𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 13

23K 1.8K 551
                                    


SAYUP-SAYUP kedengaran tangisan pilu seorang gadis menusuk ke gegendang telinganya. Sinaran cahaya matahari dari balkoni bilik berlumba-lumba masuk saat ada tangan yang menyelak langsir luas. Dia yang baring meniarap di atas katil itu mulai menggerakkan sedikit badannya. Perlahan-lahan dia berpusing, badannya mengiring ke arah kanan.

Terpisat-pisat Adam mencelikkan matanya.Kelihatan ada sebatang tubuh berdiri tegak membelakangi dirinya memenuhi kornea matanya saat mencelikkan matanya.

Itu... Hawa Arlani.

Adam tersenyum puas.

Tersedu-sedan Hawa menekup mulutnya dengan telapak tangan tidak mahu tangisan pilunya akan mengejutkan lelaki yang sudah meragut kesuciannya itu. Bergelinangan kolam mata Hawa dengan air mata.

"Good morning,sayang," sapa Adam girang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara dia dan Hawa semalam. Walhal, di dalam hatinya dia sudah rasa sangat bahagia kerana dapat meragut kesucian Hawa dengan cara yang paling keji sekali.

Sembap mata Hawa kerana sudah banyak dia mengalirkan air mata atas perbuatan keji Adam. Saat dia terbangun pada pagi itu, alangkah terkejutnya Hawa apabila wajah tampan Adam begitu dekat dengan dia. Hanya beberapa inci lagi sahaja sebelum bertemu. Mata Hawa pula dilarikan ke arah tangannya yang melingkar di pinggang Adam. Hawa sudah termati kata. Mereka tidur dalam keadaan berpelukan tanpa ada sebarang fabrik melekat di tubuh.

Air mata Hawa gugur lagi apabila dia merasakan di bahagian ari-arinya terasa pedih sekali. Ternyata... Mahkota yang dijaga rapi untuk bakal suaminya kelak sudah diragut penuh kejam oleh seorang Adam, bukan suaminya yang sah.

Bagaikan pita video memori semalam di kelab malam berlayar di ruang matanya,Hawa diperlakukan begitu kejam oleh Adam dan Salsabila dengan memaksa dirinya meneguk air haram sehingga dia dan Adam dalam keadaan mabuk check in sebuah hotel berdekatan.

"Kenapa you nangis, Hawa?"

Hawa mengigit dinding pipinya. Bibirnya bergetar hebat.

"K... kenapa?" Perlahan sahaja Hawa bertanya. Dia dalam kebuntuan. Semua yang terjadi padanya dalam sekelip mata ini sukar untuk diproses dek akal. Dia masih dalam fasa kejutan.

"Kenapa apa, sayang? Apa yang terjadi pada malam semalam atas kerelaan you sendiri, Hawa. You yang goda I..."

Hawa menggeleng kepalanya. Menidakkan.Dia menoleh kepalanya. Matanya merah menyala mencerlung tajam Adam yang menyandarkan badannya di kepala katil dan bahagian atas badannya terdedah.

"Saya mabuk, Adam. Jikalau betul saya goda awak sekalipun itu di bawah pengaruh alkohol.Di luar kewarasan saya."

"Iya memang betul you mabuk, sayang. Dan... I letakkan satu pil dalam minuman you untuk merangsang nafsu you. Sebab itu you tiba-tiba aje rasa sangat bernafsu dan ghairah bila I cium you." Satu pengakuan dibuat oleh Adam penuh selamba.

Hawa terkesima.

Mata Adam meliar melihat tubuh Hawa dari atas ke bawah yang tersarung baju yang dipakai semalam. Kemudian,senyuman sinis menghiasi wajah tampannya.

"You seksi sangat, Hawa. I rasa sangat bertuah dapat menjadi orang pertama yang merasmikan you semalam. I tak dapat lupakan bagaimana tubuh kita bersatu dan semua desahan manja you. Terutama sekali layanan you dekat I, Hawa."

KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]Where stories live. Discover now