" Cu, mari minum dulu. Nenek minta maaf la ye kalau cu kurang selesa duduk dekat sini. Rumah nenek ni kecik jer. "
Ayra tersenyum.
Dia maju lalu memegang kedua belah tangan nenek itu.
" Ayra tak kisah nek. Malahan, Ayra lebih suka lagi duduk dekat sini daripada duduk dekat suami Ayra yang pembunuh tu. Tolong. Ayra minta tolong tu jer. Bolehkan Ayra duduk sini sementara dengan nenek?? "
Muka Ayra penuh dengan air muka bersimpati. Dia berharap sangat supaya nenek yang menjumpainya itu membenarkan dia tinggal bersamanya.
Waktu dia bertemu nenek itu dibangku dimana dia tidur, dia sudah mengangap bahawa tuhan telah menghantar malaikat padanya.
Nenek itu tersenyum lalu mengosok lembut bahu Ayra.
" Selama mana pun cu nak tinggal sini, nenek tak kisah. Nenek suka cu tinggal sini. Taklah nenek kesunyian selalu kat rumah ni. "
" Betul ke ni nek? "
Nenek itu mengangguk.
" Thanks nek. Er, suami nenek mana? Anak? "
Dengar saja itu yang keluar dari mulut Ayra, nenek itu terus menunduk.
" Suami nenek dahlama meninggal. Selama nenek dengan suami nenek, kami tidak pernah mendapat walau seorang pun zuriat. "
Senyuman dihadiahkan.
Wajah Ayra terus berubah sedih.
" Ya Allah nek. Ayra minta maaf nek. Ayra tak tahu. "
" Takpelah cu. Nenek tak kisah pun. Cu tak tahukan. Lagipun nenek dah biasa tinggal seorangan. Nasib ada cu boleh temankan nenek. "
Ayra senyum.
" Kesian nenek Zayaty. Mesti selama ni dia hidup dalam kegelapan dan kesunyian. Ya Allah. Beratnya dugaan yang nenek Zayaty dapat. Dia kematian suami, dan dimasa suaminya masih ada, satu zuriat pun tiada. "
Luahan hati Ayra.
Plup
Dengan tiba-tiba Ayra memeluk erat pinggang nenek Zayaty.
" Kalau nenek tak kisah, boleh tak Ayra nak tinggal dengan nenek? Ayra akan jaga nenek. Boleh tak nek? "
" Sungguh cu. Sungguh. Nenek nak. Terima kasih cu. "
" Ayra yang patut mengucapkan terima kasih nek. Thanks nek. Ayra gembira sangat. "
Dan pada saat itu, Ayra bertekad untuk tinggal disitu. Dia dilayan dengan baik oleh nenek Zayaty. Dia disediakan pakaian yang cocok untuknya.
Tapi....
BAGAIMANA DENGAN RAYYAN?!
🌼🌸🌼🌸
" Bro. Aku dengar bini kau lari dari rumah. "
Suah Haiqal.
Rayyan hanya mampu berdehem.
" So, takkan kau nak duduk diam kat sini macamtu ajehh? Kau tak cari ke bin... "
" Eh Qal kau diam boleh tak?! Aku tahulah! Dia bini aku, aku tahu! Kau jangan nak sebok hal aku! "
Meja dihentak sebelum dia pergi meninggalkan rakan-rakannya. Nak makan pun tak selera.
" Aku salah cakap ke, dia yang melebih? "
Kael dan Shawn menggeleng.
" Kau bukan tak tahu Rayyan kalau dah marah. Dah kau tahu bini dia hilang, kau tambah lagi beban dia. Patutnya kau bagi dia semangat untuk cari Ayra, bukan kau negas macamtu. "
YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...