"SAL! Kau gila ke apa?" Jelingan tajam yang diterimanya daripada seorang Salsabila apabila ayat itu yang terluah daripada mulutnya apabila mendengar rancangan 'gila' Salsabila beberapa saat yang lalu.
"Alaaa.Kau kan kawan dunia akhirat aku Hawa. Kau sanggup biarkan aku kecewa? Kau sanggup?" Wajah sayunya ditayang untuk menagih simpati daripada seorang Hawa Arlani.
Hawa menjuling bebola matanya ke aras. Ouh... Bila nak minta tolong baru nak anggap aku ini kawan dunia akhirat kau. Inilah manusia zaman sekarang.
"Tak.Nak." Keras Hawa menolak. Kepalanya sudah tergeleng-geleng. Cuba untuk mengusir imaginasi liar yang bermain di benak fikirannya. Aih, tak guna la kau ni Salsabila.
Salsabila memuncung mulutnya tanda protes. "Kali ini je.Aku janji!" Tangannya kanannya sudah diangkat separas bahu,gaya sedang berikrar.
Hawa mengecilkan matanya.
"Kalau ibu aku tahu macam mana?"
"Ibu kau takkan tahu kalau kau tak cakap." Mudah Salsabila berkata. Dia tersengih dan mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Ish. Aku tak nak la, Sal." Perasaan Hawa tatkala ini berkecamuk resah. Peluh sudah merenik di dahinya menahan terik kepanasan cahaya matahari.Sesekali akan terbit desahan resah yang tak mampu ditanggung.
"Malam ni je, Hawa. Jangan risau. Lagipun Adam akan ada sekali," pujuk Salsabila beria-ia. "Apa kata aku suruh Adam ambil kau dekat rumah. Boleh la kau pergi sekali dengan dia. Boleh berdua-duaan." Salsabila mulai mengumpan menggunakan seorang Adam.
Adam...
Apabila nama itu meniti di bibir mungil Salsabila, jantung Hawa mulai berdetak laju. Pipinya bertukar merah.
"On lah kalau macam ini? Sebab Adam kan?" usik Salsabila menyedari perubahan Hawa itu.
"Diam la kau!"
"Nanti aku call Adam suruh ambil kau dekat rumah ya. Kau sepatutnya berterima kasih dekat aku sebab kau dapat la berdua-duaan dengan hot guy tu. Lagipun Adam tu pun aku tengok macam ada juga perasaan dekat kau. Renungan dia terhadap kau lain. Renungan semacam atau lebih tepat renungan yang penuh dengan cinta gitu." Sambil Salsabila berkata ala-ala puitis itu tangannya lincah mendail nombor seseorang iaitu Adam.
"Sal.Aku tak nak la! Aku malu weh." Hawa membentak. Makin berdebar-debar dia apabila melihat Salsabila seperti sedang menelefon seseorang. Sudah pastinya Adam.
"Kau jangan nak mengada-ngada eh? Aku nak cakap dengan dia ni." Mata Salsabila sudah terjegil besar. Memberikan amaran sekaligus.
Selang beberapa saat, panggilan Salsabila sudah diangkat oleh pemanggil di sana iaitu Adam.
Wajah Hawa sudah bertukar cuak.
"Hey...Mr. Hot guy." Gedik nada suara yang dilontarkan oleh Salsabila, sesekali dia akan melirikkan bebola matanya ke arah seorang Hawa Arlani yang sudah keresahan.
Hawa menggeleng kepala.Mengisyaratkan untuk Salsabila menghentikan perbuatannya itu.
"Kenapa tiba aje call I ni? I baru je bangun tidur." Suara serak basah milik Adam kedengaran di hujung talian.
YOU ARE READING
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETED]
Romance𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka s...