" Siapkan Puteri Dayang, jangan lama!"
Putera Raja meninggalkan Regina Setelah tubuh Itu diletakkan selamat di atas katil. Regina yang di usung dalam dakapan tadi dibawa terus ke Kediaman Putera Mahkota dari bilik pemandian Emas Diraja.
Sepanjang laluan ke Peraduan, semua yang melihat Tingkah laku Putera pada Perempuan Utama bagaikan tidak percaya..
Sikap Putera Mahkota telah berubah, hanya dengan satu malam...dan Ini pertama Kali mereka melihat seorang perempuan mendapat perhatian dari Putera..
Nampaknya Perempuan Utama Putera Mahkota bukan orang sebarangan, bukan sahaja Yang Utama tidak mati semalam, Malah pagi ini mereka diperlihatkan dengan sikap Putera Mahkota yang begitu menjaga Yang Utama.
" Dayang Mana persiapan Beta?"
Regina melunjurkan kaki ke lantai, sebentar tadi dia telah dipermalukan oleh Noah dengan mendukung tubuhnya untuk kesini..Sepanjang laluan Itu, perbuatan Noah telah dipertontonkan pada perkerja Istana Dan Dayang - Dayang yang melalui kawasan itu..
Merah padam dirasakan Regina diwajah, dia tidak pernah diaibkan sebegitu Rupa.. Untuk menghilangkan kegugupan dan malu pada perbuatan Noah, Regina terpaksa menyorokkan wajah di tubuh lelaki raksasa Itu.. Dia tiada pilihan lain.
" Ini dia Yang Utama?' Seorang Dayang meletakkan Jubah yang diseliputi Emas di hadapan Regina.
Mata Regina bagaikan tidak percaya dengan Persiapan yang disediakan oleh Dayang..
" Kenapa awak siapkan Jubah Diraja untuk Saya Dayang ? Bukan Jubah ini dikhaskan untuk Puteri Diraja? Sedangkan hamba!"
Regina tidak sedap hati, lepas satu persatu dia diuji. Di fikiran Regina dia mengesyaki sesuatu..
"Adakah Noah telah tahu dengan penyamaran dia atau rahsia Itu Masih tersimpan kemas..."Dalam situasi Itu, Regina teringatkan Marry!
" Hadiah dari Raja Yang Utama, tadi Jubah Diraja ini dihantar bersama dengan Putera Mahkota!"
Dayang menundukkan wajah....seperti Mana mereka menghormati Permaisuri, begitu Juga mereka terpaksa menghormati Regina.. Nampaknya Yang Utama mempunyai tempat istimewa di hati Putera Mahkota. Mereka semua perlu berwaspada..." Dayang dimana hamba boleh jumpa Puteri? Maksud hamba Puteri Regina?"
Regina fikirkan sesuatu di dalam fikiran, jika dia tidak sakit untuk berjalan, dia àkan Segera menemui Marry..banyak bantuan yang diperlukan dari Marry..
Perkara utama dalam fikiran Regina, dia fikirkan tentang James, panglima kepercayaan negara mereka..Sekiranya James telah ditemui, dia àkan merancang Hal seterusnya..
Sekarang dia perlu menemyui Marry untuk rancangannya berjaya..
" Puteri Kerajaan Maurry berada di kediaman Puteri ke 7, Yang Utama.!"
" Bagaimana hamba boleh kesana? Laluan bahagian Mana hamba kena pilih?"
Keluasan Istana Putera Mahkota sangat besar, istana kedua terbesar dari Istana Utama. Di sini sahaja terdapat beberapa kediaman, sepanjang disini dia belum lagi menjelajah keseluruhan Ruang, hanya beberapa tempat sahaja yang dia tahu..Regina hanya menunggu Masa yang sesuai, jika dia boleh mendapatkan bantuan Dayang ,dia àkan gunakan semua peluang yang ada.
" Kenapa Yang Utama mahu mencari Puteri?"
" Hamba Dayang Puteri Regina sebelum ini, memandangkan hamba telah dipilih oleh Putera Mahkota, sebagai Perempuan Diraja.... jadi hamba ingin memberikan pernghormatan dan hadiah pada Puteri!"
" Perkara itu tidak terjadi disini Yang Utama!"
" Itu adat negara kami Dayang, hamba perlu jumpa Puteri Regina, tolong siapkan Hadiah untuk Puteri!"
YOU ARE READING
PEREMPUAN DIRAJA
Historical FictionPuteri bermata biru.. Tapi mereka berdua adalah musuh kerajaan.. Dia dibawa ke pemerintahan musuh secara paksa sewaktu berumur belasan tahun..Dan disana dia ditempatkan di Harem.. Apa yang dirancang oleh King Noah untuk Puteri Regina ...... Siapakah...