Kematian

38 3 0
                                    

" Panglima mara kehadapan, tinggalkan semua Itu...Mari dapatkan Raja Anal!"

" Putera! bagaimana dengan Ahli Nujum Tertua.!"

" Anal perlu dihapuskan dulu Panglima..Beta perlu mendapatkan pengkhianat Auris...Pertarungan ini perlu ditamatkan!"

" Tapi.....!"
Putera Carl memenggal kepala Askar yang muncul dihadapannya Dan Askar - Askar yang menganggu laluannya...sambil berlari hebat menuju kearah Noah..

Tugasannya yang Utama adalah sentiasa berada di sisi Putera Mahkota Noah bagi menjaga Keselamatan Putera tersebut..Itu tugasan yang telah diamanahkan oleh Raja terdahulu...

Dia dan Noah telah berkenalan lama. Sejak kecil dia telah ditemani oleh Noah untuk mewujudkan hubungan erat mereka berdua...lebih kepada kesetiaan Kawan..

Setiap detik manis, pahit Dan gembira mereka sebagai Panglima Diraja Putera Mahkota dikongsi bersama... jika dulu mereka hebat didalan kumpulan, Namun sekembalinya disini mungkin hanya tinggal dia seorang yang memikul tanggungjawab menjaga Keselamatan Raja Noah...

Panglima  lain yang ditinggalkan Auris bagi menjaga Raja, mungkin telah dibunuh kejam oleh Raja Anal ketika mempertahankan Negara Dan Raja..

" Noah!

" Putera Mahkota!"

" Noah.....

Dalam kekecohan tubuh Noah menghilang dalam istana.. Carl mencari di setiap pelusuk istana, jika ada Askar yang melakukan serangan..Panglima tidak berfikir panjang..Nyawa Askar Itu dipadamkan..

Dia perlu Segera mendapatkan Putera Mahkota Noah..Tadi dia amat pasti Noah hanya sendiri Tanpa ada sesiapa disisi..

Ahli Nujum Tertua dilihat Panglima Carl Masih berada di luar istana, serangan membuat serangan balas pada musuh yang Masih bertahan hebat di perbatasan..

Hanya dia...Dia Panglima yang menjadi harapan terakhir Auris bagi menyelamatkan Putera Mahkota Dan Raja Auris yang sebenar...Jika sesuatu terjadi kepada Noah, dia tidak àkan teragak - agak mengambil nyawanya sendiri..

*****

" Anal!"

Bergema suara Noah di Balai Utama Diraja..Kemarahannya merebak Jitu...Bauan Darah semakin menusuk pernafasan Noah...

Disitu bersemi Taktha Diraja Auris, tempat Raja dinobatkan Dan Singgahsana Raja yang menjadi rebutan hinggakan menjadi korban kerana ketamakan Keluarga..

Di Singgahsana ,  Putera Anal hanya tersenyum sinis memandang kearah Noah..Bersama  - sama disisi, Permaisuri yang tersenyum hebat bersama Panglima - Panglima Negara...

" Noah!" Anal memegang pedang yang telah dikeluarkan dari sarungnya..Bilahan yang bersinar di atas cahaya sengaja dilayangkan kepada Noah..

Dia tahu kelakuannya akan membuatkan kemarahan Noah semakin mendalam kepadanya. Itu semua disebabkan pedang yang berada ditangannya adalah pedang Ayahanda mereka sebelum ini..

Pedang yang disimpan ditempat rahsia Dan dipercayai mempunyai sakti bagi semua ilmu kekebalan di dalam Dunia..disimpan di suatu tempat rahsia dalam istana..

Sepanjang hidup Noah, dia hanya sekali dibenarkan untuk melihat Dan menyentuh pedang tersebut...Hanya kerana dia diubatkan dengan sumpahan..Ternyata sewaktu pengubatan menggunakan pedang, penyakit sumpahan Noah tidak Juga sembuh malah lebih memudaratkan dirinya waktu Itu...

Kerana Itu Ayahandanya Kembali menyimpan pedang tersebut demi kepentingan Noah atas saranan Ahli Nujum Diraja..

" Pedang Kilau 7 warna!"
Noah terpaku dengan apa yang ditunjukkan oleh Anal..Ternyata Anal begitu berbangga dengan pencapaiannya merampas Takhta Negara, malah semua peralatan sakti Diraja tidak terlepas dari tangannya...

PEREMPUAN DIRAJAWhere stories live. Discover now