GEBAR putih yang membaluti tubuhnya ditolak ke tepi. Hawa mencelikkan matanya dan syiling berwarna putih itu dahulu menjadi santapan matanya. Dia menguap kecil seraya menutup mulut dengan belakang telapak tangan.Kepalanya terasa memberat dan berdengung kuat semenjak solat subuh tadi. Disebabkan itu dia tidur balik selepas solat subuh berjemaah dengan Adam. Rasa seperti mahu pitam. Lebih baik dia melelapkan diri buat sementara waktu.
Hawa memandang kiri dan kanannya. Kosong. Maknanya anak terunanya sudah bangun terlebih dahulu. Bukan dia tak tahu anak lelakinya itu seorang yang liat bangun tidur. Kuat tidur!
"Morning bidadari abang..." Suara yang datang dari arah muka pintu itu pantas menerkam gegendang telinga Hawa.
Hawa menarik senyuman lebar. "Morning too kesayangan Hawa. Abang tak kerja ke hari ni? Bukan ke sepatutnya abang ada perjumpaan dengan klien yang penting? Kenapa abang masih tak pergi kerja? Dah lewat ni, bang..."
"Abang minta postpone." Ringkas jawapan yang diberikan oleh Adam. T-shirt berwarna putih yang tersarung di badan tegapnya sudah basah dengan peluhnya itu,ditanggalkan. Peluh dari aktiviti senaman yang dilakukan bersama Ian tadi. Dia memaksa anak terunanya itu turut melakukan senaman. Bising mulut Ian menjerit kesukaan.
Kening Hawa sedikit berkerut." But... Why?" Tegak badannya disandarkan di kepala katil bersaiz king itu.
"Because of you la. Hawa kan tak sihat hari ni. Takkan la abang nak tinggalkan Hawa. Abang takut sesuatu yang buruk aje berlaku dekat Hawa. Lagipun Hawa baru aje sembuh."
Hati Hawa sedikit terusik. "Tapi... Abang tak sepatutnya buat macam tu disebabkan Hawa. Kerja lagi penting, bang. Lagipun... Klien dari China tu kan antara klien yang paling terpenting dalam syarikat abang. Macam mana kalau abang kehilangan
kerjasama dengan mereka? Hawa tahu krisis yang abang tengah tanggung sekarang disebabkan kehilangan banyak projek sejak kebelakangan ini. Hawa tak mahu usaha abang selama empat tahun ini usahakan syarikat sendiri akan musnah... Itu titik peluh abang sendiri. Abang mula daripada bawah tanpa bantuan sesiapa malahan papa abang sendiri.""Macam mana Hawa tahu semua ni?" Laju Adam menyoal.
"Artikel, abang. Tak bermakna Hawa duduk terkurung di dalam rumah ni... Hawa tak tahu apa yang terjadi dekat luar tu. Dan... Hawa tahu semua ini disebabkan papa kan? Dia masih marahkan abang. Hawa masih ingat apa yang dia kata dulu... Papa takkan biarkan abang hidup senang kerana abang telah memilih Hawa."
Riak wajah Adam berubah.
Papa...
"Anak tak guna! Sanggup kau kahwin dengan perempuan yang berasal dari keturunan pelacur! Ramai lagi perempuan yang lebih sesuai dari budak tu... Kau telah menconteng arang dekat muka aku."
"Kalau kau rasa nak merasai kemewahan yang kau ada sekarang... Baik kau ceraikan dia!" Memetir suara Tuan Naufal. Mencerlung matanya menikam wajah sepasang suami isteri yang baru diijabkabulkan itu.
Adam mengetap rahangnya. "Hawa isteri Adam, papa. Adam... Adam takkan ceraikan dia." Makin kuat dia memegang tangannya isterinya yang sudah berpeluh itu. Jelas menunjukkan Hawa sedang gemuruh. Gemuruh berdepan dengan Tuan Naufal yang tak ubah seperti singa yang mahu menerkam pemangsa.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romantik𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...