dengan nada yang perlahan sebelum dia mendiamkan dirinya seketika.
"Sumber maklumat daripada siapa?" Soal Komander Adam dengan nada yang serius dalam satu nafas.
"Isa. The Greatist one." Balas Cikgu Sulaiman dengan ringkas.
"Apa alamat dan kedudukan mangsa sasaran musuh kita yang seterusnya tu?" Soal Komander Adam dengan nada yang serius.
"No 37, Lorong Jalan Berlian, 55170, Taman Bukit Berduri. Tu alamat rumah dia." Balas Cikgu Sulaiman dengan sekali nafas.
"Baik. Aku nak kau pergi ke sana nanti dan pantau keadaan mangsa sasaran musuh kita tu daripada jauh. Buat dalam setiap sejam sekali. Nanti kalau kau ada kesan sebarang benda yang pelik dan tak kiralah samada ianya selamat ataupun tidak daripada lokasi mangsa sasaran musuh kita tu, laporkan dekat aku dulu dan tunggu arahan aku yang seterusnya. Faham?" Kata Komander Adam dengan memberikan arahan yang panjang lebar.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...