" Panggilkan Putera Andika kesini ! Segera!"
Permaisuri melepaskan kemarahan kearah Dayang. Dari perbualan tadi, hatinya semakin sakit. .
Raja memperkecilkan kuasa dan kewujudan dia depan Putera Mahkota, bukan pertama Kali tapi sepanjang dia disisi Raja, Ada sahaja plan Permaisuri yang dihalang Noah..Putera Mahkota selangkah lagi didepan dia..Tapi apa yang memeningkan Permaisuri , Ada apa dengan Puteri Regina, hinggakan Noah setuju untuk Puteri dikahwinkan dengan Putera Andika.
Sedangkan sebelum ini semua Puteri tidak dilepaskan Noah untuk perubatan diri..
Dalam Permaisuri mengelamun dengan perkara yang berlaku tadi dengan Raja..Muncul Putera Anal.
" Bonda, bagaimana ? adakah Anakanda àkan dinobatkan Malam ini?"
Berita berkenaan Permaisuri menemui Raja telah tersebar seluruh Istana.Entah bagaimana perkara Itu disebarkan, Putera tidak tahu... Sejak penemuan bersama Bonda semalam, Putera Anal telah menerima pujian dan penghargaan dari orang - orang Besar yang dijumpai.
Hatinya berbunga Besar dengan ucapan tahniah, tidak syak lagi oleh Putera Anal, Permaisuri berjaya memujuk Raja..
" Apa yang anakanda merepek? Siapa yang maklumkan pada Anakanda tentang Penobatan Putera Mahkota pada Anakanda... Malam ini memang àkan ada majlis di istana, tapi bukan untuk Anakanda...!"
" Habis kalau bukan Anakanda , siapa Bonda?"
Senyuman yang terukir di bibir Putera Anal Segera masam mencuka, Putera berubah wajah menjadi Hitam." Putera Andika!"
" Apa?Andika? Maksud Bonda Raja Anugerahkan Andika, jawatan Putera Mahkota!"
" Bukan !" Belum sempat Permaisuri menghabiskan bicara, kemunculan Putera Andika di depan mereka berdua...dengan langkah yang laju, Andika mendapatkan Permaisuri..
" Apa maksud Putera Anal Permaisuri,?" Dia Juga terkejut dan dalam Masa yang sama tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut kenapa namanya dipetik dalam perbualan Permaisuri dan Anal.
" Berani Putera Andika tidak maklumkan pada Bonda tentang hubungan Putera dengan Puteri Regina! Kenapa Noah yang bicarakan Hal ini pada Raja?"
Permaisuri berang, Dan melepaskan kemarahan kepada Andika..Dia tidak puas hati bila Noah Masuk campur dalam hal Keluarganya..Lebih menyakitkan lelaki Itu telah usulkan perkara Itu terlebih dulu dari dia kepada Raja .
" Putera Mahkota dah usulkan perkara ini ? Apa reaksi Raja Permaisuri?"
Putera Andika Juga terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Permaisuri. Dia sedang berkira - Kira untuk berfikir terlebih dahulu dengan perancangan Permaisuri, Tak sangka Noah telah sampaikan kepada Raja.." Apa Putera Tak tahu pasal Hal ini ?"
" Bukan ini yang permaisuri mahukan? Jalinkan hubungan bersama Kerajaan Maurry, untuk pertambahan kuasa kerajaan.. untuk menyokong pemilihan Putera Andika menggantikan Raja!"
Andika senyum sinis, sepanjang hidupnya dia hanya digunakan untuk Putera Anal mendapat apa yang diinginkan di Dunia. Sedangkan dia dijadikan Batu loncatan oleh Permaisuri..." Jadi apa yang àkan berlaku Malam ini? Putera Andika akan berkahwin? Andika, Permaisuri.."
Putera Anal yang tidak tahu apa - apa Cuba meneka...kuat firasatnya mengatakan Putera Andika àkan berkahwin dengan Puteri Regina, hanya puteri Itu yang berada di istana..Mengingati wajah Puteri Kerajaan Maurry Anal tersenyum... dia tidak berminat dengan Puteri Regina, jadi dia tidak Ada masalah jika Andika dipilih untuk menjadi jodoh Puteri Itu.
" Jadi ini sebab Anakanda dipanggil kesini? Malam ini Anakanda àkan berkahwin..Apa raja telah bersetuju?"
Tiada dalam perancangan Putera Andika, dia àkan dikahwinkan dengan Puteri Regina dalam beberapa jam lagi. Tentu sahaja semua persiapan telah dilakukan oleh Raja dan Noah àkan turut membantu..

ANDA SEDANG MEMBACA
PEREMPUAN DIRAJA
Ficción históricaPuteri bermata biru.. Tapi mereka berdua adalah musuh kerajaan.. Dia dibawa ke pemerintahan musuh secara paksa sewaktu berumur belasan tahun..Dan disana dia ditempatkan di Harem.. Apa yang dirancang oleh King Noah untuk Puteri Regina ...... Siapakah...