《 first bab. hope you guys enjoy! 》
" Ayra!! "
" Mana sial betina ni! Hoi bodoh! Kau tau tak aku ni lapar! Kau nak aku kebulur kat sini ke setan?! "
" Ye akak. Jap ye. "
Ayra berlari anak mendapatkan kakak sepupunya diruang tamu. Dia sempat menghembus nafas kasar seketika. Tahu sangat dia akan dipukul lagi lepasni.
" Ye akak? "
Syira selaku kakak sepupu Ayra yang kejam memandang tajam ke anak mata hazel Ayra.
" Kau buat apa haa?! "
Terhinjut bahu Ayra mendapat teriakan yang kuat dari kakak sepupunya. Sedar tak sedar, air matanya sudah lama jatuh berguguran. Pantas air matanya diseka lalu perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya memandang wajah bengang dihadapannya.
" Aku tanya kau ni! Kau buat apa?! "
" Ay..Ayra..sap..sapu rumah tadi kak. " jawap Ayra tersekat-sekat.
Syira ketawa sinis sebelum dia menghampiri Ayra yang sedang berdiri dengan kepala ditundukkan.
Rambut panjang milik Ayra ditarik kasar olehnya sehingga kepala Ayra terdongak ke atas memandang wajahnya. Memandangkan Ayra pendek paras bahu Syira.
" Ak..akak...hiks...sak...sakit kak...hiks...lep..lepas kak. Sakit. " rintihan Ayra dibiarkan.
Syira bagaikan setan yang kelaparan manusia. Sungguh kejam dirinya. Setiap hari Ayra akan dapat makanan darinya. Bukan makanan apa, tapi makanan, pukulan dan segala perkara kejam dilakukan terhadap gadis kecil yang tidak bersalah itu.
Ayra masih setia menangis sehingga suara esakkan keluar. Mata mulai bengkak akibat terlalu lama menangis. Tangan Syira pula masih setia menarik rambut panjang Ayra. Senyuman sinis selalu hadir menghiasi bibirnya. Jahat. Sungguh jahat.
Tiada langsung perasaan sedih terhadap Ayra. Entah apa salah Ayra terhadapnya. Sanggup dia melakukan kekejaman ini pada Ayra.
" Aku lepaskan kau kalini! Dah pergi! Masak untuk aku! " dengan selambanya Syira menolak tubuh Ayra sehingga Ayra terjatuh dilantai.
Punggung diusap sebelum perlahan-lahan dia mencuba untuk berdiri. Menangis saja dia mampu setakat ini.
Ayra memandang sekilas ke arah Syira yang sedang kusyuk bermain dengan handphonenya sebelum dia berlalu ke dapur.
🌼🌸🌼🌸
Nafas dihembus perlahan. Perlahan-lahan Ayra merebahkan tubuhnya dikatil. Lengan-lengannya ditilik sendiri. Muka bertukar cemberut bila dia sendiri tersentuh lengannya yang lebam akibat dipukul oleh kakaknya.
Air mata mula jatuh. Ubat sapu yang berada diatas meja kecil ditilik dengan tatapan sayu.
Nak ubat dirinya sendiri pun dia tak kuasa buat masa ni. Rasa macam nak tidur selama-lamanya saja. Dahlah dapat kakak sepupu yang kejam. Satu kampung lagi membenci dirinya.
Ada saja fitnah yang selalu digosipkan oleh makcik-makciknya tentang dia. Yang dia mampu buat hanyalah mendengar kutukan dan makian dari orang ramai.
Frame yang berada dalam laci diambil. Dua orang manusia yang berada dalam gambar itu diusap penuh kasih sayang. Air matanya jatuh sekali lagi.
" Mama....papa... "
" Ayra rindu mama ngan papa. "
Air mata yang terkumpul terus jatuh membasahi pipinya dan frame itu.
" Ayra tak kuat ma, pa. Ayra tak tahan. Ayra tak dapat terima semua ni. "
" Ayra sakit ma pa...sakit. Ayra selalu sakit. Akak Syira selalu pukul Ayra... Orang kampung pula, selalu mengata tentang Ayra. "
YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...