𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 38

15.6K 1.4K 374
                                    


BERDIRI di balkoni ,merenung langit subuh yang terbentang luas menyelimuti taburan bintang di angkasa. Kedua-dua tangan Hawa memegang erat penghadang balkoni.Selepas selesai solat tahajud tadi,hatinya meronta-ronta ingin menghirup udara segar. Melingas anak matanya ke kiri dan kanan mengitari laman rumah ibunya.

Jikalau dahulu di laman rumah itu tampak kosong kini,segalanya sudah berbeza setelah tiga tahun Hawa tak menjejakkan kaki ke teratak ini.Tempat dia membesar selama hampir 24 tahun ini.Dilihat laman rumah itu melalui kesamaran cahaya lampu yang terdapat di setiap penjuru. Pelbagai bunga-bungaan yang berwarna-warni menghiasi laman rumah.Kata Cik Bedah,semuanya itu hasil Rafidah sepenuhnya sejak wanita yang bergelar ibu kepada Hawa itu sudah tidak menguruskan butik pakaian muslimah miliknya sendiri.

Keadaan kesihatan Rafidah tak seperti dahulu.Kian merosot.Atau lebih tepatnya,sejak Hawa dihalau oleh Rafidah sendiri...Wanita itu kerap mengalami satu mimpi berkisarkan pesanan terakhir suaminya iaitu Farid.Wajah Hawa seringkali bermain di fikiran Rafidah.Hati tuanya mulai tidak tenteram sehinggalah...Hawa berani mengambil tindakan untuk pulang ke rumah ini bersama Ian.

Kepulangan Hawa semalam ke teratak ini disambut penuh kesyukuran terutamanya daripada tiga sekawan B yang membuat sesi jejak kasih,setelah hampir tiga tahun tidak bertemu dengan Hawa yang cukup dikenali dengan sikapnya yang 'troublemaker' itu. Sudah sekian lama penghuni rumah ini tidak melihat senyuman lebar yang diukirkan oleh Rafidah,akhirnya senyuman itu sudah kembali.

Beberapa kali ucapan minta maaf itu meniti di bibir Rafidah buat Hawa,anak yang pernah dibuang suatu ketika dahulu.Rafidah beria-ia meminta ampun atas segala dosa lampaunya.Bagi Hawa...Dia sudah lama memaafkan perbuatan Rafidah kepadanya selama ini.Tak pernah menyimpan sekelumit dendam pun di dalam hati.Bahkan dia selalu menitipkan nama ibunya di dalam setiap doanya.

Hawa menarik nafas sedalamnya.Kemudian,perlahan-lahan dihembuskan.Fikirannya saat ini kusut.Sejak daripada pertemuannya secara tak sengaja di antara dia dan Salsabila. Jiwanya kembali kacau bilau.Semalaman dia tak dapat melelapkan matanya memikirkan perkara yang diperkatakan oleh Salsabila semalam

"Abang..." bisiknya lelah. Air muka terpeta kesedihan yang maha dalam. Bayangan raut wajah lelaki yang dicintai sepenuh hati itu berlayar di ruang mata untuk seketika sebelum dia lenyapkan bayangan itu saat kata-kata Salsabila semalam kembali terngiang-ngiang di gegendang telinganya.

Ouh...Really? Jadi kau tahu la yang aku pernah tidur dengan Adam?

Dan kau tahu la... Yang aku pernah mengandungkan anak Adam?

Untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan. Keputusan Hawa untuk menginap semalaman di rumah ibunya bersama Ian mendapat keizinan daripada Adam melalui panggilan telefon yang berdurasi hanya beberapa saat. Tiada ungkapan cinta seperti kebiasaan daripada Hawa. Sungguh, dia rindu dengan lelaki itu. Lelaki yang sudah bergelar suami kepadanya selama hampir tiga tahun ini. Lelaki yang bergelar seorang ayah kepada Tuan Ian Al-Fattah dan Tuan Riyadh As- Siddiq.

Kerana egonya yang melangit tinggi itu... Hawa lebih sanggup tidak menelefon Adam. Walhal... Menggunung perasaan rindunya buat lelaki itu. Bagaimana khabar suaminya di sana? Adakah tidur Adam lena tanpa dia di dalam dakapan hangatnya?

Hawa tergeleng sendirian, menyedari dia terlalu berfikiran jauh. Sejenak dia menatap lama sebentuk cincin permata yang tersarung di jari manisnya. Cincin nikahnya. Cincin yang amat bernilai buatnya. Bukti cintanya dengan Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Kemudian, tangannya menjalar ke bahagian perutnya yang kempis itu. Diusap-usap perlahan secara bulatan.Dia tersenyum segaris. Alangkah bahagianya jikalau ada benih Adam yang sedang mencambah di dalam rahimnya saat ini. Hawa rindukan kenangan ketika dia sedang mengandungkan Tuan Ian Al-Fattah dan Tuan Riyadh As-Siddiq. Anak kembarnya.

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now