Kereta Kuda berlari dengan pantas.. Telah 5 Hari Auris ditinggalkan Noah untuk mendapatkan Regina..Kini Puteri telah berada di tangannya.. Hal milikny mutlak..Tiada siapa lagi yang berani menjauhkan Regina dari dirinya.. Regina perlu berada disisi Noah..
Raja Noah Dan Permaisuri Regina. Raja Dan Permaisuri mutlak bagi Kerajaan Auris..
Dua Hari masa diperuntukkan oleh Noah untuk sampai ke Negara Auris dengan Segera..Maurry telah jauh ditinggalkan sebentar tadi.. Kini tanah jajahan Itu diserahkan kepada Putera Edward sebagai Baru..
Itu perjanjian dirinya dengan Puteri Regina tadi, dengan syarat Regina tidak àkan sesekali berpaling padah Dan lari dari hidupnya.. Jika perjanjian Itu dilanggar, Raja Edward akan menerima nasib yang sama seperti Raja lama..
Noah tidak akan teragak - agak untuk menguburkan Edward Juga. Dia mahu Regina keseorangan Dan tiada tempat bergantung, Dan tiada tempat untuk melarikan diri..Itu yang tubuh Raksasa Noah mahukan, musuh dirinya lemah hingga ke akar umbi..
Bila Semuanya terjadi senang untuk Noah sebagai Raja mengawal Puteri Regina.. Puteri yang dilarikan dari Istana Dan Puteri yang diramalkan dalam hidupnya..
Rombongan mereka berhenti di perbatasan..
Askar - Askar Istana sibuk memasangkan tempat istirehat untuk Raja. Sebuah khemah Diraja putih dipasang di atas kawasan lapang, begitu Juga untuk khemah - khemah Panglima Dan Ketua Batalion yang dipasang menyembunyikan khemah Diraja..
Keadaan sekitar sunyi sepi dengan semua manusia yang mengikuti rombongan bekerja menyiapkan segalanya..
Setelah Semuanya selesai barulah Noah mengejutkan Regina yang Keletihan tertidur di ribaanya..
" Puteri!"
Dengan lembut Noah memanggil sambil sentuhan lembutnya di pipi Regina untuk menyedarkan Permaisurinya..
Perlahan - lahan kelopak Mata Regina dibuka Dan Anak mata Biru Regina terserlah di wajah Noah..
Regina Segera mengesut kebelakang bila tersedar dengan keterlanjuran dirinya tadi terlelap hingga tidur di ribaan musuhnya sendiri..
Perkara Pertama yang dilakukan Regina, dia Segera merapatkan tubuh ke jendela untuk Dia ketahui, di Mana dirinya sedang berada... Bila dilihat sekitar luar, banyak khemah - khemah telah terpasang di sekitar mereka..
Regina mengerutkan wajah sambil persoalan dimana dia berada menghantui dirinya..
" Adakah dia telah tiba di Auris? Tapi kenapa kawasan sekitar dia sendiri tidak pernah melalui sini?"
" Esok pagi Kita akan teruskan perjalanan menuju Auris?" Noah memecahkan kebuntuan dalam fikiran Regian tadi..Mungkin sahaja Puteri Itu Masih keliru Dan bermimpi menemuinya Kembali..
" Dimana Beta berada sekarang?"
" Sempadan Swardy? Sekutu Auris?"
Noah merapatkan Regina ketubuhnya, Ternyata Regian sedikit menolak..Namun dengan paksaan akhirnya Regina mengalah..
" Apa yang Raja mahukan dari Beta?" Regina sedikit gugup, tubuhnya dicengkam Noah dengan sengaja hingga dia dapat rasakan tiada ruangan diantara mereka Kini..
" Apa Puteri telah lupa siapa Puteri pada Auris?"
" Beta hanya alat untuk Putera, tiada sebab lain Putera mahukan Beta disisi Putera!"
Regina menggunakan kudrat sekuat hatinya Namun Putera semakin bertindak kasar dengan menekan kepala Regian di dadanya..
" Berhenti!
" Putera!"
" Beta ingatkan Puteri! Tiada yang mampu terlepas dari Beta Dan perlu Beta ingatkan tentang status Puteri di Auris.. Yang Utama Diraja Auris! Adakah Puteri sudah lupa?"
ANDA SEDANG MEMBACA
PEREMPUAN DIRAJA
Historical FictionPuteri bermata biru.. Tapi mereka berdua adalah musuh kerajaan.. Dia dibawa ke pemerintahan musuh secara paksa sewaktu berumur belasan tahun..Dan disana dia ditempatkan di Harem.. Apa yang dirancang oleh King Noah untuk Puteri Regina ...... Siapakah...
