Aqilah memeluk tubuh suaminya dari belakang. Mengharapkan attention~
Namun Kael sedikit pun tidak menghiraukan Aqilah kerana sibuk bertelefon dengan seseorang.
" Biy... " leretnya manja.
Krik Krik
Aqilah mencebik. Pelukkan dilepaskan dengan kasar lalu dia menghentak kakinya tanda geram.
Kael yang sedar akan leraian pelukkan dari isterinya terus mematikan panggilan.
" Nanti aku call balik, dah bai. "
Kael pandang Aqilah yang sedang memuncungkan bibirnya itu. Kael terkekeh kecil.
" Sayang kenapa ni? " soalnya.
" Diamlah. "
Selesai itu, Aqilah terus melompat naik ke atas katil dan langsung membenamkan wajahnya dibantal.
Kael melihat lalu menggeleng kecil. Dihampiri tubuh isterinya yang sedang baring dengan posisi bertiarap.
" Kenapa ni? Abang rasa, abang takde salah dengan sayang. " katanya lalu meneka².
Aqilah menggengam tangannya kuat. Hishh hishh hishhhhhhh!!
" Orang nak attention, attention! Faham tak? Asyik dengan hp terus jer. Isteri sendiri pun diabai. " bebel perlahan dari Aqilah.
" Apa dia sayang? "
Pantas Aqilah menggeleng. Dia pantas duduk menatap tajam anak mata hitam milik suaminya itu.
Kael tersenyum manis padanya lalu menggosok² pipi gebu isterinya.
" Sayang kenapa ni hm? Masam jer muka, kenapa? Marah biy ek? " teka Kael masih setia mengusap pipi gebu isterinya.
" Eh, taklah. Mana ada saya marah, biy. Haa, hahahah! Takde pun. " kata Aqilah lalu memberikan senyuman hambar.
Dimulut kata lain, tapi dihati...
" Jadi suami tak peka betul!!!! Geram geram geram!! Earghhhh!!! "
Kael mengangguk saja.
" So, takde apa² lah kan? Eurm, abang nak sambung oncall dengan kawan abang tadi, bolehlah ni kan? " soal Kael menguji isterinya.
Aqilah mengerus dalam diam.
" Sabar Qilah, sabar. "
Aqilah senyum basi.
" Of... Of course! Pergilah. Saya tak marah pun, tak jelous pun, tak sakit hati pun. Takpe² hahahah! " dengan kerasnya Aqilah menolak tubuh suaminya agar dia boleh turun dari katil.
" Jadi bolehlah ni kan? Abang call Fieya balik? Yelah kan... Kesian dia, dia kan staf baru dekat syarik... "
" No! "
Jeritan Aqilah menghentikan omelan Kael.
" Eh... Tak². Maksud saya, boleh. Boleh sesangattttttt! Kesian dia tunggu biy call dia balik. Kesian sangattttttlahhh! "
" Okey. " jawap Kael.
Jawapan Kael membuatkan Aqilah mengetap giginya. Senyuman terbasi dan tidak ikhlas diberi.
" Saya turun bawah dulu laah yeeeeeeeeeeee! Nak masak untuk buka puasa nantiiiiiiiiii. Pergilah call dia. Haa pergi² . Baiiiiiiiiiiii!!! " selesai berkata, Aqilah terus keluar.
Pintu dihempas kuat olehnya. Kael tertawa kecil melihat tingkah isterinya.
Bukan dia tidak tahu yang isterinya sedang merajuk tadi. Saja dia sakitkan lagi, hahahahah!
" Sayang, sayang. Jealousy you ketara sangat. "
Kael geleng² kepalanya sendiri.
Next
YOU ARE READING
gadis kecil kepunyaan mafia ✔️
RomanceCOMPLETED ' follow me first before u read ' - GADIS KECIL KEPUNYAAN MAFIA - - Ayrα Ivy - Seorang gadis yang comel dan berbadan kecil. Walaupun umurnya sudah berganjak naik ke 19 tahun, dia kelihatan seperti remaja yang berumur 15 tahun kerana tubuh...