ALANGKAH indahnya jikalau ini hanya la mimpi semata-mata. Mimpi yang cukup ngeri buat aku. Berkali-kali aku yakinkan kepada diri aku sendiri bahawa ini hanya la mimpi. Tetapi, mengapa sehingga kini aku belum terjaga?
Aku buntu.
Tiada benda yang lain yang bermain di fikiran aku sekarang melainkan si dia.
Dia...
Tuan Muhammad Adam Ferhad.
Aku mahu menghentikan masa dan hanya mahu hidup di sebalik kisah bayangan dahulu iaitu detik-detik terindah yang tercipta di antara aku bersama si dia. Siapa tahu mungkin pada malam inilah merupakan detik terakhir buat aku untuk bernafas di atas muka bumi ini.
"Kesian suami saya ni... Balik kerja aje terus nak bermanja dengan kita ya..."
Aku sungging senyuman lebar sambil jari-jemari aku dilarikan di atas rambut hitam suami aku yang beralun cantik itu. Lembut. Aku menjatuhkan hidung aku di atas rambutnya dan dihidu sedalam-dalamnya. Kemudian, aku mengucup ringkas tepi dahinya.
Aku dapat menangkap senyuman miangnya itu terukir sesaat.
"Hrmmm... Sayang..." Dia menggumam manja. Suka sangat apabila aku melayannya seperti ini. Seperti anak kecil yang hauskan kasih sayang dari seorang ibu. Tetapi, dia lain... Dia seorang suami yang selalu dahagakan kasih sayang dari isterinya.
"Eeee... Abang kita ni busuk la! Dah la tak mandi lagi. Balik kerja aje terus nak menempel dengan kita."
Aku mencebik dalam diam.
"Argh, kita tak kira la awak nak kata kita busuk ke apa. Kita tak kesah pun." Adam menempelak manja.
Kepala Adam yang elok terletak di atas riba aku terus dialihkan. Mujur la dia reti nak alih kepala. Sakit dah kaki aku ni kena tampung kepalanya yang berat itu sejak tadi lagi. Tanpa amaran dengan selambanya dia menyelak baju aku ini ke atas dan menampakkan bahagian perut aku yang membukit besar ini. Ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahim aku sekarang.
Aku tak cepat melatah dengan perbuatannya yang satu itu. Ini bukan kali pertama. Aku sudah terbiasa. Dalam sehari itu pasti dia akan buat macam ni dan dia akan cuba untuk berkomunikasi dengan anak di dalam kandungan aku ini. Anak aku ni punya tahap eksaitednya itu bila dapat bermanja dengan babahnya pasti akan aktif menendang!
Perut aku dikucup sekilas. Dan tangan kasarnya melekap di bahagian perut aku.
Hangat.
"Assalamualaikum... Puteri babah. Tuan Jelita Mikayla," bisiknya dalam kelelahan.
Tuan Jelita Mikayla.
Itulah pilihan nama Adam sebaik sahaja dia mengetahui jantina anak di dalam perut aku ini. Gembira sungguh Adam apabila mendapat tahu tak lama lagi akan hadir puteri kecil di dalam keluarga kami.
Fetus di dalam rahim aku terus bertindak balas apabila mendengar suara babahnya. Dia menendang!
Serentak mata aku dan Adam bertemu. Aku mengerti dari maksud renungannya itu.
Aku mengangguk kepala sekali sebelum membuka mulut aku. "Dia tendang, abang. Happy betul dia dapat dengar suara babah dia." Kemudian, aku menjatuhkan sedikit kepala aku. "Jelita sayang... Rindu dengan babah ya?" Aku seolah-seolah sedang berbicara sendiri dengan dia.
Dia menendang lagi!
Pecah tawa kami.
"Puteri kita pun rindu dekat babah dia tau... Tapi, umi dia tu langsung tak rindu dekat babah dia."
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Любовные романы𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...