[Isa POV]
Di dalam sebuah rumah banglo usang yang gelap, aku berdiri di tengah-tengah dalam rumah banglo tersebut sambil dikelilingi oleh berpuluh-puluh patung mannequin yang ditutupi dengan kain putih yang kotor.
Suasana di dalam rumah gelap yang hanya terang dengan sinaran cahaya bulan itu aku perhatikan seketika sambil aku menoleh ke arah sekelilingnya.
''Aku... Kat mana ni?'' Soal aku sendirian dengan nada berbisik.
''Oii manusia...'' Tiba-tiba ada satu suara garau menegur aku. Aku cuba untuk mencari daripada mana suara itu datang namun aku gagal untuk menemui pemilik suara tersebut kerana suasana di dalam rumah tersebut terlalu gelap untuk dilihat dengan mata yang kasar.
''Hmph... Hmph... Ada bau sulfur... Ni bau jin ni...'' Kata aku dalam hati apabila deria bau aku mula menangkap bau tubuh makhluk laknatullah itu. Ya, syaitan baunya seperti bau sulfur ataupun bau gasolin kerana mereka diciptakan daripada api dan bau-bauan ini adalah bau tubuh badan mereka yang sebenar.
''Mana kau?! Keluarlah oi!! Aku tak takutlah.'' Kata aku dengan nada memanggil sambil memeluk tubuh.
Duf!! Duf!! Duf!!
Tiba-tiba di hadapan aku, ada seekor jin tinggi yang berbadan tegap, bertanduk 4 dan bersayap seperti kelawar sedang melangkah menuju ke arah aku dengan matanya mengeluarkan cahaya kekuningan bersama dengan hembusan nafas yang hangat daripada hidungnya yang seperti hidung lembu itu.
''Isa... Hamba Allah yang Kasyaf...'' Kata jin itu dengan nada suara yang garau dan perlahan sambil merenung ke arah aku dengan renungan yang angkuh.
''Ya, memang aku adalah hamba Allah yang Kasyaf. Apa yang kau nakkan daripada aku sampaikan kau nak bawa aku ke sini ni? Cakap cepat.'' Soal aku dengan nada yang serius.
''Aku adalah ketua utusan daripada raja aku... Dia amat murka dengan kau kerana engkau telah mengganggu tugas jin-jin yang lain...'' Balas jin itu dengan nada yang serius dan mendatar.
''Siapa raja kau?'' Soal aku lagi kepadanya.
''Itu kau tak perlu tahu. Apa yang kau perlu tahu, kalau kau tak nak nyawa kau ataupun nyawa orang-orang yang kau sayang diancam, jangan sesekali kau berani nak mengganggu tugas kami.'' Balas jin itu dengan bernada ugutan.
''Heh... Kau ancamlah aku dengan apa-apa sekalipun, aku dan semua orang islam yang aku sayang takkan takut dengan kau dan bangsa-bangsa kau tu. Kami semua hanya takutkan Allah sahaja, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Allah itu akan sentiasa melindungi hamba-hambanya yang beriman kepadanya daripada diganggu makhluk-makhluk yang dilaknat macam kau.'' Kata aku panjang lebar dengan nada yang serius.
''Masih terlalu awal untuk kau yakin, Isa... Ianya masih lagi terlalu awal...'' Balas jin itu sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dengan perlahan-lahan.
''Kita tengok sahaja nanti, sejauh mana Allah tu sayangkan kau dan kita akan tengok... Adakah engkau adalah orang-orang beriman yang akan dilindungi oleh-Nya ataupun tidak...'' Kata jin itu lagi sambil perlahan-lahan menghilangkan dirinya lalu terus lesap menjadi asap hitam. Sebaik sahaja jin itu pergi, patung-patung yang mengelilingi aku itu tadi terus terbakar dan kemudian...
BOOM!!
''Allahuakbar!!!'' Aku terus terjaga daripada mimpi buruk yang ngeri itu lalu duduk tergamam seketika di atas katil bilik aku itu. Gambaran situasi letupan yang berlaku di dalam rumah banglo usang itu sangat-sangat menakutkan. Dah macam nak bertemu dengan Malaikat Izrail dah gayanya.
''Astaghfirullahalaziim... Astaghfirullahalaziim...'' Aku mengucap istighfar seketika lalu terus meludah ke kiri sebanyak 3 kali tanpa mengeluarkan sebarang air ludahan seperti apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW ketika kita mendapat mimpi buruk. Setelah itu, aku memerhati ke arah tingkap rumah aku yang terbuka itu. Langit di luar nampak cerah seakan-akan sudah siang. Memang sahlah aku dah terponteng sekolah pada hari ketiga aku kat sini. Hmm... Solat Subuh pun dah kelaut. Apa nak jadilah...
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
KorkuGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...