Hari ini merupakan hari terakhir Ikah berada di hospital. Shawn tak henti-henti memerhati setiap tingkah dan laku Ikah yang ke hulur ke hilir menyusun barang-barangnya untuk keluar dari hospital.
Tadi semasa Shawn ingin membantunya menyusun barangnya, ditolak mentah-mentah oleh Ikah. Katanya dia boleh lakukan sendiri.
Huh.
Akhirnya Shawn give up. Dia bangun dari duduknya dan terus berjalan ke arah Ikah.
'' Meh saya bantu. '' pelawa Shawn seraya menarik beg pakaian Ikah.
'' Eh takpe² saya boleh buat. Awak duduk jer, saya okey. Kan saya dah cakap tadi? '' beg itu dirampas kembali dari tangan Shawn.
Ikah kembali menyusun barangnya.
Shawn pula mengundur ke belakang sambil kedua tangannya di silang ke dada.
'' Orang nak tolong tak nak. '' ujar Shawn namun hanya senyuman dibalas oleh Ikah. Tangannya masih ligat menyusun barangnya.
'' Ikah. '' panggil Shawn dan Ikah berdehem.
'' Saya tolong eh? Tak baik untuk tangan awak yang belum berapa sembuh tu. Baru seminggu kot. Dah.. Buat kerja macam ni. '' bebel Shawn.
Ikah hanya gelak kecil.
'' Takpelah Shawn. Bukan banyak pon. Lepas ni mesti saya kena rehat lagi dekat rumah. Sekali-sekala lah anggap kan. '' Ikah tergelak sendiri.
Shawn mencebik. Malas mahu melawan dia kembali duduk di kerusi ya.
Setelah beberapa minit, akhirnya Ikah selesai menyusun barangnya. Dia mengangkat semua namun ditahan oleh Shawn.
'' Kenapa? '' soal Ikah hairan.
'' Ikah... Cukuplah awak dah susun barang awak. Biar saya tolong angkat okey? Saya tak nak jadi apa-apa kat awak lagi. Bak sini beg tu biar saya angkat. '' pelawa Shawn dan terus mengambil beg itu dari tangan Ikah.
Ikah tersenyum. Akhirnya ada juga yang masih menyayanginya. Ingatkan semenjak ayah dan ibunya bercerai, dah tiada siapa yang mahu melayannya dengan baik selain sahabatnya Aqilah.
Itupun dia jarang berjumpa dengan Aqilah sekarang. Sejak Mereka bersama² tarik diri dari restoran itu, Aqilah terus menghilang. Jarang call dia dan sebagainya.
'' Thanks Shawn. ''
Shawn senyum.
🌼🌸🌼🌸
Krrukk!
Bunyi perutnya yang dari tadi tak henti² berbunyi minta diisi ditekup kuat oleh tangannya. Sudah berapa jam dia menahan lapar di bilik yang hanya dia seorang diri di situ.
Dia hanya diberi makan tadi pagi saja. Sekarang sudah pukul 2 petang. Mana tak laparnya. Dia berharap sangat ada seseorang yang berhati mulia menghantar kan makanan untuknya.
'' Adu... Laparnya. '' rungut nya sendiri.
Dia kemudian berjalan hingga ke pintu. Bola pintu dipulas namun berkunci dari luar. Dia mengetuk dari dalam berharap ada yang mendengar rintihannya. Namun hamperh.
No one listened
Dia akhirnya pasrah. Terpaksalah dia menahan lapar sehingga besok pagi lagi. Ya Allah. Beratnya dugaan yang kau hantar padaku Ya Allah.
Apa salahku sehingga dugaan seberat ini yang harus aku hadapi se lama ini? Aku tidak tahan Ya Allah.
Ayra hampir memejamkan matanya namun bunyi ketukkan pintu dari luar membuatkan niatnya dibuang.

YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...