B A B | 0 5

13.1K 758 91
                                    

Ayra menuruni anak tangga itu dengan berhati-hati. Sekejap dia pandang ke kiri, sekejap ke kanan. Bila dia terdengar bunyi sikit, langkah dia akan termati.

Sampai saja dibawah, dia terus berlalu ke dapur. Tekaknya terasa perit. Dia perlukan air untuk menghilangkan rasa dahaga.

Sampai saja didapur, almari-almari yang berada tinggi darinya dipandang lama. Keluhan dilepaskan.

" Apasal lah...kau tinggi sangat wahai almari? Tak nampak ke aku ni pendek? Macam mana aku nak ambil gelas tu? Aish. Mes.. "

" Ehem. "

Terkejut beruk Ayra dibuatnya apabila satu suara serak-serak basah menegurnya. Dengan gaya gugupnya dia pusing ke belakang. Wajah lelaki yang cukup dia kenali namun nama saja belum diketahui.

" Err... "

" Kau buat apa tengah malam dekat dapur ni? " soal lelaki itu.

Ayra diam sejenak sebelum dia mengaru belakang tengkuknya. Ketawa sumbing diberikan.

" Er..em..heheheheh...say..saya sebenarnya...er anu..saya dahaga. Pas..pastu..arh...saya pergilah dapur cari air. Haa. Tap..tapi...tu tu..almari gelas encik tu..terlalu tinggi. Saya tak sampai. " Ayra menunjuk almari itu dengan sengihan.

Rayyan ketawa kecil melihat telatah gadis kecilnya. Dengan langkah selamba dia mendekati almari itu dan terus mengambil satu gelas dari gelas-gelas didalam.

Gelas kaca ungu yang bercorakkan pikachu itu dihulurkan kepada Ayra. Dengan gaya lambatnya Ayra menyambut huluran itu.

" Terima kasih. " ucap Ayra seraya itu terus berlalu mencari air. Setelah melepaskan dahaganya, dia terus berjalan berura-ura mahu ke biliknya.

" Don't call me encik. "

Ujaran Rayyan membuatkan langkah Ayra terhenti.

" Baik awak. "

Senyuman dilemparkan sebelum dia berlari menaiki tangga. Takut kalau-kalau lelaki itu membuka mulut lagi.

HAHAHA

🌼🌸🌼🌸

" Bodohlah ish! "

" Sabar Qilah. Kita keluar dulu jom. Tengok gapo masalah kereta kau ni. Cepat. "

Aqilah hanya akur dengan kata kawannya. Ikah.

Mereka berdua turun dari kereta dan terus berlalu ke bonet depan. Dibuka saja bonet depan, asap yang tidak menenangkan terus menerpa ke wajah bersih mereka berdua. Terus mereka terbatuk-batuk.

" Uhuk uhuk! Ikah tutup Ikah! " arah Aqilah.

Ikah hanya akur. Dia terus menutup semula bonet itu dan terus bersandar dipintu kereta diikuti Aqilah.

" Aduh. Macam mana ni? Dahlah matahari panas. Perut aku lagi lapar. Adoi... " rungut Ikah.

" Samalah. Aku pun lapar juga ni. Tapi nak buat macam mana, dah kereta sial ni buat hal. Kalau aku tahulah dia nak jadi macamni, aku bawa kereta yang satu lagi. " ujar Aqilah.

Mereka berdua terus senyap. Dibawa matahari yang sangat panas, nasib sajalah mereka tidak memakai baju yang panjang-panjang.

" Ey bro. Look. "

Kael yang terkejut dengan panggilan Shawn terus memberhentikan kereta ditepi.

" Apa, apa? "

" Tu. Nampak tak? "

Kael mengecilkan matanya ke suatu arah yang ditunjuk oleh Shawn. Nampak saja dua kelibat gadis, terus dia mengangguk.

" I...see. Gadis? Kenapa? " soal Kael dengan riak biasa.

gadis kecil kepunyaan mafia ✔️Where stories live. Discover now