Berundur

120 5 1
                                        

''Noah Edward ~~~

.......Kerajaan Maurry........

" Apa yang berlaku pembesar? Kenapa Auris berundur tanpa berperang dengan Maurry? "
Segalanya menyesakkan jantung bagi Raja Nile Stewart, Persiapan perang telah diatur bagi melawan Auris, tapi tanpa perang dimulakan musuhnya telah berundur tanpa alasan..

" Apa muslihat Kerajaan Auris? Katakan pada Beta?"
Para pembesar tidak bersuara.. Kesemuanya hanya diamkan diri..

Noah Arthur merupakan Putera Mahkota Kerajaan Auris... Dia diberi gelaran sebagai Raksasa oleh pemerintahan dunia.

Perwatakan Putera Raja itu yang kejam Dan tidak berperikemanusiaan umpama rasksasa Sewaktu berperang.... Darah - darah manusia akan memenuhi dan membanjiri tanah yang tentera mereka lalui ...

Hanya disebabkan Auris ingin mencari seorang Puteri Bermata Biru, banyak Negara telah ditawan dengan Puteri Kerajaan diculik Dan dibawa ke negara Auris..

" Raja!" Seseorang berlari kearah Raja Stewart...

Namun lelaki Itu berjaya dihalang oleh Pengawal Istana yang menjaga Pintu Utama....

Dia dipegang kejap oleh Dua pengawal, untuk menghadap Raja...Keadaan Lelaki Itu kelihatan letih dengan Pernafasan yang kuat kedengaran.....

Kedatangan Lelaki Itu menimbulkan tanda Tanya kepada pembesar negara yang berkumpul bersama Raja . tujuan lelaki Itu kesitu menimbulkan persoalan kepada mereka...

" Siapa kamu?"
Tetamu tidak diundang direnung Raja Edward dengan tajam.

" Hamba Root Raja.... Diperintahkan oleh James untuk menemui Raja,...Ada perkhabaran tidak baik tentang James Dan rombongan Puteri.!"

Tanpa menunggu soalan seterusnya dari Raja, perkara utama dikhabarkan..

" James telah ditewaskan!"
Hamba lelaki telah menundukkan wajah....tugasan yang diamanahkan kepadanya telah ditunaikan..

Raja tiba - tiba lemah dengan perkhabaran yang dibawa, dia cuba berdiri gagah, namun perasaan sedihnya tidak berjaya untuk membuatkan tubuhnya berdiri... raja terduduk disinggahsana..

Dari bicara lelaki tadi, Raja mendapat tahu tentang muslihat Kerajaan Auris yang sebenar...
" Jadi punca utama Kerjaaan Auris berundur...semua disebabkan Puteri Regina...hanya Puteri yang dikehendaki Auris..."

" Siapa kamu Dan apa lagi berita yang kamu bawa?"
Raja Stewart telah duduk di takhta dengan lemah.. Dia menanti disitu di kerajaaannya bagi menghadapi peperangan bersama Auris, namun sangkaan tentang musuhnya ternyata meleset..

Auris bukan datang ke negaranya untuk berperang, tapi hanya berminat dengan Puteri di kerajaannya.....Puteri Regina dan Puteri - Puteri di kerajaan lain negara yang belum dimiliki...

Kedatangan Auris untuk peperangan dengan negara lain hanya berlaku bila Putera Mahkota Auris menerima penolakan...

.....Bagaimana dengan nasib puteri nanti... Hidup bersama seorang Putera Mahkota yang merupakan Raksasa. Raja Stewart hanya berharap, Regina tidak àkan mengangkat kepalanya Dan menunjukkan warna anaknya pada Putera Mahkota...Jika Itu berlaku, Regina tidak àkan dapat diselamatkan lagi...

Pap! Tangan Raja telah menghempas di lengan kanan kerusi takhta..

" Beritahu beta apa lagi yang kamu tahu,Segera...Lebih lama Raja memikirkan tentang Keselamatan Puterinya, baginda lebih resah..dia tidak dapat bayangkan apa yang àkan terjadi pada Regina sekiranya Putera menggunakan Regina untuk pengubatan...dia takut nyawa Puterinya dipertaruhkan?"

PEREMPUAN DIRAJATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang