" Kenapa dengan Beta Ahli Nujum Tertua.. apa yang tertulis dalam ramalan Kitab? Kenapa pengubatan Beta menjadi sukar?" Noah dapat rasakan dirinya lemah, bagaikan ada sesuatu terjadi, adakah dia telah tersilap dalam pengubatan...
Dia tahu Walaupun penyakitnya telah dihidapi oleh ramai Putera Mahkota, hanya dia seorang sahaja yang menemui penawar, Dan setahu Noah sepanjang tahun Itu, belum ada yang berjaya mengubati....Semuanya hanya bergantung kepada ramalan Ahli Nujum dari zaman ke zaman...
Status kejayaan pengubatan Masih samar...
" Hamba ada perkara yang kurang enak untuk maklumkan pada Putera....Tapi hamba mahu Putera bersabar...."
" Katakan Ahli Nujum Tertua!" Noah tidak mahu berlengah...dia mahu tahu apa punca yang menyebabkan rawatan Kali ini tidak seperti Keputusan sebelumnya...
" Berkenaan Puteri!"
" Kenapa dengan Puteri? Katakan Segera Ahli Nujum Tertua?"
Noah bangun, dia takut jika sesuatu terjadi kepada Regina.." Puteri telah larikan dia..berita Itu disampaikan oleh pengawal semasa hamba ke bilik Kitab lama."
" Lari? Tapi Bagaimana ? Bukankah seluruh kawasan ini telah dihilangkan dari pandangan? Ahli Nujum Tertua..berikan penjelasan penuh pada Beta....!"
Panglima Siapkan persiapan untuk Beta mencari?"
Noah hilang arah, patutlah tadi dia gelisah, semua Itu terjadi disebabkan Puteri Regina...Siapa yang membantu, Bagaimana .? .Noah tidak peduli, apa yang dia mahu sekarang, dia mahu mencari Puteri Regina seberapa Segera..." Putera...tiada guna Putera mencari sekarang...Maksud hamba keadaan tubuh Putera...Putera sedang lemah!"
" Beta akan pulih bila Puteri ditemui...!"
Noah berdegil..." Ada satu perkara yang Putera perlu tahu tentang dua raksasa tadi?" Ahli Nujum was - was untuk memberitahu Noah....Adakah Itu keputusan yang tepat atau sebaliknya..
" Katakan!"
Sesuatu ditunjukkan oleh Ahli Nujum Tertua kepada Noah..Sebuah Kitab lama...
" Apa ini Ahli Nujum Tertua?" Kening Noah berkerut, sambil tangan menyambut buku yang diserahkan Ahli Nujum Tertua..
" Jawapan Mengenai dua raksasa yang muncul dalam pengubatan Putera, jawapan di bahagian ini Putera!"
Noah menilik muka Surat yang dikepitkan Ahli Nujum dengan Bulu Burung Merak Putih...bersama bulu Merak disertakan dengan Manik Mutiara Hitam yang bersinar di waktu Malam...
Satu persatu ayat di Kitab dibaca Noah dengan teliti dan setiap rungkaian ayat dibaca sebelum ayat di Kitab tersebut berubah menjadi Kenyataan maksud yang satu...bahasa yang digunakan di dalam Kitab menggunakan Bahasa Delta, satu bahasa yang hanya difahami oleh Ahli Nujum di serata Dunia..
Namun Noah mempunyai kelebihan memahami bahasa dengan melihat atau mendengar sekali imbas bahasa yang dituturkan atau bahasa yang terdapat di dalam Kitab ...
Pap!
Buku ditutup Noah dan Renungan tajam Mata Noah memandang kearah Ahli Nujum Tertua...
Panglima yang Baru masuk setelah dipanggil Noah tadi hanya menundukkan wajah di lantai...dia tidak mahu menganggu perbualan Putera Mahkota bersama Ahli Nujum Tertua..
" Jadi Beta tidak dibenarkan keluar dari sini sehingga tempoh pengubatan Itu tamat? Bagaimana dengan Puteri Regina....Kerajaan Aurish? Ayahanda Beta Ahli Nujum Tertua...Sebaik sahaja rawatan Itu selesai, Putera Anal akan dapat balasan setimpal!"
Kemarahan Noah menjadi - jadi, tangan dikepalkan di dalam penumbuk dalam Noah tidak sedar Tangannya menumbuk lantai konkrit 7 lapisan marmar bidara yang ditempa menggunakan Batu dan kayu, dan tanpa dijangka oleh Ahli Nujum, lantai Itu retak menjadi dua...
![](https://img.wattpad.com/cover/230984275-288-k284273.jpg)
YOU ARE READING
PEREMPUAN DIRAJA
Historical FictionPuteri bermata biru.. Tapi mereka berdua adalah musuh kerajaan.. Dia dibawa ke pemerintahan musuh secara paksa sewaktu berumur belasan tahun..Dan disana dia ditempatkan di Harem.. Apa yang dirancang oleh King Noah untuk Puteri Regina ...... Siapakah...