"DAH tahu isteri tu sarat mengandung... Sanggup dia tinggalkan Si Hawa tu dekat sini sorang-sorang... Anak pula dibawa sekali. Suami jenis apa la Adam ni? Tak bertanggungjawab langsung!" Itu suara Cik Bie.
"Itulah... Kesian aku tengok budak Hawa tu. Anak dan suami tinggalkan dia waktu macam ni... Macam la tak boleh tangguh nak pergi Perth tu..." Dan, suara Cik Bambam pula menerkam gegendang telingaku. Dapat aku menangkap dengusan kasar yang keluar dari mulutnya.
Aku memencilkan diriku di sebalik dinding yang terpisah dengan ruang dapur itu. Mereka langsung tidak sedar akan kewujudan aku di sini sedari tadi lagi. Hajat aku datang ke dapur ini untuk membasahkan tekak, terus terbantut tatkala secara tak sengaja mencuri dengar perbualan mereka.
Aku mengenggam kejap penumbukku. Aku berasa sedikit marah apabila mereka bercakap buruk tentang suamiku. Emosi aku sejak kebelakangan ini sangat sensitif. Aku cepat marah dan menangis. Aku pantang ditegur oleh sesiapa sahaja kerana mulalah mata aku ini berkaca-kaca ingin merembeskan air mata. Cengeng!
Bila teringatkan perihal keadaan anak dan suamiku... Perasaan rindu itu tak pernah berkurangan buat mereka. Berat hati aku ini saat mahu melepaskan mereka pergi ke Perth semalam. Pujukanku selama beberapa hari ini agar menghalang Adam dan Ian pergi, ternyata tidak berhasil. Adam masih dengan keputusannya.
Walaupun, baru sehari aku berpisah dengan Adam dan Ian... Membuatkan aku hampir separuh gila. Aku tak merelakan pemergian mereka kerana aku takut ada perkara buruk yang berlaku kepada mereka ataupun aku dalam masa yang terdekat ini.
Dua hari yang dinyatakan oleh Adam, bagaikan... Dua tahun buat aku. Argh!
Bagaimana kalau Adam dan Ian meninggalkan aku buat selamanya?
Oh, no no no...
Hawa, stop!
Kau terlalu overthinking la. Tiada apa akan terjadi pun...
Aku menggeleng kepala laju, cuba mengusir andaian-andaian buruk itu daripada bermaharajalela di dalam fikiran aku.
"Bambam... Bie... Kau orang kalau tak tahu situasi yang sebenar, jangan nak sesuka hati cakap buruk tentang Encik Adam." Cik Bedah pula mencelah.
"Hellooo, Bedah.... Aku cuma takut ada sesuatu perkara buruk yang berlaku aje dekat Hawa tu dalam keadaan dia sekarang. Sepatutnya suami dia ada di sisi dia buat masa sekarang... Bukan pergi ke Perth tu!"
"Betul betul betul." Cik Bambam selaku anak didikan Cik Bie itu laju mengeyakan.
Cik Bie dan Cik Bambam memang 'sekepala' daripada dulu lagi, berbeza dengan Cik Bedah yang lebih tua di antara mereka bertiga. Pasti ada sahaja perkara yang akan dibangkang keras oleh Cik Bedah apabila melibatkan tingkah laku Cik Bie dan Cik Bambam.
"Encik Adam tu pergi dua hari aje... Nanti dia baliklah."
Cik Bie tertawa kecil dan itu kedengaran cukup sinis di pendengaran aku.
"Dua hari? Kau percaya dia dan Ian tu pergi Perth dua hari aje?" tanya Cik Bie penuh sinis. Keningnya terangkat tinggi ke atas, seraya itu dia melilitkan tangannya di dada. Ditentang panahan mata tajam Cik Bedah itu penuh berani.
Aku dapat saksikan ketegangan suasana yang tercipta di antara mereka. Dan... Sungguh, aku tak faham apa yang Cik Bie ingin cuba sampaikan sekarang.
"Macam mana kalau dia dan Ian pergi buat selamanya? Dan..."
Jeda.Masing-masing diam tidak berkutik. Mahupun Cik Bedah dan Cik Bambam, langsung tidak mencelah di dalam percakapan Cik Bie.
"...Takkan kembali." Dia sempurnakan ayatnya dengan senyuman bangga tersungging.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Любовные романы𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...