Pada tepat pukul 8 malam, aku yang hanya memakai seluar jeans hitam bersama dengan sweater yang berwarna kelabu sedang berdiri di depan bus stop sekolah sambil menunggu kedatangan Nabila dan manakala Cikgu Sulaiman pula sedang duduk menunggu di dalam kereta Honda Civic-nya yang diletakkan di tepi bus stop sekolah itu sambil mendengar lagu yang terpasang daripada radio keretanya. Pada masa yang sama juga, Nabila pun tiba di hadapan bus stop dengan hanya memakai sweater putih, seluar jeans biru dengan tudung bawal yang berwarna putih. Nampak ringkas dan pada masa yang sama juga nampak cantik.
''Hmm... Kau lambat 10 saat. Tapi tak apalah, jom masuk. Kita dah nak gerak ni...'' Kata aku kepadanya sambil melangkah ke arah kereta Cikgu Sulaiman lalu terus mengambil tempat duduk di bahagian depan. Tanpa sepatah kata, Nabila pun turut masuk ke dalam kereta tersebut lalu mengambil tempat duduk di bahagian belakang kereta.
''Ha, semua dah ada dah?'' Tanya Cikgu Sulaiman kepada kami berdua.
''Dah, cikgu.'' Balas aku dengan ringkas.
''Hmm okey... Kalau macam tu, jomlah kita gerak sekarang.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil memakai tali pinggang keledar lalu terus memulakan perjalanan dengan menekan pedal minyak keretanya. Aku pun turut memakai tali pinggang keledar lalu duduk di dalam keadaan yang selesa dan sopan. Semasa di dalam perjalanan, kami bertiga berbual seketika bagi menghilangkan rasa sunyi dan bosan sambil menikmati suasana malam yang sunyi di atas jalanraya yang menghala ke arah jalanraya di lereng Bukit Berduri itu.
''Nabila, cikgu nak tanyakan tentang sesuatu dekat kamu boleh?'' Cikgu Sulaiman memulakan perbualan.
''Boleh cikgu. Tanyalah.'' Balas Nabila dengan ringkas.
''Kamu ni memang betul-betul nak masuk ke dalam kelab paranormal ni ke? Apa niat kamu sebenarnya? Untuk mencabar keberanian diri sendiri ke ataupun untuk niat-niat yang lain?'' Soal Cikgu Sulaiman bertubi-tubi. Nabila mendiamkan diri seketika sebelum dia menjawab soalan Cikgu Sulaiman yang bertubi-tubi itu.
''Ya, saya memang nak masuk. Niat saya yang sebenarnya cuma nak kenal tentang kelab Paranormal ni je supaya saya boleh ceritakan dekat pelajar-pelajar yang lain pasal kelab ni.'' Balas Nabila dengan panjang lebar. Daripada apa yang aku dapat baca dekat dalam minda dia, 50% apa yang dia katakan tadi tu adalah jujur manakala yang lagi 50% tu pula adalah menipu. Kenapa? Sebab sudah terang lagi bersuluh bahawa sebelum-sebelum ni dia ada kata yang dia nak masuk kelab Paranormal ni hanya disebabkan dia nak buktikan kepada semua orang bahawa bukan aku seorang sahaja pelajar yang berani untuk menyertai kelab Paranormal ni malah dia juga boleh menyertainya sekali. Hmm... Dasar perempuan pendengki.
''Ouh... Jadi bukan untuk mencabar keberanian diri lah ni?'' Soal Cikgu Sulaiman kepadanya lagi.
''Haah...'' Balas Nabila dengan ringkas.
''Ouh... Macam tu... Ni keluar rumah ni, mak ayah tahu tak? Ada dapat kebenaran?'' Tanya Cikgu Sulaiman lagi.
''Dah, diorang dah tahu dah cuma... Saya tak cakap pun yang saya nak datang ke sini. Saya bagitahu diorang yang saya nak pergi ke rumah kawan je.'' Balas Nabila dengan panjang lebar. Kali ni, kata-katanya itu sepenuhnya adalah jujur.
''Ouh... Tak apalah kalau macam tu, kadang-kadang kita pun kena tipu sunat juga. Cuma... Kalau kita buat macam tu dengan mak ayah kita, nanti tak dapat berkat lah...'' Kata Cikgu Sulaiman panjang lebar dengan teguran yang lembut. Mendengarkan kata-kata Cikgu Sulaiman yang seakan-akan menyindirnya itu, Nabila terus mendiamkan dirinya.
''Kamu berdua ni, masing-masing dah pandai baca Al-Quran kan?'' Tanya Cikgu Sulaiman kepada kami berdua.
''Dah, cikgu.'' Balas kami berdua serentak.
''Baguslah kalau macam tu. Nanti kalau ada apa-apa hal yang terjadi nanti, kamu berdua bolehlah tolong saya nanti.'' Kata Cikgu Sulaiman sambil memusingkan stereng keretanya ke kanan apabila kami sedang melalui sebuah jalan jalan lereng bukit yang mempunyai banyak selekoh itu.
YOU ARE READING
KASYAF (Hiatus)
HorrorGenre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Kasyaf? Apa itu Kasyaf? Kasyaf adalah satu kelebihan istimewa yang Allah SWT bagi kepada seseorang itu dengan seluruh hijab pada zahir dan bat...