Serasa dirinya sudah 100% sedar, pantas dia membuka matanya selebar yang mungkin.
" Abang. " sebutnya perlahan.
Merlyn, Ikah dan Aqilah yang berada disitu terus melihat ke arahnya.
" Ayra? " kata mereka serentak.
Kaki dibawa laju mendekati Ayra. Ayra pantas mengenggam tangan Aqilah.
" Aqilah? Man.. mana suami saya? Rayyan? Mana dia? Dia okey tak? " soal Ayra cemas.
Aqilah tersenyum sambil menggosok pundak kepala Ayra.
" Ayra, Ayra baru jer sedar, Ayra, rehat lagi ye? Suami Ayra okey, jangan risau. Dia dalam wad sekarang. " jelas Ikah.
Ayra angguk lambat². Tiba² wajah kakaknya muncul diminda.
" Akak. Akak saya? Akak saya mana? " soal Ayra lagi.
Senyuman Aqilah yang tadinya manis terus mati. Mereka tiga berpandangan.
" Mana? Akak saya mana?! Jawaplah! Kenapa korang diam?! " bentak Ayra.
Muka mereka bertiga bertukar sayu. Merlyn maju mendekat Ayra.
" Ayra, saya harap awak bersabar ye? Mungkin, kalau Ayra dengar apa yang saya cakap ni, Ayra agak terkejut sikit. " jelas Merlyn.
Ikah dan Aqilah sama² mengangguk.
" Ap.. Apa maksud korang semua? Saya tak faham. "
Merlyn menghela nafasnya.
" Syira,... Di.. Dia... Dia.. "
" Dia apa? "
" Dia meninggal dunia. " Jelas Merlyn.
Ayra diam. Kepalanya digeleng tidak boleh menerima kenyataan ini. Mukanya bertukar masam mendengar itu.
" Keluar. " arah Ayra.
" Tapii Ayra..."
" Please. Saya nak sendiri. " kata Ayra dengan suaranya yang bergetar.
" Okey. Kalau ada apa², Ayra panggil okey? "
Ayra diam saja.
Mereka bertiga kemudiam keluar.
Ayra terus meraup rambutnya. Lepas satu, satu masalah datang. Apa bende ni!
Ayra menangis sekuat hati. Dadanya yang terasa sebak ditumbuk².
" Akak.... Kenapa... Kenapa akak tinggalkan Ayra? Ayra dah takde siapa² lagi dekat dunia ni akak.... Ayra dah hilang mama papa, Kenapa Ayra kena hilang akak pula. " katanya sendiri.
Sayu hatinya berkata.
Kenapa? Kenapa berat² sungguh dugaan yang selalu dia dapat. Kenapa dia tidak pernah merasa bahagia walau sekejap? Kenapa?
Kenapa selepas dia berbahagia sekejap, kesedihan datang semula? Adakah dia tidak pantas untuk mendapat kebahagiaan?
Ayra meraup rambutnya lagi.
" Ayra rindu akak... Ayra rindu masakan akak... Ayra tak boleh.... "
Katanya terhenti disebabkan suara tangisnya semakin beresak.
" Ayra nak akak.. "
Ayra merasa kepalanya berat. Mungkin reflek dari tangisnya. Dia baru saja bangun dan terus menangis.
Matanya yang berat ditutup. Bersedia untuk melelapkan dunianya kembali.
🌼🌸🌼🌸
Sudah sebulan pemergian Syira dan sebulan juga Rayyan belum sedar dari komanya.
YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...