Kebal

55 2 0
                                    

" Hamba belum mati!"
Regina menghadap Noah dengan tidak berkelip.. biarpun Tubuh  Masih belum digerakkan sepenuhnya....kelakuan Noah diperhati dari jauh...disebalik kelambu nipis yang menutup pemandanganya....

Reaksi Noah yang bergegas masuk dari pintu, menuju kearahnya diperhati oleh Regina melalui ekor matanya....

Segalanya kembali dalam ingatan Regina....
Sikap Dayang tadi ....
Perkara yang membuatkan perasaan Regina semakin benci Dan sakit....
Mengapa tidak sahaja tadi  dia dibunuh kejam oleh raksasa Putera Mahkota...
Apa yang menghalangi Noah?
Persoalan yang Masih bersarang dalam benak Regina....

Jika dia mati!

Tentu sahaja perjalanan hidupnya lebih mudah...Semuanya àkan terkubur...
Janjinya pada Kerajaan Maurry,
janji pada Raja dan Permaisuri.....
dan Juga janji pada Abangnya, Edward...
Semuanya àkan Segera tamat...

Noah telah dihadapan Regina.....sebaik sahaja tirai nipis Itu diselak.....Regina dilihat Noah telah tersedar.....
Satu perkara yang membuatkan hati Noah tersenyum...

Melihatkan Renungan tajam Regina, Noah dapat memganggak apa yang sedang bermain di fikiran Yang Utama...

Dia perlu mencari langkah untuk Regina bertenang sebelum sesuatu disampai nanti...

" Ada Sesiapa yang datang kesini?"
Tanpa mempedulikan bicara Regina tadi, Noah duduk disisi Regina...
Berada disisi Regina.....Mata Noah terarah  melihat sekitar Dan matanya menangkap kearah gelas kosong yang berada di sisi bantal pembaringan Puteri...

Seperti seakan arahannya tadi...?....perkara yang menjadi persoalan dalam diri Noah...Namun persoalan Itu dipendam dan dibiarkan dahulu...
Keadaan diri Regina yang dikhuatirkan....

" Kenapa Putera kesini?"
Regina cuba mengalihkan topik perbualan....

" Jawab pertanya Beta!" Noah berkeras, soalan dari Regina bukanlah jawapan yang dimahukan oleh Noah...

" Ti...tiada siapa! Tiada siapa  kesini...? Hamba hanya sendiri!"
Regina cuba mengurangkan kegugupan dalam hati, tanpa disangka oleh Regina soalan berkenaan siapa menjadi tajuk Utama Noah menemui dirinya...

Fikiran Regina mengingatkan Dayang yang menolongnya tadi.....wajah Itu menjelma...

Dia tidak menyediakan jawapan ...dan dia tidak bersedia ....dia hanya menurut kemarahan  dan kebencian dalam hatinya kepada Noah, tanpa mempedulikan masalah yang àkan mendatang jika Noah tahu arahannya dilanggar.....jika Noah tahu entah apa masalah yang mungkin àkan menimpa Dayang yang membantunya tadi...

" Ini..?Bagaimana gelas kosong ini berada di sisi Yang Utama?"
Noah tidak suka dengan pembohongan, dan sikap Regina di depannya jelas....Ternyata telah Ada seseorang kesini ...dan segala yang terjadi ditubuh Regina...Jelas...

" Hamba yang ambil disana, Putera...Tiada Sesiapa kesini!"
Regina gelisah....dalam keresahan merahsiakan kedatangan Dayang tadi dia terlupakan sesuatu....

Noah dilihat Regina sedang memandang tepat kearah matanya....lebih menakutkan senyuman sinis Noah dan pandangan mata yang berkeliaran di ruangan kediaman Regina....Seakan lelaki Itu sedang lakukan sesuatu...

" Putera!"
Regina tiada pilihan dia perlu mengalihkan tumpuan Noah....Dia Masih belum mengenali Noah sepenuhnya...dan Masih belum  mengetahui kelebihan lain yang Ada pada Putera Mahkota Aurish...Dia takut kelebihan Noah àkan memakannya nanti..

Cukup sahaja tadi dia dikejutkan dengan Putera Noah mempunyai kelebihan dalam pelbagai bahasa...termasuk bahasa Maurry...jika tekaannya tepat, mungkinkah Noah dapat menghidu siapa yang pernah datang kesini...

PEREMPUAN DIRAJAWhere stories live. Discover now